Tag Archives: tulisan Jawi

Kekecohan Membangkit Minat Saya Memartabatkan Tulisan Jawi

Pada mulanya saya tidak menyangka kekecohan berkaitan isu tulisan Jawi dan khat akan menjadi begitu panas dan berlarutan sampai begini. Memberi peluang pelajar sekolah rendah mengenali dan mempelajari tulisan Jawi adalah satu usaha yang sangat baik untuk memastikan generasi muda tidak akan buta tulisan Jawi, iaitu tulisan asal Bahasa Melayu. Perkara ini penting bukan hanya kerana tulisan Jawi merupakan khazanah berharga negara tetapi ianya penting dari segi akademik, lebih-lebih lagi dalam usaha mengkaji dan memahami sejarah negara kerana banyak dokumen lama ditulis dalam tulisan Jawi. Namun malang sekali kerana sebaik sahaja perkara ini diumumkan, telah timbul berbagai bantahan daripada mereka yang mungkin kurang memahami betapa pentingnya tulisan Jawi kepada sejarah dan ketamadunan negara bangsa. Antara yang lantang bersuara termasuklah badan pertubuhan pendidikan Cina, Dong Zong yang juga telah memulakan petisyen membantah perkara ini. Dong Zong mendakwa langkah kerajaan untuk mengajar tulisan Jawi di sekolah ialah satu usaha ke arah “Islamisasi” dan ianya bercanggah dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan kerana memaksa seseorang untuk menyertai amalan agama lain; alasan dangkal ini dijawab oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir di mana beliau melabelkan Dong Zong sebagai “rasis”. Kekecohan ini telah menyedarkan saya tentang kekhilafan diri saya sendiri yang selama ini tidak berusaha menggunakan tulisan Jawi dalam kehidupan harian saya. Saya boleh membaca teks Jawi tetapi masih tidak begitu mahir dalam mengeja dalam ejaan Jawi dan kini saya merasa bertanggungjawab untuk belajar dan berusaha menggunakan tulisan Jawi. Sekarang, semasa kelas hadis mingguan yang saya hadiri, saya menulis nota menggunakan tulisan Jawi walaupun menghadapi masalah untuk mengeja dengan betul. Maka, setelah pulang ke rumah saya akan menyemak semula tulisan saya dan memperbaiki ejaan yang salah. Tulisan Jawi saya tidaklah cantik, dan saya masih bergantung kepada kamus Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka serta aplikasi atas talian yang mengubahkan tulisan Rumi kepada tulisan Jawi untuk merujuk ejaan Jawi yang betul. Alhamdulillah, sudah semakin banyak ejaan Jawi yang telah saya tahu dan saya semakin dapat memahami konsep ejaan Jawi dengan lebih baik. Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya bukan sahaja harus memartabadkan tulisan Jawi tetapi kini saya berasa malu kepada diri saya sendiri kerana saya tidak mahir menulis tulisan Jawi. Saya tidak mahu menjadi rakyat yang hanya mengejar kejayaan material dan lupa akan asal usul budaya bangsa saya sendiri kerana kejayaan material semata-mata tidak akan dapat membina dan mempertahankan ketamadunan negara bangsa.

Kit Siang Akan Pinda Perlembagaan DAP?

Sebagai menjawab kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Razak bahawa hak-hak orang Melayu akan hilang jika pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata hak orang Melayu tetap terpelihara, malah akan dipertingkatkan jika ‘Pakatan Harapan-Bersatu’ memenangi Pilihan Raya Umum (PRU), seperti yang telah dilaporkan oleh RoketKini.

Kenyataan Lim Kit Siang itu amat lucu, mengarut dan retorik kerana mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu adalah bertentangan dengan Perlembagaan DAP; khasnya pada Fasal II Matlamat 2, 10, 11; bermakna Perlembagaan DAP mesti dipinda terlebih dahulu jika benar DAP mahu mempertahankan hak Melayu! 

Malah, ramai peminpin bukan Melayu DAP dan Pakatan DAP yang gagal berbahasa Melayu dengan baik, pada hal Bahasa Melayu ialah Bahasa Kebangsaan.

Bagaimanakah DAP mahu memelihara hak istimewa orang Melayu jika bangsa Melayu tidak disebut lagi, termasuk di dalam borang rasmi dan semua bangsa mahu dirangkumkan sebagai satu bangsa sahaja?

Menyamaratakan bangsa? No Malays? Tiada lagi Melayu?

Tweet Hannah Yeoh, pemimpin kanan DAP dan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor yang mahu menggunakan “Anak Malaysia” sebagai nama kaum di Sijil Kelahiran anaknya.

Bekas aktivis DAP, Tuan Razali Abdul Rahman telah menceritakan bagaimana orang-orang Melayu ditindas oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang; itu setakat memerintah negeri, apa lagi kalau DAP memerintah negara!

Lihat sahaja apa yang telah DAP lakukan di Perak semasa pemerintahan singkat mereka, bangsa manakah yang mendapat paling banyak keuntungan?

Bukan setakat parti DAP, malah parti PKR pun tidak berminat untuk mempertahankan hak-hak istimewa orang Melayu dan mereka juga tidak sensitif akan perasaan orang Melayu.

Tindakan Teresa Kok membuang tulisan Jawi pada sebuah papan tanda jalan di Kuala Lumpur jelas menindas hak orang Melayu dalam memperkasakan tulisan Jawi, tulisan asal Bahasa Kebangsaan yang mesti dipelajari oleh semua kaun di Malaysia.

Lebih teruk lagi, tindakan pemimpin DAP itu memberi gambaran bahawa pada mereka, kedudukan tulisan Jawi lebih rendah berbanding kedudukan tulisan Cina dan Tamil!

p10203551a

Apakah ini contoh DAP memelihara hak orang Melayu?

imgp4219a1

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan mendefinasikan orang Melayu sebagai orang yang beragama Islam, maka dalam memelihara hak orang Melayu, agama Islam mesti dipelihara, di pertahankan dan diperjuangkan selaras dengan Perkara 3(1) yang meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Apakah tindakan dan reaksi Pakatan DAP di dalam kes rampasan Bible, kes kalimah Allah, ahli politik bukan Islam berceramah di dalam surau dan masjid, cadangan pindaan Akta 355 dan sebagainya itu memelihara hak beragama orang Melayu?

Lim Kit Siang dan pemimpin bukan Islam lain DAP serta Pakatan DAP bukan setakat berkali-kali menghina Islam, malah dengan sesuka hati mencampuri urusan agama Islam walaupun ianya bertentangan dengan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan; inikah caranya untuk membela hak orang Melayu?

Tony Pua DAP dengan biadap telah menghina Khutbah Jumaat pada 14 Februari 2014. (Sila baca di sini)

Image from Tonu Pua's Facebook.

Teo Nie Ching (DAP) ialah diantara pemimpin bukan Islam Pakatan DAP yang jelas tidak menghormati agama Islam dengan berucap kepada para jemaah di ruang solat utama surau dan masjid, contoh yang lain ialah Xavier Jayakumar A/L Arulanandam, Sivarasa Rasiah dan sebagainya.

Ngeh Koo Ham pula sering mencampuri urusan orang Melayu dan agama Islam, contohnya mengatakan menurut Perlembagaan Persekutuan orang Melayu boleh murtad dan bebas memilih agamasoal sijil halal Old Town White Coffee, soal kalimah Allah dan banyak lagi.

(Sila click di sini untuk imej yang lebih besar)

Malah, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil yang walaupun mengaku beragama Islam telah berusaha menentang taraf, kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah menurut Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan; khasnya yang menghalang Mahkamah Tinggi daripada membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.

Begitu juga Dr. Ariffin Omar, seorang lagi pemimpin DAP yang walaupun mengaku beragama Islam, telah memberitahu Parlimen, “Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?”

Malah pemimpin Islam PAN, PKR dan DAP bukan setakat berdiam diri, malah ada yang membela apabila pemimpin bukan Islam DAP dan PKR menghina Islam.

PAN yang mengaku kononnya ‘Islamik’, tidak boleh diharap langsung untuk membela Islam; malahan, mereka ‘ada’ Islam versi mereka sendiri, yang mirip kepada ideologi yang diperjuangkan oleh Penang Institute, puak-puak liberal (seperti SIS Forum Bhd, G25, Siti Zabedah Kasim dan ramai lagi) dan mereka yang menentang dasar negara yang memgamalkan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pemimpin Pakatan DAP termasuk peminpin PAN juga mahu duit zakat di bahagikan kepada orang-orang bukan Islam, sedangkan masih ramai lagi asnaf yang perlu dibantu.

Maka, janji Lim Kit Siang bahawa hak orang Melayu tetap terpelihara, malah akan dipertingkatkan jika ‘Pakatan Harapan-Bersatu’ memenangi Pilihan Raya Umum hanyalah menanam tebu di bibir mulut.

(Sila baca Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)? )

Semua itu hanyalah janji retorik untuk menutup pekung mereka demi untuk meraih undi orang Melayu untuk PRU 14 nanti.

Pindalah Perlembagaan DAP terlebih dahulu sebelum bercakap soal mempertahankan hak Melayu! 


Related posts:

  1. Ngeh Koo Ham, Majlis Syura Ulama PAS And ‘Kalimah Allah’
  2. Zairil Dakwa Tun M Mencadangkan Pindaan Semberono?
  3. Menjawab Dr. Ariffin Omar: Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?
  4. Jawapan Kepada Kenyataan Mengelirukan Khalid Samad Tentang Pindaan Akta 355
  5. Apa Nak Jadi Pada Tun M
  6. Act 355: Another Baseless and Illogical Arguement from G25
  7. Kerana Mudah Lupa, Tun M Kini Jadi Alat Puak Liberal Pengaruhi Melayu (Video)
  8. Akta 355: Poster Dangkal SIS Forum Tentang Akta 355
  9. Institusi Agama Fitnah G25 & Shad Faruqi? Biar Betul!
  10. Old Town White Coffee Halal Certification And YB Ngeh Koo Ham
  11. Is The Lahad Datu Incident A Conspiracy?
  12. Is Muhyiddin Still “A Malay First”
  13. Constitutionally Illiterate!
  14. Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan
  15. Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?
  16. Tun Dr Mahathir, From A Statesman To A Street Demonstrator
  17. Tony Pua Hina Khutbah Jumaat
  18. What A Joke, Khalid Samad