Alhamdulillah, dengan rahmat Allah S.W.T., majlis tahlil ayahanda kesayangan kami, Allahyarham Tuan Haji A. Karim bin Omar telahpun berjalan dengan lancar selama 3 malam berturut-turut.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis tahlil ini.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T., Amin.
Al-Fatihah.
Suasana malam tahlil ketiga. Tengku Razaleigh Hamzah (tiga dari kanan), Naib Presiden MUAFAKAT, Tuan Yasin Baboo (dua dari kanan) dan Setiausaha Agung MUAFAKAT, Tuan Mahmud Hishamuddin (dua dari kiri). (Gambar ihsan Tuan Abu Mohamad)
Malam tahlil kedua dipenuhi oleh jemaah Surau Al-Hidayah Lorong Bahagia 5 (L5), diketuai oleh Imam Surau, Ustaz Yazid, dan Pengerusi Surau, Tuan Haji Rashid. Turut bersama di dalam majlis itu adalah teman-teman rapat arwah bapa saya, Datuk Ayob Khan daripada PDRM dan Dato’ Zulkifli Noordin.
Suasana semasa majlis tahlil ketiga yang dihadiri oleh Tengku Razaleigh Hamzah. (Gambar ihsan Tuan Wan Jailani)
Saya sedang memberi ucapan penutup majlis semasa malam tahlil ketiga pada hari Sabtu yang lepas. (Gambar ihsan Tuan Wan Jailani)
Ustaz Fuad (berkopiah merah, kedua dari kanan), memimpini bacaan Yasiin dan tahlil pada malam ketiga. (Gambar ihsan Tuan Wan Jailani)
Ibu saya (kiri) sedang bercakap dengan Tengku Razaleigh yang merupakan kawan baik kepada atuk saya semasa mereka belajar di England dahulu. (Gambar ihsan Tuan Rashidi Haris)
Gambar kenangan saya bersama Tengku Razaleigh selepas selesainya majlis tahlil pada malam ketiga. (Gambar ihsan Tuan Wan Jailani)
Gambar kenangan saya bersama Dato’ Zulkifli Noordin semasa malam kedua selepas selesainya majlis tersebut. (Gambar ihsan Dato’ Zulkifli Noordin)
Suasana semasa majlis tahlil pertama. Kami memohon maaf kerana ramai tetamu terpaksa duduk di atas tangga di bahagian luar rumah. (Gambar ihsan Abang Izzudeen Kamal)