Tag Archives: SIS Forum Berhad

Ani Zonneveld dan Masjid Liberal Jerman (Video)

Berita mengenai sebuah masjid liberal dibuka pada 16 haribulan Jun lalu di Berlin, Germany menjadi tular di media massa di negara kita.

Masjid golongan sesat bernama Ibn-Rushd-Goethe-Mosque ini terlelak di sebuah bilik yang disewa di Protestant Johanniskirche atau Gereja  St. John dan merupakan gereja pertama seumpanya di Jerman.

Seperti masjid-masjid liberal lain di seluruh dunia, perempuan dan lelaki bersembahyang di saf yang sama dan bergilir-gilir menjadi imam dan melaungkan azan.

Peguam wanita bernama Seyran Ates yang merupakan salah seorang pengasas masjid golongan sesat itu telah membaca khutbah Jumaat manakala bekas penyanyi yang berasal dari Malaysia, Ani Zonneveld atau Zuriani Abdul Khalid telah melaungkan azan sebelum solat Jumaat pada hari itu.

Seyran Ates (tengah berbaju putih) bersama pengasas-pengasas masjid itu termasuk Zuriani Khalid (sebelah Ates berbaju biru)

Zuriani Abdul Khalid ialah seorang pengasas ajaran sesat Muslims for Progressive Values (MPV) di Los Angeles, California.

Selain daripada memberi khutbah dan menjadi imam kepada jemaah lelaki dan perempuan,Zuriani Abdul Khalid sendiri menikahkan pasangan yang hendak berkahwin termasuk golongan LGBT dan berlainan agama di pejabatnya di Los Angeles.

Kita mesti memandang serius perkara ini kerana Zuriani Abdul Khalid mempunyai pengikut di Malaysia dan sering mengadakan program di negara ini khasnya bersama Komuniti Muslim Universal (KMU) sebagai cawangan MPV di Malaysia.

Seorang pengasas NGO Sisters In Islam atau nama sebenarnya SIS Forum Berhad bernama Amina Wadud juga memberi khutbah dan mengimamkan solat jemaah berbagai jantina.

Menurut Wikipedia, disertasi Amina Wadud yang bertajuk Qur’an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman’s Perspective‘ masih digunakan oleh NGO tersebut sebagai teks asas untuk aktivis dan akademik.

While there, she published her dissertation Qur’an and Woman: Rereading the Sacred Text from a Woman’s Perspective and co-founded the non-governmental organization Sisters in Islam. The book is still used by the NGO as a basic text for activists and academics, but it is banned in the United Arab Emirates.

 

 

Ke Mana Arah Puteri UMNO?

SIS Forum Sdn Bhd recently posted this image on their Instagram page:

I was really shocked by the photo and the caption!

The big smiles shows that they are proud of their actions, how sad.

SIS Forum is against the amendments of the Act 355 to empower the Shariah Courts, the government’s stance on Kalimah Allah issue, fatwas, the Islamic authorities and other Islamic policies and the teaching of Islam.

On the other hand, SIS Forum fights for LGBT rights, liberalism, pluralism, wrong interpretation of the holy Quran and other matters against Islam.

Sis Forum is also a member of two anti-government coalition, BERSIH and COMANGO.

BERSIH that received funding from George Soros’ Open Society Institute (OSI) and National Democratic Institute (NDI), makes malicious and slanderous accusations not only towards UMNO but also towards PM Najib, and their main activity is organising illegal anti-government demonstrations in which they humiliate PM Najib and in its latest demonstration, BERSIH demonstrators are calling for PM Najib to step down.

COMANGO is a loose coalition of NGOs that made false accusations regarding human rights in Malaysia and demands the government of Malaysia to sign the UNHRC treaties that are against Islam, the Federal Constitution, the Rukun Negara (National Principles) and the laws of our country.

So, what is going on with Puteri UMNO and what are they trying to prove?

Is this an action of being politically mature or are they trying to stab UMNO in the back?

For their information, DAPSY will not be doing such thing together with PERKASA unless PERKASA makes a u-turn on its stance regarding Islam and the Malays.

What can they gain politically from inviting SIS Forum to their event?

If they think that political gain is not important for them despite they are an UMNO wing at the time when the general election is looming near; then I’m speechless.

Can’t those Puteri UMNO think of the consequences of their actions; that by working together with SIS Forum, they are giving the impression that they can tolerate and respect SIS Forum’s liberal and anti-government ideology?

Or are they really moving towards that path and away from UMNO’s ‘demi agama, bangsa dan tanahair’?

Next, perhaps they can invite leaders of SIS Forum as speakers for their programs.

Mengarutnya Tun Mahathir… (Video)

Dalam satu sidang media selepas sambutan Tahun Baru Cina oleh PKR Bandar Tun Razak di Flat Seri Johor di Cheras, pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamed membuat berberapa tuduhan yang amat mengarut tentang pindaan Akta 355.

Dalam sebuah video oleh KiniTV, Tun M sekali lagi membuat beberapa tuduhan liar seperti Himpunan 355 bermotifkan politik dan juga pindaan yang dicadangkan ini akan membolehkan perlaksanaan hukuman potong tangan dan lebih pelik lagi, penyembelihan orang.

“Tetapi nampak dia orang ni yang seronok sangat nak potong tangan orang, nak sembelih orang…”

~Tun Dr. Mahathir Mohamed

Persolannya, adakah Tun M tidak faham tentang pindaan Akta 355 atau Tun sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan tuduhan yang tidak masuk akal seperti menyembelih orang?

Memang pelik bila Tun M seperti tidak faham tentang Akta 355, kerana hakikatnya, Akta ini telah dipinda dua kali semasa zaman Tun menjadi Perdana Menteri.

Malah Tun M sendiri telah menyokong usul pindaan Akta 355 pada tahun 1984 bertujuan untuk menaikkan had hukuman bagi Mahkamah Syariah pada ketka itu.

Seperti pindaan Akta 355 pada tahun 1984, pindaan yang dicadangkan ini juga hanyalah untuk menaikkan had hukuman kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah dan bukannya menentukan hukuman kerana ini adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Malangnya, kini Tun sudah senada dengan kumpulan SIS Forum Berhad yang gagal memahami perkara yang mudah ini.

Hukuman berat atau ‘capital punishment’ seperti potong tangan tidak termasuk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, apatah lagi hukuman bunuh.

Tambahan, di bawah hukum Islam, pesalah tidak boleh dibunuh secara kejam seperti dengan cara sembelih apabila dihukum mati, dan Tun M sudah salah di situ.

Tun M juga nampaknya tidak faham akan cara perlaksanaan sebatan Syariah apabila menuduh bahawa perlaksanaan seratus sebatan akan membunuh pesalah.

“Ini nak sebat orang sampai seratus kali, mati kalau sebat seratus kali.”

~Tun Dr. Mahathir Mohamed

Sebatan Syariah amat ringan berbanding sebatan sivil, dan sebatan akan dijalankan di bawah pengawasan doktor perubatan yang mengawasi keadaan pesalah semasa disebat dan sebatan akan ditangguhkan jika kesihatan pesalah tidak mengizinkan.

Kata Tun, “Melayu mudah lupa” tapi nampaknya Tun yang sudah lupa atau buat-buat lupa.

Related articles:

  1. Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan
  2. Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?
  3. Tun Dr Mahathir, From A Statesman To A Street Demonstrator
  4. Tun Dr. Mahathir, “Kalau Marahkan Nyamuk Jangan Bakar Kelambu”
  5. Tun M Has Gone Too Far
  6. Is Tun M’s Rights Above The Rights Of Agong
  7. Tun M, Janganlah Menghina Nabi S.A.W.
  8. Tun M: “Perdana Menteri Buat Demonstration” (Video)
  9. Tun M: Jangan Menang Sorak, Kampung Tergadai
  10. Tun M and TMI vs Bukit Aman
  11. Video: Tun M Sings “Imagine”, Is He Okay?

Kuasa Pendaftar Pertubuhan Yang Kita Tak Ambil Peduli

Semakin banyak saya membaca, semakin bertambah pengetahuan saya dan semakin saya sedar begitu banyak pekara yang saya perlu saya pelajari.

Membaca tulisan salah seorang Uncle Naser Disa di portal Menara.my yang bertajuk, ‘ROS Boleh Batalkan Pendaftaran Pertubuhan-Pertubuhan Yang Menentang Agenda Islam Negara!’ telah membuka mata saya betapa tingginya kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan di negara kita, dan betapa lemahnya usaha kita dalam menggunakan peruntukan undang-undang yang sediaada untuk mempertahankan kedaulatan Islam.

Saya diminta oleh Menara.my untuk mengulas isu ini, dan setelah saya menghubungi Uncle Naser untuk mendapatkan keterangan lanjut tentang perkara ini, dan saya menulis satu artikel ringkas.

Di sini saya lampirkan tulisan saya yang telah disiarkan oleh portal Menara.my.


Saya amat tertarik membaca kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM), Dato’ Prof. Hj Mahamad Naser Disa seperti yang dilaporkan oleh portal berita Menara di bawah tajuk, ‘ROS Boleh Batalkan Pendaftaran Pertubuhan-Pertubuhan Yang Menentang Agenda Islam Negara!’.

ali-karim-petak-2-203x300

Seksyen 2A Akta Pertubuhan 1966 dengan jelas menggariskan bahawa setiap pertubuhan berdaftar mestilah mematuhi Perlembagaan Persekutuan dalam menjalankan urusan mereka.

Menara melaporkan bahawa menurut Dato’ Prof. Hj Mahamad Naser Disa, parti-parti politik dan pertubuhan yang menentang pemerkasaan Akta 355 boleh dibatalkan pendaftaran mereka.

Selain daripada mempersoalkan pindaan Akta 355, apakah tuduhan bahawa Malaysia ialah sebuah Negara Sekular oleh pemimpin sesebuah parti politik atau pertubuhan akan mengakibatkan terbatalnya pendaftaran pertubuhan mereka kerana perkara itu jelas bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan?

Persolannya, kenapakah sekarang ini pemimpin-pemimpin parti politik dan pertubuhan berlumba-lumba untuk dengan lantangnya mendakwa bahawa mereka bebas dan berhak menentang dan menghina hal-hal berkaitan agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu? Malah, ada pemimpin yang sanggup menghina Raja-Raja Melayu dan mempertikaikan titah Raja-Raja kita. Apakah mereka terlalu jahil undang-undang atau sengaja mahu mencabar undang-undang dan kedaulatan Perlembagaan negara kita?

Akta Pertubuhan 1966 memperuntukkan bahawa setiap pertubuhan diwajibkan untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan hal ehwal nya selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Dan yang penting sekali, jika apa-apa yang dibuat oleh pertubuhan itu berlawanan dengan, atau berkurangan atau bertentangan terhadap, atau tidak mengambilkira mengenai kedudukan Islam sebagai agama Malaysia, maka pendaftaran pertubuhan tersebut boleh dibatalkan.

Kes-kes seperti kenyataan songsang oleh pemimpin-pemimpin parti politik, G25, COMANGO, Bersih, SIS Forum Berhad, dan lain-lain dengan jelas melanggar Seksyen 2A Akta Pertubuhan 1966.  Mereka dengan sengaja menyalahtafsirkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia untuk mengelirukan orang ramai dalam usaha untuk meruntuhkan asas-asas negara kita yang bertentangan dengan ideologi mereka.

Malah, COMANGO pula sudahpun membawa tuntutan-tuntutan yang bercanggah dengan Seksyen 2A Akta Pertubuhan 1966 kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Semakan Berkala Sejagat (Universal Periodic Review). Perkara ini telah membawa kepada tekanan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu keatas negara kita dan mendesak kerajaan Malaysia mematuhi piawaian UPR biarpun ianya jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Apakah ini bermakna bahawa tindakan boleh diambil ke atas pertubuhan-pertubuhan mereka?

Kini sudah sampai masanya pihak berwajib mengambil langkah yang lebih tegas dalam mengawal aktiviti-aktiviti parti-parti politik dan pertubuhan yang dengan bangganya menghina dan memperlekehkan agama Islam serta membuat kenyataan yang bertentangan denganundang-undang Malaysia. Perkara ini amat penting kerana ianya boleh mencetuskan perbalahan kaum dan agama yang boleh membawa kepada rusuhan seperti tragedi 13 Mei 1969. Jika ini terjadi, kestabilan ekonomi negara akan musnah dan akan membawa kepada kehancuran negara kita.

logo-head

Akta 355: Poster Dangkal SIS Forum Tentang Akta 355

img-20161018-wa0001

Poster di atas yang bertajuk, “Memahami Rang Undang-Undang 355 Dan Impaknya” telah dikeluarkan oleh SIS Forum (Malaysia) Berhad untuk membantah cadangan pindaan Akta 355.

Jelas bahawa SIS Forum (Malaysia) Berhad yang lebih suka dikenali sebagai Sisters in Islam tidak memahami atau dengan sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan fakta-fakta yang tidak betul dan tidak tepat berkenaan cadangan pindaan Akta 355.

Sebenarnya SIS Forum amat keliru dan tidak faham perkara yang mereka bangkitkan kerana apa yang mereka dakwa sebagai Rang Undang-Undang (RUU) 355 itu sebenarnya ialah Bil Persendirian cadangan pindaan Akta 355 dan bukannya Rang Undang-Undang 355.

Rang undang-undang mestilah digubal oleh kerajaan Persekutuan dengan syarat tertentu dan dalam hal ini, kerajaan hanya boleh menggubal RUU ini setelah Bil Persendirian pindaan Akta 355 ini diluluskan oleh parlimen.

Saya ingin mengulas poster di atas, ayat bewarna merah ialah kenyataan pada poster SIS Forum Berhad manakala ayat bewarna biru ialah ulasan saya.

Akta 355 merupakan akta berkaitan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.
Seksyen 2 di bawah Akta 355 menjelaskan batas bidang kuasa mahkamah syariah di mana hukuman maksimum yang boleh dikenakan adalah penjara 3 tahun atau denda RM5000 atau 6 kali sebatan atau apa-apa gabungan hukuman tersebut.

SIS Forum mestilah amanah dan mesti menerangkan  perkara-perkara asas yang amat penting tentang Akta 355 dan Seksyen 2 Akta 355.

  • Pertama, SIS Forum mesti menjelaskan bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya terhad kepada orang Islam sahaja untuk mengelak kekeliruan di kalangan rakyat yang kurang memahami isu perundangan dan Perlembagaan Persekutuan.

  • Kedua, hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah adalah “sebatan syariah” yang amat jauh lebih ringan daripada “sebatan sivil”.

Apakah cadangan pindaan RUU355?
Parti politik PAS mencadangkan untuk meminda Akta 355 bagi meningkatkan hukuman denda yang dikenakan olen mahkamah syariah, kecuali hukuman mati. Jumlah hukuman yang dikenakan akan ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.” 

  • Cadangan pindaan Akta 355 bukanlah semata-mata mahu meningkatkan hukuman denda. Denda di dalam konteks undang-undang Mahkamah Syariah sekarang bermakna sejumlah wang (tidak melebihi lima ribu ringgit) yang mesti dibayar oleh pesalah.

  • Perkara yang dicadangkan dalam pindaan Akta 355 termasuklah Mahkamah Syariah bukan hanya boleh mengenakan hukuman penjara, denda dan sebatan syariah, tetapi boleh mengenakan berbagai bentuk hukuman-hukuman lain termasuk hukuman sosial jika ianya lebih berkesan.

Apakah impak pindaan ini, jika diluluskan?
-Ia akan memberi kuasa yang lebih luas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman denda kepada pesalah jenayah syariah tanpa batasan kecuali hukuman mati.
-Hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah selamanya tidak akan selaras kerana ia tertakluk mengikut negeri.
-Kelemahan pelaksanaan hukuman akan memberi nama yang buruk kepada mahkamah syariah dan agama Islam.

Dakwaan SIS Forum adalah prejudis, di luar konteks dan tidak benar. Impak sebenar pindaan ini bila di luluskan ialah Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman yang selaras dengan kadar hukuman Mahkamah Sivil dan DUN boleh menggubal undang-undang yang lebih sesuai bukan hanya untuk menghukum tapi juga untuk mendidik umat Islam supaya menjadi lebih baik di samping mengurangkan jenayah syariah.

  • Menuduh pindaan ini akan “memberi kuasa yang lebih luas kepada mahkamah syariah untuk mengenakan hukuman denda kepada pesalah jenayah syariah tanpa batasan kecuali hukuman mati” adalah satu fitnah jahat kerana bentuk dan had hukuman syariah adalah digubal oleh DUN di peringkat Negeri dan bukannya oleh Mahkamah Syariah itu sendiri.

  • Amat tidak masuk akal bila SIS Forum mendakwa jika pindaan ini diluluskan, impaknya ialah, “Hukuman yang dikenakan oleh mahkamah syariah selamanya tidak akan selaras kerana ia tertakluk mengikut negeri”. Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan kuasa penggubalan Undang-undang Syariah kepada Negeri dan bukannya cadangan pindaan Akta 355 yang mencadangkan perkara ini. Oleh itu, perkara ini tiada kaitan dengan pindaan Akta 355.

  • Amat tidak logik untuk SIS Forum mendakwa satu lagi “impak pindaan ini, jika diluluskan” ialah, “Kelemahan pelaksanaan hukuman akan memberi nama yang buruk kepada mahkamah syariah dan agama Islam” kerana Mahkamah Syariah bukanlah institusi yang melaksanakan hukuman.

Benarkah pindaan ini akan memartabatkan status mahkamah syariah di Malaysia?
Tidak benar, kerana pindaan ini hanya tertumpu kepada aspek hukuman, tanpa menyelesaikan masalah sistemik di mahkamah syariah, contohnya perlaksanaan Undang-undang Keluarga Islam yang masih bermasalah.

Keupayaan Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan syariah sudah tentu akan memartabatkan status Mahkamah Syariah.

  • Sekarang had hukuman Mahkamah Syariah jauh lebih rendah daripada hampir semua hukuman jenayah sivil, contohnya hukuman merokok di tempat awam adalah jauh lebih tinggi daripada hukuman jenayah syariah. Apakah SIS Forum merasakan bahawa kesalahan merokok di tempat awam adalah lebih serius daripada kesalahan di bawah Undang-undang Keluarga Islam?

Cara-cara lain untuk memperkasakan mahkamah syariah:
– Menyelaraskan sistem undang-undang keluarga Islam di antara negeri-negeri di Malaysia supaya sama.
– Memudahkan proses tuntutan nafkah bagi ibu-ibu tunggal supaya lebih efisien.
– Mempercepatkan proses perceraian, hak penjagaan anak dan lain-lain supaya tidak berlanjutan sehingga bertahun-tahun.
– Memastikan setiap daerah di Malaysia mempunyai hakim syarie yang mencukupi dan adil gender.

Undang-undang Syariah di Malaysia tidak hanya tertakluk kepada Undang-undang Keluarga Islam sahaja.

  • Cadangan SIS Forum tidak merangkumi cara menyelesaikan kesalahan syariah lain seperti murtad, LGBTIQ, khalwat, menghina Islam, ajaran sesat dan lain-lain.

  • Sistem Undang-undang Keluarga Islam di antara negeri-negeri yang disamakan, proses tuntutan nafkah dimudahkan, proses perceraian dipercepatkan dan setiap daerah di Malaysia mempunyai hakim Syarie yang cukup sahaja tidak boleh memperkasakan Mahkamah Syariah jika had hukuman maksimanya jauh lebih rendah daripada hukuman merokok di tempat awam.

  • Jika SIS Forum berpendapat aspek hukuman tidak penting dalam sistem mahkamah, SIS Forum patut mendesak had hukuman Mahkamah Sivil diselaraskan dengan had hukuman Mahkamah Syariah iaitu terhad kepada 3 tahun penjara, denda 5 ribu ringgit dan 6 kali sebatan syariah.

  • Ataupun adakah SIS Forum merasakan kesalahan syariah tidak seserius kesalahan sivil maka hukuman sekarang sudah memadai?

     

  • Sebenarnya cadangan SIS Forum berhubung cara penambahbaikan sistem Mahkamah Syariah sudah pun dilaksanakan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan Jabatan Kehakiman Syariah Negeri contohnya dengan menubuhkan Jawatankuasa Kerja Arahan Amalan Mahkamah Syariah untuk melicinkan proses mahkamah dan Jawatankuasa Kaedah Mahkamah Syariah pula untuk menggarap modul agar perbicaraan dapat dipercepatkan.

Bolehkah orang Islam membantah RUU355?
Rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama berhak menyuarakan bantahan kerana RUU355 adalan pindaan kepada prosedur yang akan memberi kesan kepada kepentingan awam.

      • Pertama, perkara ini berkaitan Bil Persendirian dan bukannya RUU355; jadi kenapa orang Islam harus membantah RUU355 yang tidak wujud?

      • Tidak menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia jika sesiapa sahaja mahu membantah Bil Persendirian ini, walaupun tiada sebab untuk mereka membantah satu pindaan yang membawa kepada kebaikan. Pindaan ini adalah salah satu cara untuk mengurangkan jenayah syariah. Pengurangan jenayah akan memberi kesan positif kepada seluruh rakyat yang cintakan keamanan termasuk juga orang yang bukan beragama Islam.

      • Namun, bagi orang Islam yang membantah bermakna mereka membantah satu usaha untuk mengurangkan jenayah Syariah; manakala bagi orang bukan Islam pula, tiada sebab untuk mereka membantah kerana jenayah syariah hanya melibatkan orang Islam sahaja dan Mahkamah Syariah tidak ada kaitan langsung dengan mereka.

SIS Forum Berhad yang suka menggunakan nama Islam sepatutnya membuat poster tentang pindaan Akta 355 dengan penuh amanah dan berdasarkan fakta yang tepat dan bukannya menggunakan imaginasi mereka untuk memburukkan suatu usaha yang murni untuk memartabatkan perundangan Islam di Malaysia.

Tindakan SIS Forum ini telah memberi nama yang buruk kepada agama Islam kerana mereka seakan memberi gambaran bahawa Mahkamah Syariah tidak harus diberi kuasa yang lebih tinggi dalam menjatuhkan hukuman; seolah-olah Mahkamah Syariah tidak penting dan hakim-hakim Mahkamah Syariah tidak mampu bertindak dengan adil dan amanah.