Tag Archives: Putra World Trade Centre

Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat R.A. PWTC

Poster Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat RA

Alhamdulillah, dua hari yang lepas saya berkesempatan mengunjungi Pameran Artifak Rasulullah S.A.W. Dan Para Sahabat RA yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (Putra World Trade Centre) atau lebih dikenali sebagai PWTC, Kuala Lumpur. Bertempat di Dewan Tun Razak 4, di tingkat 4 bangunan PWTC, terdapat lebih daripada 40 artifak-artifak bersejarah daripada zaman Baginda Rasulullah S.A.W. dan zaman kegemilangan Islam dipamerkan kepada pengunjung. Alhamdulillah, saya berkesempatan melihat sendiri helaian rambut dan janggut Baginda, tapak kaki serta darah bekam Baginda. Juga dipamerkan ialah barang kegunaan Baginda seperti serban, busur, panah, capal, tongkat dan bekas air minuman Baginda yang diperbuat daripada kulit, yang sering disebut oleh guru pengajian hadis saya, Ustaz Abdul Raof, yang kebetulan juga mengunjungi pameran tersebut semasa saya di sana. Di antara artifak-artifak bersejarah lain yang turut dipamerkan ialah koleksi kain Kiswah, kunci makam Baginda Rasululllah S.A.W., kunci makam Saidatina Fatimah az-Zahrah R.A., koleksi pedang para sahabat dan banyak lagi. Paling penting, para pengunjung juga diberi penerangan mengenai artifak-artifak yang dipamerkan serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Bagi saya, banyak yang dapat kita perlajari daripada mengunjungi pameran seperti ini, selain daripada dapat melihat artifak bersejarah dan menyelami keagungan zaman kegemilangan Islam, lahir kesedaran dan keinsafan untuk kita lebih menghayati pengorbanan dan semangat perjuangan Baginda dan para sahabat. Malangnya, pihak penganjur tidak membenarkan pengunjung merakamkan gambar di dalam dewan pameran. Pameran ini akan berakhir pada 4hb Ogos 2019; dan tiket masuk bagi dewasa berharga RM20.00, RM10.00 untuk pelajar dan RM5.00 untuk kanak-kanak. Please click the photos for larger images:  

DAP Ibarat Parti Putar Belit

KETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan (kiri) dan Bekas Aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman hadir pada program Anda Tanya, Kita Jawab: Diskusi UMNO-Online bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Saddam Yusoff

[Berita Harian}- KUALA LUMPUR: DAP ibarat parti putar belit dan sering meletakkan kesalahan pada orang lain kerana tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka lakukan.

Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, berkata banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerajaan DAP cuba mengalihkan isu sehingga mengelirukan rakyat negeri berkenaan.

“Saya lihat DAP kuat kerana banyak perkara dan isu yang dibangkitkan, mereka berani putar belit sehingga banyak masyarakat, terutama kaun Cina tidak mengetahui isu itu adalah benar atau tidak.

“Seperti di Pulau Pinang, apa yang dilaksanakan oleh DAP dan kerja itu salah, mereka letak kesalahan pada orang lain, mereka tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.

“Sebagai contoh, tanah runtuh, banjir teruk dan bukit-bukit digondolkan sehingga ada yang mengatakan DAP ini adalah ‘Developer Action Party’,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Anda Tanya, Kita Jawab: Diskusi UMNO-Online bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Bicara santai selama sejam, disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube itu turut menampilkan bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman dan dikelolakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Sementara itu, bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, berkata tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempolitikkan isu bantuan banjir amat tidak wajar.

“Saya masih ingat Guan Eng menangis merayu meminta bantuan daripada kerajaan Pusat mengenai banjir yang berlaku namun apa yang berlaku selepas itu, beliau hentam balik kerajaan kononnya bantuan tidak sampai.

“Guan Eng juga amat biadap kerana sebelum ini dalam satu ucapannya, beliau pernah mengatakan Pulau Pinang bebas mengadakan pesta arak kerana negeri itu bukan Taliban. Dua minggu selepas itu, berlaku tanah runtuh dan banjir besar,” katanya.