Tag Archives: Pertubuhan Muafakat Sejahtra Masyarakat Malaysia

Laporan Polis Terhadap Dr. Ariffin Omar oleh MUAFAKAT

Pertubuhan Muafakat Sejahtra Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) telah membuat sebuah laporan polis terhadap senator DAP, Dr. Ariffin Omar di balai polis Hulu Kelang, Ampang Jaya tengah hari tadi.

Laporan polis itu dibuat kerana Dr. Ariffin Omar pada 19hb April 2017 telah membuat kenyataan mengatakan bahawa “apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city” sewaktu perbahasan di Dewan Negara.