Tag Archives: Perlembagaan Persekutuan

Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata

Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu perkara, tetapi di dalam sesebuah negara yang berteraskan undang-undang, maka kita terpaksa sentiasa mengubah undang-undang dan dasar negara jika setiap pendapat berbeza tentang perkara dasar mesti diraikan. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan bahawa kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada perkara-perkara yang telah ditetapkan.
Negara kita tidak pernah mengiktiraf perjuangan komunis diatas sebab-sebab yang amat jelas. Memang terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Mereka mahukan sejarah negara kita ditulis semula untuk mengangkat pengganas komunis dan pejuang berhaluan kiri sebagai sebahagian daripada pejuang kemerdekaan.
Namun, apakah mereka yang mahukan sejarah ditulis kembali mengikut acuan mereka ini memahami sejarah negara bangsa kita? Adakah fakta-fakta yang mereka kemukakan itu disokong oleh pakar-pakar sejarah yang mempunyai kredibiliti tentang perkara ini? Apakah kajian-kajian tentang sejarah tanah air yang telah mereka rujuk untuk menyokong cadangan mereka itu? Dan jika mereka hanya berpandukan kepada pendapat mereka sendiri, apakah mereka mempunyai kredibiliti untuk memberi cadangan supaya kerajaan mengubah fakta sejarah yang mana akan melibatkan ideologi negara?
Menurut pakar sejarah tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, orang yang menentang undang-undang tidak boleh dianggap sebagai wira. Menurut beliau lagi, adalah tidak benar bila dikatakan komunis berjuang menentang British untuk membebaskan negara kerana yang ditentang komunis ialah kerajaan Tanah Melayu. Contohnya, apabila pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, itu bermakna mereka memerangi kerajaan Tanah Melayu dan bukannya kerajaan British. Ini ialah kerana British bukanlah pemerintah Tanah Melayu ini, tetapi British hanyalah pekerja dan dibayar gaji daripada hasil negara ini dan bukannya dibayar gaji oleh kerajaan British di England.
Tan Sri Khoo Kay Kim menambah bahawa, “parti komunis mahu (me)wujudkan Order Komunis Dunia; (di mana) tiada negara bangsa, tiada sempadan politik, seluruh dunia adalah dunia komunis”. Apakah perjuangan itu yang mereka maksudkan sebagai perjuangan untuk memerdekakan negara?
Seperti yang selalu ditegaskan oleh Tan Sri Khoo Kay Kim, negara-negara di Tanah Melayu yang diperintah oleh sembilan Raja-Raja Melayu adalah negara-negara merdeka dan berdaulat; dan tidak dijajah oleh British. Tanah yang dijajah British atau didalam dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai” jajahan takluk Baginda Queen” hanyalah Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.
Janganlah bertindak bagai tikus membaiki labu. Rujuklah kepada pakar-pakar sejarah negara seperti Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam yang jauh lebih arif berkenaan sejarah negara untuk memahami sejarah negara bangsa.

Related Post:

  1. Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia
  2. Tragedi Hitam Bukit Kepong – Sejarah Hitam Yang Mesti Diingat
  3. Kebenaran Di Sebalik Sejarah Penubuhan Persekutuan Malaysia

Agong: Institusi Raja Jangan Diambil Mudah, Diperbuat Sesuka Hati

BERNAMA – KUALA LUMPUR 14 Jun – Rakyat diminta tidak mengambil mudah dan diperbuat sesuka hati institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong dalam amalan Raja Berperlembagaan.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah, ini kerana ia adalah institusi yang diiktiraf secara terang dalam Perlembagaan Persekutuan.

<pJusteru, baginda bertitah, hal itu perlu diambil berat oleh semua pihak dan tidak mengikut budaya masyarakat Barat yang tindakan mereka bersandarkan emosi tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya kepada negara.

“Institusi Yang di-Pertuan Agong pada hemat Beta, sewajibnya bukan sekadar diambil daripada sudut simbol semata-mata namun ketahuilah institusi ini ada tanggungjawab amat besar, apabila berlakunya sesuatu krisis dalam menstabilkan keadaan supaya tidak menjadi kemudaratan kepada rakyat dan negara,” titah baginda menerusi perutusan Aidilfitri yang disiarkan secara langsung menerusi RTM, malam ini.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok.

Baginda turut menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya mengekalkan perpaduan dan keharmonian dengan menghulur tangan saling bermaaf-maafan dalam menyambut ketibaan 1 Syawal.

Sultan Muhammad V juga bertitah rakyat perlu menyuburkan budaya kunjung mengunjung di hari yang mulia ini bagi mengeratkan silaturahim.

“Hentikanlah dan lupakan pertelingkahan sesama umat sempena hari yang mulia ini. Jauhi fitnah memfitnah kerana dosa fitnah lebih dashyat daripada membunuh,” titah baginda.

Baginda turut bertitah bahawa masyarakat Melayu Islam khususnya akan hanya kekal diberkati jika bersendikan adat dan bertunjangkan syarak.

“Justeru, sempena menyambut Hari Lebaran Syawal yang mulia ini, jadikanlah apa yang Beta titahkan ini sebagai satu pesanan yang bermakna daripada raja kepada rakyat dan negara yang dikasihi.

“Beta harapkan semoga dengan tarbiah di madrasah Ramadan selama sebulan mampu menjadikan kita insan bertaqwa dan kembali kepada fitrah, yang bakal melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan berintegriti untuk memacu reformasi ke arah mencapai negara maju.

“Makmur dan mendapat pengampunan Allah (Baldatun Toyyibatun wa Rabbun Ghafur),” titah baginda.

Dalam titah baginda, Sultan Muhammad V turut berpesan kepada rakyat yang pulang berhari raya di kampung halaman supaya mengutamakan keselamatan dalam perjalanan.

“Berhati-hati memandu, elakkan kemalangan supaya kita tidak bersedih dalam kegembiraan.

“Harapan beta semoga sambutan Aidilfitri kali ini memberi makna dan impak yang besar kepada kita dalam melaksanakan tugas sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala dan khalifah di bumi Allah ini,” titah baginda.

Buku Harapan – Dimanakah Agenda Islam Dalam Manifesto PH?

Pakatan Harapan telah mengeluarkan buku manifesto mereka yang bertajuk Buku Harapan dengan janji “akan memastikan semua rakyat pelbagai bangsa dan agama dapat berkongsi hasil kemakmuran dan kemajuan negara secara adil dan saksama”.

Banyak yang telah diperkatakan tentang buku manifesto ini namun terdapat satu perkara teras yang amat penting yang pada saya telah menimbulkan persoalan yang amat besar tentang ideologi dan asas negara yang cuba dipinda oleh pakatan DAP, PKR, PAN, PPBM dan sekutu mereka secara halus tanpa disedari oleh majoriti rakyat Malaysia.

Pada muka surat 10 dokumen yang setebal 195 mukasurat itu, antara perkara penting yang disebut adalah mereka akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, termasuklah Perkara 3.

Saya terkejut apabila membaca ayat diatas, namun ianya tidaklah menghairankan kerana ini bukanlah kali pertama pakatan yang diketuai oleh DAP ini gagal memetik, atau dengan sengaja salah petik Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan!

Sila baca, Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?

Malah tulisan saya itu telah mendapat perhatian daripada Tun Dr. Mahathir sendiri; sila baca, Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan.

Apakah niat Pakatan Harapan menukar dua perkataan daripada ayat sebenar Perkara 3(1) di dalam teks Bahasa Melayu Perlembagaan dimana:

  1. Perkataan “tetapi” telah ditukarkan kepada “dan”
  2. Perkataan “damai” telah ditukarkan kepada  “harmonis”

Mungkin ramai yang menganggap ini bukanlah persoalan yang besar, kerana ayat di atas kelihatan hampir sama dengan apa yang tertulis di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan:

Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Namun, walaupun ia dilihat sebagai hampir sama, tetapi hakikatnya, ayat yang tertulis di dalam Buku Harapan itu membawa maksud yang amat jauh berbeza dari segi tafsiran perundangan berbanding dengan maksud sebenar Perkara 3(1), akibatnya:

  1. Merendahkan  kedudukan Islam kepada setaraf dengan agama-agama lain.
  2. Merendahkan kepentingan Perkara 3 menjadi sebahagian daripada Perkara 11 (tentang kebebasan beragama).

Implikasi megUBAH perkataan “tetapi” ditukarkan kepada “dan”:

Dalam konteks ini, apabila perkataan “tetapi” diubah kepada perkataan “dan”; implikasinya ialah kedudukan agama-agama lain di naikkan kedudukannya menjadi setaraf dengan kedudukan Islam; sedangkan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan adalah amat tinggi berbanding agama-agama lain; sila baca Lagi Usaha Parti Pembangkang Menipu Umat Islam.

Perkara ini telah ditegaskan oleh Hakim Mohd Noor Abdullah di dalam penghakiman Mahkamah Tinggi kes Meor Atiqulrahman bin Ishak & Ors v Fatimah Sihi & Ors[2000]  1 MLJ 393:

Pada pendapat saya “Islam ialah ugama bagi Persekutuan tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” bermakna Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara ini seperti Kristian, Buddha, Hindu dan selainnya. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati – tinggi, teguh dan terampil. Jika bukan sedemikian Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di negara ini dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan manamana ugama yang dianutinya, tiada lebih satu dari yang lain. Peruntukan ‘Islam ialah ugama bagi Persekutuan’ hendaklah ditakrif dan ditinjau tujuannya dengan membaca bersama peruntukan lain dalam Perlembagaan khususnya Perkara 89, 152, 153 dan 14.

Perkara 3 adalah Perkara yang memperuntukkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan namun ada pihak yang merendahkan dan menyalah gunakan Perkara 3(1) untuk membuktikan bahawa Perlembagaan memberi kebebasan kepada agama-agama lain, padahal kebebasan beragama termaktub di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Tan Sri Apandi Ali di dalam penghakiman kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam Negeri and Kerajaan Malaysia, menegaskan “Kebebasan Beragama” di dalam Perkara 11 adalah tertakluk kepada Islam kerana kedudukan Perkara 3(1) adalah “di dalam lingkungan Bahagian I Perlembagaan” (within the confines of Part I of the Constitution) sementara Perkara 11 berada di Bahagian 2 Perlembagaan.

Tujuan ungkapan “tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai” dalam Perkara 3(1) ialah untuk memperincikan bahawa walaupun Islam adalah agama bagi Persekutuan, namun penganut agama lain masih dibenar  mengamalkan agama mereka, selagi mereka mematuhi undang-undang dan tidak menimbulkan potensi yang boleh mengganggu kehidupan masyarakat Malaysia, khasnya penganut agama Islam; dan bukannya memberi kebebasan kepada mereka untuk berbuat sesuka hati atas dasar amalan agama mereka.

Implikasi apabila perkataan “damai” telah diUBAH kepada “harmonis”:

Apakah tujuan Buku Harapan menggunakan “aman dan harmonis”; walhal di dalam teks Bahasa Melayu Perlembagaan Persekutuan, perkataan yang diguna adalah “aman dan damai”?

Mengubah satu perkataan ini telah membawa implikasi yang amat besar, iaitu telah merendahkan kedudukan Islam di Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefinisikan perkataan damai sebagai:

1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman.

Manakala perkataan harmonis didefinisikan sebagai:

IB selaras, seimbang, sepadan, sesuai atau bersesuaian (antara satu sama lain). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Ini membuktikan bahawa penggatian perkataan “damai” kepada “harmonis” telah sekali lagi menyamaratakan kedudukan semua agama; dan ini bercanggah dengan tafsiran Perlembagaan oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali semasa penghakiman Mahkamah Persekutuan kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Menteri Dalam Negeri and Kerajaan Malaysia:

[42] It is my judgment that, based on the facts and circumstances of the case, the usage of the word “Allah” particularly in the Malay version of the Herald, is without doubt, do have the potential to disrupt the even tempo of the life of the Malaysian community. Such publication will surely have an adverse effect upon the sanctity as envisaged under Article 3(1) and the right for other religions to be practiced in peace and harmony in any part of the Federation. Any such disruption of the even tempo is contrary to the hope and desire of peaceful and harmonious co-existence of other religions other than Islam in this country.

Jelas, dengan mengubah perkara yang nampaknya kecil kepada Perkara 3(1), pembangkang bukan sahaja telah mengubah maksud Perkara 3, tetapi juga Perkara 10(2), 11(4), 153 dan sebagainya kerana semua Perkara di dalam Perlembagaan mesti dibaca bersama dan tidak boleh bercanggah di antara satu sama lain seperti yang telah ditegaskan oleh DYMM Almarhum Sultan Azlan Shah Di dalam penghakiman Mahkamah Tinggi kes Loh Kooi Choon v The Government of Malaysia [1977] 2 MLJ 187.

Constitution as the supreme law, unchangeable by ordinary means, is distinct from ordinary law and as such cannot be inconsistent with itself.

Di dalam Buku Harapan, Pakatan Harapan sekali lagi menjelaskan apa maksud Perkara 3 yang mereka ingin pertahankan; iaitu ‘Perkara 3’ yang telah mereka ubah selaras dengan niat dan kehendak mereka dan bukannya berjanji untuk mempertahankan Perkara 3(1) seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan yang ada sekarang. 

Amat tidak masuk akal apabila orang Islam menyokong Pakatan Harapan, sedangkan janji mereka di dalam Buku Harapan jelas mengkhianati kedudukan agama Islam di dalam Perlembagaan.

Berdasarkan manifesto mereka, menyokong Pakatan Harapan adalah seolah-olah memberi mandat untuk mereka merendahkan kedudukan agama Islam di Malaysia.

Malangnya ramai orang Islam yang tertipu dengan janji manis pakatan DAP!

Sila baca: Kit Siang Akan Pinda Perlembagaan DAP?

G25 Yang Terlalu Keliru

Saya amat tertarik membaca tajuk tulisan G25 yang disiarkan oleh  Free Malaysia Today (FMT), namun saya hairan kenapa G25 menggunakan ungkapan ‘place of pride’ sedangkan ungkapan yang betul dan tepat ialah “pride of place”, jika apa yang cuba G25 gambarkan dengan ungkapan itu ialah ‘mempunyai tempat yang penting dan istimewa’.

Menariknya kini G25 mengakui bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan tidak lagi agama rasmi negara seperti dakwaan ahlinya Tawfik Tun Dr. Ismail: tetapi pendapat mereka masih sama; seolah-olah tiada bezanya di antara ‘agama negara’ dan ‘agama rasmi negara’.

Di bawah tajuk, “G25: The word “liberal” has place of pride in Rukun Negara”, G25 mendakwa perkataan “liberal” seperti yang dilabelkan ke atas mereka, telah digunakan untuk menghina umat Islam yang percaya kepada nilai demokrasi sejagat, hak asasi manusia, kesaksamaan gender dan menghormati kepelbagaian budaya dan segala bentuk kepelbagaian.

“G25 has often been labelled as “liberal” by its critics, using a word which is becoming a derogatory term in Malaysia to describe Muslims who believe in the universal values of democracy, human rights, gender equality and respect for multiculturalism and diversity.” – G25

Malah, G25 menuduh bahawa perkataan “liberal” disalahgunakan olen pihak penguatkuasa agama dan “ekstrimis” untuk memburukkan golongan yang mempunyai pendapat yang berbeza tentang bangsa, agama dan politik.

“It is a word which has been abused by the religious authorities and extremists to demonise those who have different opinions on matters of race, religion and politics.” – G25

Kenyataan-kenyataan di atas, jelas menunjukkan kumpulan G25 bersikap ‘double standard’, mereka tidak senang bila dilabelkan “liberal”, namun pada masa yang sama, G25 merasa mempunyai hak untuk mengutuk dan melabelkan orang lain sebagai “ekstrimis”!

Lebih teruk lagi, G25 berhujah bahawa perkataan “liberal” mempunyai ‘tempat yang penting dan istimewa’ di dalam Rukun Negara!

“We, the members of G25, would like to remind our critics that in the Rukun Negara, the word “liberal” has a place of pride in the five principles of the national ideology aimed at bringing the various races together for national unity and development.” – G25

Hujah G25 lagi “liberal” sebenarnya ialah satu sikap yang positif, malah menjadi salah satu hala tuju negara, selah-olah Rukun Negara dan hala tuju negara kita ini bersifat “liberal”. 

“In the preamble to the Rukun Negara, it states that one of Malaysia’s aims are: “menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak”.” – G25

Nampaknya G25 sudah terlalu keliru sehingga gagal memahami maksud “liberal” dalam ayat di atas, yang hanyalah merujuk kepada kebudayaan sahaja; dan bukannya kepada soal agama atau kepercayaan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Prof. Dr Shamrahayu Abd Aziz, di mana Aunty Shamrahayu menerangkan kepada saya bahawa “liberal” dalam ayat tersebut bermakna keterbukaan menerima budaya pelbagai kaum, dan bersifat dan bersikap inklusif dengan prinsip asas; tetapi tanpa mengabaikan Tuhan dan prinsip kesopanan dan kesusilaan.

Ini kerana Malaysia adalah sebuah negara Islam, yang tidak mengabaikan prinsip-prinsip agama; sampai ke tahap Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara mesti bersumpah atas nama Allah untuk pada setiap masa memlihara agama Islam sebelum menjalankan tugas baginda sebagai Ketua Utama Negara.

G25 adalah puak Islam liberal kerana mereka berusaha meliberalkan agama Islam, menolak, menentang dan mempertikaikan hukum-hukum Islam termasuk hukuman ke atas pesalah syariah.

Sebagai contoh, G25 mendawa kesalahan syariah hanyalah ‘personal sin’ di sisi Perlembagaan dan bukannya satu jenayah yang mesti dihukum oleh mahkamah, sedangkan kedudukan Mahkamah Syariah telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121(1A).

“… LGBT, free sex etc are wrong but that these are personal sins, not crimes as defined in constitutional law.” – G25

Nyata G25 gagal memahami Perlembagaan Persekutuan khasnya Perkata 3(1) dan sewenang-wenangnya telah memfitnah Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi sekular!

 “We in G25 will defend the country’s secular democracy based on the Federal Constitution as the supreme law of the country.” – G25

Bagaimanakah Perlembagaan Persekutuan yang jelas mengangkat Islam sebagai agama negara boleh dituduh menjadikan Malaysia bersifat demokrasi sekular sedangkan perkataan demokrasi dan sekular tidak pernah tertulis di dalam Perlembagaan?

Saya mencabar G25 untuk membuktikan di dalam Perkara atau Jadual manakah dalam Perlembagaan yang  menyebut bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi sekular!

“The constitution was written with the intention that while Islam is the religion of the federation, the laws of the country should follow the universal values of justice which were in existence long before independence.” G25

Kenyataan di atas membuktikan bahawa G25 mesti kembali belajar daripada orang yang lebih pakar kerana G25 bukan setakat buta Perlembagaan, malah buta sejarah.

Sejarah negara membuktikan bahawa kerajaan-kerajaan Melayu dahulunya adalah Kerajaan Melayu Islam yang mana sistem perundangannya adalah berasaskan Islam dan bukannya mengikut nilai keadilan sejagat seperti yang direka oleh G25.

Maka, di atas dasar apakah G25 mahu berhujah jika ternyata mereka sendiri yang sebenarnya tersangat keliru dan yang gagal memahami asas kenegaraan Malaysia?

Malah, fakta yang mereka berikan bukan sahaja tidak benar, malah adalah bercanggahan di antara satu sama lain!

G25 memperakui bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan tetapi pada masa yang sama mendakwa Malaysia ialah sebuah negara demokrasi sekular serta menuduh pihak penguatkuasa agama melampaui batasan Perlembagaan dan menganggap perlaksanaan undang-undang Islam adalah melanggar prinsip-prinsip demokrasi dan hak asasi manusia!

Adalah tidak masuk akal jika sebuah negara Islam boleh bersifat sekular pada masa yang sama kerana sekular bermakna memisahkan agama dari pentadbiran negara sedangkan kerajaan Malaysia mempunyai tanggung jawab keperlembagaan untuk menjaga kesucian Islam di negara ini.

G25 lantang memburukkan pihak berkuasa agama yang menjalankan tugas mengikut Perlembagaan untuk mempertahankan kesucian Islam:

“… religious authorities go beyond the limits of the constitution in exercising their powers, and introduce laws to control and police the behaviour of Muslims against the principles of democracy and human rights, G25 has a duty to respond by raising the issues of law and order …” – G25

Lebih parah, G25 yang liberal ini mahu menyesatkan umat Islam di negara kita dengan mendesak kerajaan membenarkan golongan liberal dan sesat yang G25 dakwa mempunyai pandangan yang “controversial and radical” untuk bebas menulis dan berucap di negara ini, sebagai contoh buku mereka, “Breaking the Silence: Islam in a Constitutional Democracy” yang diharamkan oleh kerajaan; walaupun perkara itu bertentangan dengan undang-undang negara.

Penghakiman Mahkamah Rayuan kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Kerajaan Malaysia & Menteri Dalam Negeri jelas membuktikan hal ini, di mana YA Dato’ Abdul Aziz Rahim menegaskan bahawa:

I would add however that the position of Islam as the religion of the Federation, to my mind imposes certain obligation on the power that be to promote and defend Islam as well to protect its sanctity. In one article written by Muhammad Imam, entitled Freedom of Religion under Federal Constitution of Malaysia – A Reappraisal [1994] 2 CLJ lvii (June) referred to by the learned counsel for the 8th appellant it was said that: “Article 3 is not a mere declaration. But it imposes positive obligation on the Federation to protect, defend, promote Islam and to give effect by appropriate state action, to the injunction of Islam and able to facilitate and encourage people to hold their life according to the Islamic injunction spiritual and daily life.”

Hujah dangkal G25 seterusnya yang menuduh ‘founding forefathers’ mahukan Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi sekular yang liberal dapat saya patahkan dengan hujah Hakim Tan Sri Md Raus Sharif di dalam kes Mahkamah Persekutuan ZI Publications Sdn Bhd and Another v Kerajaan Negeri Selangor

“Federal Constitution allows the Legislature of a State to legislate and enact offences against the precepts of Islam. Taking the Federal Constitution as a whole, it is clear that it was the intention of the framers of our Constitution to allow Muslims in this country to be also governed by Islamic personal law.”

Seperti golongan liberal lainnya G25 sengaja memfitnah bahawa Perkara 10(1) memberikan kebebasan bersuara sehingga bebas menghina dan menafsir Islam secara liberal dan sesuka hati; atau menurut G25 pendapat yang “controversial and radical”, malah mendakwa pendapat sesat sebegitu adalah satu budaya yang sihat dalam memahami Islam.

Ini adalah satu lagi fitnah kerana di dalam penghakiman kes Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Menteri Dalam Negeri and Kerajaan Malaysia, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang ketika itu ialah Hakim Mahkamah Persekutuan, berhujah:

“[36] The alleged infringement of the fundamental liberties of the respondent can be negated by trite law that any freedom is not absolute. Freedom cannot be unfettered, otherwise, like absolute power, it can lead to chaos and anarchy. Freedom of speech and expression under Article 10(1) are subjected to restrictions imposed by law under Article 10(2)(a). Freedom of religion, under Article 11(1), as explained above is subjected to Article 11(4) and is to be read with Article 3(1).”

G25 dengan sendirinya telah membuktikan bahawa mereka adalah sebuah golongan liberal yang keliru, bercakap melawan fakta, ‘double standard’ dan tidak profesional; mereka bebas menuduh orang lain sebagai extrimis dan melanggar Perlembagaan sedangkan mereka sendirilah sebenarnya yang gagal memahami ajaran Islam yang sebenarnya serta buta Perlembagaan.

Anehnya bila mempertahankan suara liberal, G25 melaungkan hak kebebasan bersuara walaupun ianya “controversial and radical” namun menentang suara pejuang Islam yang mereka gelar extrimis serta tugas pihak berkuasa Islam yang mereka fitnah melampaui batas Perlembagaan, seolah-olah “constitutional guarantee on the freedom of speech and expression” hanya sah kepada puak liberal dan penentang Islam sahaja!

Semoga G25 yang telah sedar bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan, boleh belajar memahami ajaran Islam  yang sebenarnya  serta suatu hari nanti akan bersama-sama mempertahankan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah, mazhab Syafie daripada anasir yang mahu meruntuhkan akidah umat Islam di Malaysia, Amin.

Related Article:

Pembangkang Restui Wan Ji Mahu Runtuhkan Institusi Raja?

Pegawai Penerangan di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Wan Ji Wan Hussin baru ini ditahan oleh polis selepas memberi khutbah Jumaat di Masjid Jalan Sembilang, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Sila baca: (LGE Lantik Pengkhianat Raja Sebagai Pegawai Penerangan Tentang Islam?)

Menurut laporan akhbar-akhbar tempatan, beliau ditahan dibawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, yang bertulis:

4. (1) Any person who—

(a) does or attempts to do, or makes any preparation to do, or conspires with any person to do, any act which has or which would, if done, have a seditious tendency;
(b) utters any seditious words;
(c) prints, publishes or causes to be published, sells, offers for sale, distributes or reproduces any seditious publication; or
(d) propagates any seditious publication,

shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to imprisonment for a term of not less than three years but not exceeding seven years; and any seditious publication found in the possession of the person or used in evidence at his trial shall be forfeited and may be destroyed or otherwise disposed of as the court directs.

Tetapi apa yang mungkin ramai orang tidak tahu adalah, kes video Wan Ji bukan hanya boleh disiasat di bawah Akta Hasutan tetapi apa yang telah diperkatakan oleh Wan Ji di dalam rakaman itu harus disiasat di bawah Akta Kanun Keseksaan 1997.

Seksyen 121B Akta Kanun Keseksaan mengatakan bahawa:

Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

Apabila Wan Ji merancang untuk menghapuskan Sistem Sultan atau Sistem Pemerintahan Beraja, beliau melanggar Seksyen 121B Akta Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman penjara seumur hidup, dan juga akan didenda.

Institusi Raja adalah teramatlah penting di dalam sistem pemerintahan Negara.

Sultan atau Raja adalah Ketua Agama Islam dan DYMM Yang Di Pertuan Agong adalah Ketua Tertinggi Negara.

Rajalah yang menyatukan rakyat dan yang membolehkan kita hidup dalam keadaan yang aman dan damai seperti sekarang ini dengan izin Allah S.W.T. serta menjaga hak rakyat Malaysia seperti yang tertulis pada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi masalahnya, hari ini ramai orang gagal memahami kepentingan dan kedaulatan Institusi Raja dan akhirnya berlakulah kes seperti kenyataan Wan Ji yang bukan sahaja telah menghina Sultan, tetapi lebih parah lagi, mahu menghapuskan “Sistem Sultan” atau Sistem Pemerintahan Beraja di Negara ini.

Lebih menarik, pemimpin pembangkang khususnya DAP, berdiam diri dan tiada yang melaporkan kes ini kepada pihak polis atau cuba menghebohkan isu ini; walhal dalam kes Ustaz Zamihan, mereka telah membuat berbagai kenyataan seolah-olah merekalah pembela Institusi Raja walaupun kesalahan Ustaz Zamihan tidak seberat kesalahan Wan Ji yang merancang untuk menjatuhkan Institusi Raja, dan kesalahan Ustaz Zamihan  tidak melanggar Akta Kanun Keseksaan.

Yang lebih ringan digempar-gempurkan; yang lebih berat cuba didiamkan.

Related Post:

Menjawab “Jika Islam Boleh, Kenapa Kristian Tidak Boleh”

Menjawab Dr. Ariffin Omar: Apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city?

Ateisme Mencabar Kedaulatan Negara

Sejak beberapa hari yang lalu, beberapa portal berita pro-pembangkang giat menyiarkan laporan yang bersifat tidak benar dan prujudis tentang isu golongan ateis yang asalnya beragama Islam di Malaysia ekoran pendedahan tentang kumpulan Atheist Republic.

Free Malaysia Today (FMT) melaporkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat yang berpangkalan di Washington, Prof. Zachary Abuza mengkritik reaksi kerajaan Malaysia terhadap kumpulan ini.

Menurut FMT, Abuza berkata Malaysia bukan lagi sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan seperti sebelum ini.

Ini adalah satu fitnah jahat kerana fahaman ateisme adalah bercanggah dengan undang-undang tertinggi Negara; lebih-lebih lagi untuk bekas umat Islam.

Jelaslah, terdapat usaha terancang untuk menghalalkan ateisme dan murtad.

Menggunakan hujah liberal dari kumpulan yang sememangnya tidak faham atau ‘yang sengaja buat-buat tidak faham’, porta-porta berita pro-pembangkang dilihat cuba menimbulkan persepsi perundangan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan untuk menjustifikasikan desakan mereka supaya orang Islam bebas berfahaman ateis.

FMT juga melaporkan kata-kata Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut mengenai murtad dan “ia tidak mengharamkan murtad dan tidak membenarkannya”, yang memberi persepsi seolah-olah murtad tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka tidak boleh ada peruntukan undang-undang yang sah untuk mengawal gejala songsang ini.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Ini membuktikan bahawa asas kenegaraan kita ialah Islam sebagai agama bagi negara ini tetapi agama-agama lain boleh diamalkan selagi amalan mereka tidak menjejas kesucian Islam dan tidak menimbulkan apa-apa ancaman atau apa-apa kemungkinan ancaman dan kemungkinan yang boleh menjadi ancaman terhadap agama Islam. 

Perkara ini telah ditegaskan oleh Tan Sri Apandi Ali  yang ketika itu Hakim Mahkamah Persekutuan, di dalam kes Mahkamah Rayuan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Kementerian Dalam Negeri & Kerajaan Malaysia:

[33] In short, Article 3(1) was a by-product of the social contract entered into by our founding fathers who collectively produced the Federal Constitution, which is recognized as the Supreme Law of the country. It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menegaskan:

Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan membenarkan undang-undang Negeri dan Persekutuan digubal untuk menyekat penyebaran perkara yang boleh memurtadkan umat Islam termasuk penyebaran fahaman ateis.

Di dalam penghakiman kes Mahkamah Persekutuan ZI Publications Sdn Bhd dan lain-lain v Kerajaan Negeri Selangor, Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu, Tan Sri Md Raus Sharif menegaskan:

Federal Constitution allows the Legislature of a State to legislate and enact offences against the precepts of Islam. 

Malah “Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan” di dalam Perkara 10(1) adalah tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4), dimana:

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaatdemi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negaralain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Hujah ni diperkuatkan lagi oleh Perkara 37 yang mewajibkan Yang Di-Pertuan Agong untuk bersumpah di atas nama Allah S.W.T. untuk memelihara pada setiap masa agama Islam, seperti apa yang tertulis di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan, sebelum memulakan tugas Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Maka, negara mempunyai ‘constitutional duty’ untuk memelihara dan menjaga kesucian agama Islam daripada apa-apa ancaman, kemungkinan ancaman dan apa-apa yang akan memungkinkan berlakunya ancaman terhadap agama Islam, termasuk ancaman pemurtadan termasuk fahaman ateisme.

Malah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM yang merupakan seorang pakar Perlembagaan, Dato’ Prof. Mahamad Naser Disa, golongan ateis tidak mempunyai hak Perlembagaan (constitutional rights) di negara ini kerana Perlembagaan negara hanya mengiktiraf hak rakyat yang beragama seperti tertulis di dalam Perkara 3 dan 11 dan Prinsip pertama Rukun Negara iaitu “Percaya Kepada Tuhan”.

Huraian prinsip pertama Rukun Negara kepada kedaulatan negara amat terang dan jelas:

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat. – Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Negara (Jabatan Perdana Menteri) 

Namun terdapat pendapat songsang dan salah yang menafsirkan hak beragama seperti yang di jelaskan di dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai termasuk hak untuk tidak beragama dan kepercayaan kepada Tuhan juga merangkumi tidak percaya kepada Tuhan.

Tafsiran songsang itu tidak benar kerana asas pengertian sesuatu undang-undang itu mestilah, pada mulanya, dicari dalam bahasa undang-undang itu ditulis, dan jika bahasanya terang dan jelas, maka kewajiban tafsiran tidak timbul dan fungsi tunggal mahkamah adalah untuk menguatkuasakannya mengikut istilahnya.

The 1917 American case of Caminetti v. United States had held that “it is elementary that the meaning of a statute must, in the first instance, be sought in the language in which the act is framed, and if that is plain… the sole function of the courts is to enforce it according to its terms.” And if a statute’s language is plain and clear, the court further warned that “the duty of interpretation does not arise, and the rules which are to aid doubtful meanings need no discussion,”

Jelasnya tafsiran undang-undang tidak boleh dibuat dengan sesuka hati, apalagi dengan menambah perkataan yang tidak ada tertulis di dalam undang-undang itu, dalam hal ini, di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Inilah nilai dan fahaman songsang golongan liberal yang mahu merosakkan tatasusila dan tamadun rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada undang-undang agama yang akhirnya mennghakis sifat ketamadunan masyarakat kita.

Menurut seorang lagi pakar Perlembagaan Prof. Dr. Shamrahayu Abd. Aziz, hak asasi hanya boleh menjadi hak apabila ianya tidak melanggar undang-undang, maka mereka yang berfahaman ateis tiada hak dan tidak boleh menuntut hak mereka kerana Perlembagaan Persekutuan hanya mengiktiraf rakyat yang beragama.

Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat, maka jelaslah fahaman ateisme yang tidak percaya kewujudan Tuhan mencabar dan menjejaskan kedaulatan negara.

“DAP Bukan Lagi Musuh Melayu”; Is Zam Okay?

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai Zam baru-baru ini menulis sebuah artikel di blognya, Zamkata, yang bertajuk “DAP BUKAN LAGI MUSUH MELAYU AKIBAT PEMESONGAN NASIONALISME UMNO”.

Artikel tersebut menunjukkan betapa setianya Tan Sri Zam kepada Tun Mahathir (Tun M) kerana demi mempertahankan pendirian Tun M, Zam sanggup menulis apa sahaja walaupun tulisan itu amat mengelirukan, tuduhan yang melulu tanpa fakta dan alasan yang amat dangkal dan tidak logik; semata-mata untuk memberi persepsi yang buruk kepada UMNO dan kerajaan.

Zam buat-buat tidak tahu bahawa parti DAP ialah sebuah parti yang menentang hak orang-orang Melayu dan raja-raja Melayu dan sentiasa mendesak supaya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dihapuskan agar hilanglah hak istimewa orang Melayu di Tanah Melayu ini.

Di manakah logiknya bila Zam cuba menyamakan kesan hubungan “penanaman modal dari China atau kerjasama ekonomi Malaysia dengan Republik Rakyat China” dengan kesan kekuasaan politik parti DAP kepada orang Melayu?

Zam seterusnya menulis:

“Orang Melayu sekarang melihat UMNO sebagai menambah ancaman dan cabaran kepada mereka dibandingkan DAP yang semakin matang dalam melihat nilai-nilai politik yang diperlukan untuk kerjasama politik yang progresif, dinamik ,bersih dan cekap yang tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keugamaan yang sempit.”

Nampaknya Zam menganggap penentangan keras DAP terhadap dasar-dasar Islam itu sebagai sikap “DAP yang semakin matang” dan “tidak lagi berasaskan politik perkauman dan sentimen keugamaan yang sempit”.

DAP bukan sahaja dengan biadapnya menentang pindaan Akta 355 yang dibuat untuk memperkasakan Mahkamah Syariah, malah Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera mencadangkan supaya bidang kuasa Mahkamah Syariah yang diperuntukkan di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan itu ditarik balik.

Walaupun bidangkuasa Mahkamah Syariah hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, namun DAPlah yang dengan lantang menentang dengan berbagai alasan yang tidak masuk akal termasuk, demi mempertahankan hak kebebasan umat Islam termasuk untuk murtad.

Di negeri yang mereka kuasai iaitu Pulau Pinang, mereka mahu seruan azan diperlahankan, seolah-olah Pulau Pinang kini  bukan lagi sebuah negeri Islam.

Pada mereka, hak asasi umat Islam hanyalah hak untuk bebas membuat dosa namun hak untuk hidup secara Islam yang sebenarnya dinafikan dan ditentang habis-habisan dengan berbagai alasan termasuk bersifat ekstrimis, rasis dan merbahayakan negara.

Malah telah ada pemimpin DAP yang berani berkata, “apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian City” walaupun kata-kata itu jelas mencabar kuasa Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua bagi Agama Islam bagi Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.

Begitu juga dengan pendedahan Dr. Kamarul Zaman tentang adanya agenda Kristian di sebalik penglibatan Hannah Yeoh sebagai ahli politik di Malaysia yang mana bersalahan dengan undang-undang negara ini.

Bencinya DAP kepada Islam sehinggakan mereka dengan sengaja menyalah tafsirkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memfitnah bahawa Malaysia ini ialah sebuah negara sekular dengan Islam hanyalah sekadar agama rasmi sahaja.

Begitu juga dengan perlembagaan parti DAP yang dengan jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Jadi, bagaimana mungkin Zam boleh berpendapat bahawa hubungan ekonomi dengan China lebih merbahaya berbanding dengan memberikan kuasa politik kepada DAP yang hakikatnya dimonopoli oleh orang Cina yang tidak memghargai pengorbanan Raja-Raja Melayu dan mahu menghapuskan kontrak sosial yang telah dibuat dahulu?

Peliknya bila Zam menuduh “UMNO yang mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya” namun menutup mata bila lerajaan DAP Pulau Pinang cuba “menChinakan” Pulau Pinang dengan membawa masuk pelaburan dari China dan membanguinkan berbagai projek hartanah mewah yang dijual kepada rakyat dari negara China.

Juga menghairankan saya adalah, bagaimana Zam boleh menyalahkan kerajaan mengenai penjualan saham Proton kepada Geely, sebuah syarikat pembuat kereta China sedangkan Tun M dan bukannya PM Najib yang berada di dalam kumpulan yang telah merancang perkara ini dan telah terlibat dalam rundingan awal di antara Proton dan Geely.

“Orang Melayu bimbang perkongsian Proton Holding Berhad dengan pembuat kereta China, China’s Zhejiang Geely Holding Group akan membuka peluang pekerjaan kepada orang Cina dari China  di Proton yang selama ini eksklusif kepada orang Melayu.”

Dari tulisannya juga, nampaknya seperti dasar parti DAP, Zam juga mahukan negara ini mengamalkan “dasar sekularisme dan liberalisme” yang bertentangan dengan ajaran Islam, Perlembagaan dan undang-undang negara:

“Disamping itu orang bukan Melayu melihat perubahan dasar sekularisme dan liberalisme UMNO sejak permuafakatan politik dengan Pas untuk bersama menguasai negara ini. Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah atau Akta 355) menimbulkan prasangka buruk bukan Melayu terhadap matlamat UMNO…”

Terpengaruh dengan pendapat “Peguam-Peguam Islam yang terkemuka di negara ini” dari parti DAP seperti Zaid Ibrahim dan peguan liberal lain contohnya Siti Zabedah Kassim, Zam berpendapat bahawa, “Hukuman jenayah tidak seharusnya berbeza antara Melayu Islam dan bukan Islam”; seolah-olah Zam tidak tahu akan adanya sistem Mahkamah Syariah yang bidang kuasanya telah diperuntukkan melalui Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Peguam-Peguam Islam yang terkemuka di negara ini juga bimbang pindaan ini akan membawa kepada pencerobohan terhadap prinsip-prinsip asal perlembagaan negara yang mahu membina suatu bangsa atas nasionalisme Malaysia yang menolak dan perbezaan hukuman kaum di Malaysia termasuk orang Islam sendiri yang menyemai perasaan ketidakadilan dari segi perlembagaan.”

Nampaknya Zam yang kurang memahami Perlembagaan Persekutuan merasakan PAS lebih merbahaya daripada DAP kepada orang Melayu.

“PAS yang belum pun berada dalam kerajaan telah berjaya mempergunakan UMNO untuk menggugat kesucian Perlembagaan Negara menerusi Parlimen dengan mengambil kesempatan di atas kelemahan UMNO dan pucuk pimpinannya.”

Lebih memeningkan lagi ialah, setelah menuduh, “UMNO yang mahu menChinakan Malaysia menerusi penjajahan ekonominya” Tan Sri Zam memulis:

“Orang Melayu tidak menolak penanaman modal dari China kerana kesesatan dari nasionalisme atau misguided nasionalism tetapi kerana kehilangan keyakinan mereka terhadap nasionalimse UMNO yang terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara .”

Saya tidak faham apakah Zam merasakan pelaburan modal dari China ini memberi kesan yang baik atau buruk kepada orang Melayu; adakah kesannya buruk bila modal China dibawa masuk oleh UMNO dan kesannya baik jika dibawa masuk oleh pihak lain contohnya DAP dan Tun M?

Dan apakah maksud “nasionalimse UMNO yang terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara”?

Jika Zam maksudkan pemerkasaan dasar Islam dan usaha UMNO untuk memperbetulkan penafsiran Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan dan bukannya hanya sekadar agama rasmi seperti yang di salah tafsirkah oleh DAP sebagai ” terpesong dari dasar asalnya dan juga dari Perlembagaan Negara”, maka patutlah beliau merasakan “DAP bukan lagi musuh orang Melayu”, bak kata pepatah Inggeris, “Birds of a feather flock together”.

Tidak dapat dinafikan bahawa DAP dan parti-part sekutunya seperti PKR, PAN dan PPBM merupakan ancaman terhadap kedaulatan Islam di Malaysia dan itulah yang menjadikan DAP sebagai musuh yang amat nyata kepada orang Melayu, walaupun Zam menafikannya dengan sepenuh hati.

Related Posts:

Bila Islam DiHina

Apabila pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff mendedahkan adanya agenda Kristian di sebalik penglibatan Hannah Yeoh sebagai ahli politik di Malaysia, pemimpin-pemimpin DAP dan PAN mula menyerang Dr. Kamarul dengan begitu hebat, dan cuba menggambarkan seolah-olah kenyataan yang dibuat oleh Dr. Kamarul itu adalah palsu dan tidak berfakta.

Hannah Yeoh pula segera bertindak membuat laporan polis terhadap Dr. Kamarul dan seterusnya memberi  berbagai kenyataan kepada media pro-pembangkang sebagai menyanggah kenyataan Dr. Kamarul.

The Malaysian Insight (TMI), di dalam artikelnya yang bertajuk “Hannah pertikai masa siaran artikel Kamarul Yusof” melaporkan:

“Yeoh, berkata sebagai penganut Kristian, beliau percaya kepada kedaulatan undang-undang, keadilan, ketelusan, kebertanggungjawaban, kesaksamaan dan tadbir urus yang baik”.

Soalan saya ialah, adakah Hannah Yeoh yang dikatakan “percaya kepada kedaulatan undang-undang” itu taat kepada undang-undang negara sedangkan di dalam artikel yang sama, TMI melaporkan:

“Komitmen DAP ialah mewujudkan negara sekular seperti didefinisikan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia. DAP mempunyai agenda rakyat Malaysia bukan Kristian.”

  1. Dengan menyatakan Malaysia ialah sebuah “negara sekular seperti didefinisikan di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia”, Hannah Yeoh telah memfitnah Perlembagaan Persekutuan kerana Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengatakan bahawa Islam adalah agama bagi Persekutuan yang membawa erti bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam.
  2. Hannah Yeoh dan parti DAP bukan sahaja telah melanggar undang-undang negara tetapi juga telah menderhaka kepada Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong jika dia melaksanakan “Komitmen DAP ialah mewujudkan negara sekular”; iaitu satu komitmen untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara sekular yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mencabar kuasa Yang di Pertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam negara ini.

Malaysia bukanlah sebuah negara sekular.

Malaysia ialah sebuah negara Islam, menegaskan bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular adalah bertentangan dengan undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan,  apatah lagi apabila Hannah Yeoh melaksanakan komitmen DAP untuk menjadikan Malaysia sebuah negara sekular.

Bolehkah laporan TMI itu dijadikan hujah untuk mematah dakwaan Dr. Kamarul?

Hakikatnya, Hannah Yeoh sendiri menulis yang dia berjaya untuk berdakyah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda (“to preach at churches, to world leaders and to young people”, muka surat 108) kerana Tuhan Kristiannya yang “made it happen through my political office”. 

Seperti kata Dr. Kamarul, Hannah Yeoh sendiri mengaku telah menggunakan kedudukan politiknya untuk berdakyah.

Oleh itu, bolehkah kita percaya kata-kata Hannah Yeoh Tseow Suan dan penyokongnya termasuk pemimpin parti PAN yang menuduh Dr. Kamarul berbohong?

Dr. Kamarul seterusnya mendedahkan bahawa Hannah Yeoh yang merupakan seorang evangelist telah menyeru “agar penganut Kristian membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia (“God wants to reclaim politics and public service in Malaysia”, muka surat 110), ditambah tindakan beliau mengaitkan diri dengan cita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam (“aims to bring Christian faith and service to the public sphere”)!

Perkara ini telah mencetuskan keresahan di kalangan umat Islam dan menjadi ancaman kepada kedaulatan dan keamanan negara kita.

Kita tahu akan gejala pemurtadan di tanah air kita.

Sebagai contohnya, dalam kes pemurtadan Azlina Jailani atau Lina Joy pada tahun 1999; Azlina telah mendapat sokongan hebat daripada puak itu yang sehingga kini, masih menggunakan kes ini dan membawanya ke peringkat anratarabangsa untuk mendesak Malaysia memberi kebebasan kepada umat Islam untuk murtad.

Contoh yang lain, dalam ceramahnya pada tahun 2006, seorang paderi Kristian bernama Benjamin Stephen berkata, “di Johor sahaja sudah lebih daripada atau hampir kepada 10,000” orang Melayu telah dimurtadkan dan memeluk agama Kristian, malah di setiap gereja di Semenanjung Malaysia yang dia lawati, ada orang-orang Melayu yang telah murtad seperti dirinya sendiri.

Hari ini, mereka termasuk politik DAP sangat lantang bersuara mengutuk institusi-institusi Islam dan berani mencampuri hal ehwal agama Islam yang mana mereka tidak mempunyai hak kepelembagaan untuk berbuat demikian.

Contoh yang paling mudah ialah kes pindaan Akta 355, dimana mereka bertalu-talu menentang dan menyerang secara lisan dan tulisan, bukan sahaja membantah pindaan suatu Akta yang tiada kena mengena dengan mereka tetapi juga mengutuk dan berusaha untuk menghapuskan institusi perundangan Islam yang telahpun ada di Tanah Melayu ini sejak sebelum adanya sistem perundangan sivil.

Perkara ini merupakan suatu serangan dan penindasan ke atas hak umat Islam dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara Islam.

Mereka juga mengangkat dan menyokong golongan liberal seperti kumpulan G25, SIS Forum,  Islamic Renaissance Front (IRF) dan sebagainya sebagai suara umat Islam Malaysia dan seterusnya menggunakan golongan ini untuk menentang ajaran Islam yang sebenarnya, institusi-institusi Islam dan juga sistem perundangan Islam.

Hannah Yeoh sebagai Puan Speaker DUN Selangor telah menolak usul untuk memperkasakan Mahkamah Syariah di DUN Selangor daripada dibahaskan tetapi pada masa yang sama mendakwa  bahawa dia tidak membenci Islam, malah sangat mesra dengan orang Islam.

Untuk mendapat sokongan orang Islam, Hannah Yeoh dan pemimpin bukan Islam DAP dan PKR telah memasuki masjid hingga ke ruang solat untuk berbagai aktiviti termasuk memberi ucapan.

Ini membawa kepada tindakan biadap Ahli Parlimen PKR Subang, Sivarasa Rasiah yang berucap di kawasan saf hadapan masjid sehingga Sultan Selangor menzahirkan rasa teramat murka dan dukacita dengan tindakannya yang memasuki Masjid An Nur, Kampung Melayu Subang dan menggunakan ruangan solat sebagai tempat berpolitik.

Sebelum ini, semasa menjadi Ahli Parlimen Serdang, pemimpin DAP, Teo Nie Ching juga pernah berucap di di kawasan solat saf hadapan sebuah surau manakala ADUN PKR  Dr. Xavier Jayakumar juga telah berucap di kawasan solat saf hadapan masjid Ar-Rahimiah Klang.

Lebih malang lagi, bila ditegur, mereka lantang mempertahankan perbuatan biadap mereka, seolah-olah mereka lebih faham hukum Islam daripada pihak berkuasa Islam sendiri.

Saya tidak faham bagaimana ada orang-orang seperti Khalid Samad, Mujahid Yusof Rawa dan sebagainya masih buta dan mahu mempertahankan Hannah Yeoh dan bersungguh-sungguh menyerang Dr. Kamarul yang hanya memetik kata-kata Hannah Yeoh sendiri di dalam bukunya, ‘Becoming Hannah’.

Di manakah dasar perjuangan ‘Maqasid Syariah’ parti PAN apabila pemimpin-pemimpin mereka sendiri menentang orang yang mempertahankan negara Islam dan mempertahankan orang yang berusaha menghapuskan kedaulatan Islam di tanah air kita?

Related Posts:

Editor-editor Media Mesti Disekolahkan Tentang Asas Kedaulatan Negara

[Karim’s Blog}- Membaca beberapa akhbar arus perdana dan liputan pelbagai portal berita berkaitan upacara pertabalan SPB YDP Agong Sultan Muhammad V, jelas menampakkan bahawa di kalangan wartawan dan ketua-ketua editor media, ramai yang masih tidak faham asas kedaulatan Negara serta Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.

Kebanyakan media yang menyiarkan gambar YDPA mencium Al-Quran meletakkan ulasan (caption) “SULTAN Muhammad V mencium al-Quran iaitu lambang kemuliaan Islam sebagai agama rasmi negara pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XV di Istana Negara, semalam”

Ini adalah kesalahan besar dalam pemahaman tentang asas Negara dan kedudukan Islam di Tanah Air ini.

Sering kali media melaporkan bahawa “Islam Agama Rasmi” Malaysia. Malah ramai juga di kalngan pembesar Negara yang masih seing menggunakan slogan yang salah itu. Jika ada pun sesetengah Menteri yang sudah faham dengan menyebut Islam sebagai Agama Persekutuan atau Islam Agama Negara, tetapi apabila ianya dilaporkan oleh akhbar entah sama ada waratwan yang tidak petik dengan betul atau ketua-ketua editor yang tidak faham dengan asas Persekutuan Malaysia ini.

Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama Persekutuan seperti mana ditegaskan di dalam Perkara 4. Ini juga bermakna rangkap kata yang kita kerap dengar bahawa Islam itu adalah agama rasmi itu salah dan tidak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kegagalan memahami perkara asas ini di kalangan petugas media dan ketua-ketua editor media membuat naratif yang salah ini diteruskan dan diulang-ulang. Mungkin perlu ada usaha untuk sekolahkan mereka ini agar penyampaian maklumat yang benar dapat disampaikan kepada masyarakat agar lebih fahami asas Negara yang bertunjangkan Agama Islam sejak dari kedaulatan pemerintahan Raja-Raja Melayu yang sudah beratus tahun.

[BH] – Tiada Keperluan Rukun Negara Sebagai Mukadimah Perlembagaan

[Berita Harian}- KUALA LUMPUR: Cadangan menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan berpotensi menyempitkan dimensi, sekali gus menyukarkan tafsiran kepada Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya, Rukun Negara yang hanya mencakupi sebahagian teks dan semangat Perlembagaan Persekutuan yang didakwa beberapa pihak dipinggirkan dan diketepikan memerlukan pemerkasaan menerusi sistem perundangan dan pendidikan.

Menyifatkan tiada keperluan untuk menjadikan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan Persekutuan, Pakar perlembagaan, Prof Madya Dr Shamrahayu A Aziz, berkata peruntukan Perlembagaan Persekutuan mencakupi ruang lingkup yang luas dan Rukun Negara tidak meletakkan kesempurnaan terhadap teks Perlembagaan Persekutuan.

Beliau yang juga Felo Utama Pusat Kajian Syariah Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), berkata Rukun Negara hanya menangani sebahagian perkara dalam Perlembagaan Persekutuan, antaranya hanya menyebut Kepercayaan Kepada Tuhan tanpa pernyataan khusus mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, selain tidak menyatakan soal Persekutuan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, walaupun Rukun Negara bersumberkan Perlembagaan Persekutuan, ia hanya sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan yang tidak menggambarkan keseluruhan peruntukan, semangat dan sejarah Perlembagaan Persekutuan.

“Ideologi dan semangat Perlembagaan Persekutuan tidak sepenuhnya ada dalam inti pati Rukun Negara. Saya bimbang dalam perkembangan semasa, dunia luar menitik beratkan mukadimah sebagai sebahagian daripada Perlembagaan, bukan sebagai pengenalan semata-mata sehingga melangkaui niat sebenar

“Pada masa depan, mahkamah antaranya akan menggunakan mukadimah sebagai teks Perlembagaan yang nanti akan ditafsirkan melangkaui fakta dan dijadikan sebagai alasan penghakiman.

“Cadangan itu berpotensi menyukarkan tafsiran kepada Perlembagaan Persekutuan apabila peruntukan teks dalam Perlembagaan Persekutuan mungkin didapati bercanggah dengan Rukun Negara,” katanya kepada BH.

Baru-baru ini, sekumpulan individu membabitkan ahli akademik, peguam dan aktivis dikenali sebagai Rukun Negara Mukadimah Perlembagaan (RMP) mengusulkan Rukun Negara dijadikan mukadimah Perlembagaan Persekutuan bagi mengatasi masalah yang timbul kerana Rukun Negara dipinggirkan dan diketepikan.

Pengerusi RMP, Dr Chandra Muzaffar dilaporkan berkata Rukun Negara perlu dikaitkan dengan Perlembagaan bagi membolehkan ia dirujuk secara tidak langsung sebagai garis panduan dalam penggubalan dasar dan undang-undang negara.

Ketika ini, Perlembagaan di 160 daripada 193 negara di dunia memiliki mukadimah, manakala Perlembagaan Persekutuan negara ini tidak memiliki sebarang mukadimah, sebaliknya bermula dengan peruntukan substantif.

Shamrahayu berkata, langkah terbaik untuk memastikan Rukun Negara menjadi lebih relevan ialah menjadikan peruntukan Rukun Negara sebagai sebahagian daripada peruntukan undang-undang lain termasuk undang-undang jenayah.

Selain itu, katanya Rukun Negara juga dijadikan sebahagian cara hidup tata negara kerana sebahagian lagi cara hidup sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, pemerkasaan Rukun Negara juga boleh diterjemahkan menerusi sistem pendidikan di semua institusi pendidikan rendah, menengah dan tinggi di negara ini.

“Jika kumpulan itu beranggapan mukadimah penting untuk Perlembagaan, ia perlu dibincang secara menyeluruh dengan mengambil kira kesan yang mungkin berlaku,” katanya.