Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengharamkan lapan penerbitan kerana mengandungi unsur-unsur yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada ketenteraman dan kepentingan awam serta mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan moral.
Menurut laporan NST, lima penerbitan diharamkan setelah didapati berbahaya kepada ketenteraman awam, selain mengandungi elemen yang boleh mengelirukan umat Islam dan boleh membahayakan kepercayaan mereka.
Tajuk-tajuk lima buku tersebut adalah:
-
Isu Semasa Dalam Risalah: Hukum Barat Pun Islam
-
Isu Semasa Dalam Risalah: Konsep Kebebasan Dan Agama
-
Menuju Reformasi Perundangan Islam oleh Abdullahi Ahmed An-Na’im
-
Zainab Srikandi Cucu Baginda SAW
-
Imam Mahdi Yang Ditunggu Dan Malapetaka Akhir Zaman
Dua lagi penerbitan telah diharamkan kerana mengandungi elemen yang menghina agama Islam dan juga boleh mewujudkan implikasi negatif dari segi keselamatan negara.
Tajuk-tajuk dua buku tersebut adalah:
-
Al-Yahud: Eternal Islamic Enmity and the Jew oleh Elias Al-Maqdisi dan Sam Solomon
-
Dari Majapahit ke Putrajaya: Mencari Satu Lagi Malaysia oleh Farish A. Noor