Tag Archives: NGO Islam

NGO Islam Desak JAIS Tidak Pulangkan Bible Yang Dirampas

SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) — Kira-kira 100 Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam hari ini mendesak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak tunduk kepada arahan kerajaan Selangor yang meminta jabatan itu memulangkan semula 300 naskhah Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas pada Januari lepas.

Pengerusi Pembela-pembela Islam Malaysia (Pembela) Hafiz Nordin yang mewakili gabungan kira-kira 100 NGO itu berkata ini berikutan naskhah Bible tersebut mengandungi kalimah Allah yang dilarang penggunaannya oleh kaum bukan Islam di negeri ini.

“Tidak perlu dipulangkan kitab Bible yang dirampas itu kerana kitab itu bercanggah dengan titah Sultan Selangor dan fatwa negeri ini yang melarang kaum bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam kegiatan agama mereka,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Khamis lepas, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM).

Arahan itu dibuat berikutan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan akan dibuat berhubung kes rampasan Bible dan kes itu ditutup.

Abdul Gani berkata naskhah Bible yang dirampas itu adalah himpunan buku Taurat, Zabur dan Injil yang merupakan buku asas penganut agama Kristian.

Selain Pembela, gabungan NGO itu turut diwakili Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Related articles:

Small Fire Broke Out In MAIS Headquarters

 

Bekas Mufti Hina Pembela Islam?

Click image for the article

Click image for the article

“Islam tidak ditindas di Malaysia dan kumpulan pendesak Islam yang berterusan memberi amaran tentang usaha Kristianisasi di negara ini hanya memalukan agama,” kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Asri Zainul Abidin – The Malaysian Insider (TMI).

Saya terkejut bila TMI melapurkan bekas Mufti Perlis ini juga berkata:

“Saya nak ingatkan orang Islam. Janganlah terkejut kalau ada orang yang mengajak masuk Kristian. Sudah tentu pemimpin agama akan berasa agama dia betul dan mengajak orang lain masuk agamanya” – TMI.

Apakah dakyah begini tidak salah mengikut pendapat bekas Mufti Perlis ini?

Please click image for article

Please click image for the article.

Adakah bekas Mufti Perlis ini tidak pernah tahu mengenai Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan?

Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Bekas Mufti Perlis ini terlalu sibuk membela agama lain sampaikan tidak nampak apa yang berlaku.

Asri berkata dalam keadaan hari ini tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana penganut agama lain tidak melancarkan serangan untuk memusnahkan Islam – TMI.

TMI juga melapurkan, “Asri menyelar NGO Muslim yang tampil secara ekstremis melindungi Islam.”

Nampaknya bekas Mufti Perlis yang tidak tahu mengenai Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan ini tidak suka kepada NGO Islam yang bekerja keras mempertahankan akidah umat Islam di Malaysia.

“Janganlah kita berlebih sangat. Ada NGO tertentu yang nak promosi NGO mereka, berlebihan sangat – TMI.

Saya kasihan kepada bekas Mufti Perlis ini kerana telah memperbodohkan diri sendiri sampaikan tidak faham Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan dan tidak tahu keadaan semasa.

Bekas Mufti Perlis ini juga terlalu sibuk membela orang Kristian sampai sanggup menghina orang lain yang mahu membela orang Islam.

Soalnya bagaimana bekas Mufti Perlis ini boleh mengulas Seminar Kalimah Allah dan Kristologi bila beliau sendiri tidak menghadiri seminar tersebut?

Nampaknya bekas Mufti Perlis ini bercakap seperti Mujahid Yusof Rawa menghina aktivis Islam.

Saya tidak faham bagaimana beliau boleh dilantik sebagai Mufti Perlis kerana bekas Mufti Perlis ini tidak layak menjadi pemimpin Islam.

Agaknya apakah bekas Mufti Perlis ini menyokong kata-kata Nurul Izzah bahawa orang Melayu patut diberi peluang untuk memilih agama mereka?