Tag Archives: MUAFAKAT

Mengenang A. Karim bin Omar, Ayah Kesayanganku

Hari ini genap seminggu ayahanda saya meninggalkan kami dan saya amat merinduinya.

Dilahirkan di Kuala Terengganu, Allahyarham Haji A. Karim bin Omar ialah seorang aktivis Islam yang tegar mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Bergerak dibawah NGO Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), ayahanda tersayang saya juga merupakan Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Felo Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Sejak tahun 2012, ayahanda saya sering dijemput untuk memberi penerangan tentang ancaman terhadap akidah umat dan kedaulatan Islam di negara ini.

Jadual kerja ayahanda saya amat padat dan seringkali ayahanda saya terpaksa memandu ke seluruh negara dan meninggalkan rumah selama berminggu lamanya.

Jika tidak berceramah di seluruh negara, Allahyarham menghabiskan masanya dengan membuat penyelidikan khasnya di bidang Missiologi, berbincang dengan sahabat-sahabat atau berada di mejanya untuk menulis artikel di blognya.

Bila ada kelapangan, ayahanda saya juga amat gemar menjemput sahabat handai dan kenalan untuk menjamu selera di rumah kami.

Pemergian tiba-tiba ayahanda saya pada jam 8 pagi 14hb Syawal 1439, bersamaan 28hb Jun 2018, amat mengejutkan kami sekeluarga kerana beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit sebelumnya.

Namun, saya, ibu dan ketiga-tiga kakak saya redha dengan ketentuan Allah, lebih-lebih lagi ayahanda kami pergi dalam  keadaan yang tenang, mudah, dan selesa.

Saya sebagai anak lelaki Allahyarham, mewakili ibu dan ketiga-tiga kakak saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan ayahanda yang telah bergegas ke Masjid As-Sobirin, Taman Melawati untuk menunaikan solat jenazah dan seterusnya ke Tanah Perkuburan AU4/Masjid As-Sobirin.

Begitu juga kepada mereka yang tidak pernah berjumpa atau mengenali Allahyarham secara peribadi; tetapi hanya pernah mendengar pencerahannya atau membaca karya tulisannya tetapi telah bersusah payah datang dari jauh untuk bersama kami.

Semoga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh, amin.

Al-Fatihah.

Gambar Sekitar Majlis Tahlil A. Karim Omar

Alhamdulillah, dengan rahmat Allah S.W.T., majlis tahlil ayahanda kesayangan kami, Allahyarham Tuan Haji A. Karim bin Omar telahpun berjalan dengan lancar selama 3 malam berturut-turut.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menjayakan majlis tahlil ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T., Amin.

Al-Fatihah.

Laporan Polis Terhadap Dr. Ariffin Omar oleh MUAFAKAT

Pertubuhan Muafakat Sejahtra Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) telah membuat sebuah laporan polis terhadap senator DAP, Dr. Ariffin Omar di balai polis Hulu Kelang, Ampang Jaya tengah hari tadi.

Laporan polis itu dibuat kerana Dr. Ariffin Omar pada 19hb April 2017 telah membuat kenyataan mengatakan bahawa “apa salahnya kalau Penang hendak dijadikan Christian city” sewaktu perbahasan di Dewan Negara.

Wacana Pemikiran Dan Peradaban Ummah Ke-9 : Liberalisme – Agenda Jahat Illuminati

Kenyataan Media MUAFAKAT: Khalid Samad Jangan Bebal dan Terus Degil Dengan Kebiadapan

kenyataan akhbar-Muafakat-Sultan murka-17Jul2014

Kenyataan Media MUAFAKAT

Khalid Samad Jangan Bebal Dan Terus Degil Dengan Kebiadabannya

 

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) ingin menjunjung titah dan merafak sembah ucapan tahniah serta berterima kasih yang tidak terhingga kepada DYMM Sultan Selangor di atas ketegasan Baginda berkenaan perihal kesucian Agama Islam di dalam negeri Selangor. Sebagai hamba Allah dan rakyat kepada DYMM Sultan, pihak kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kekuatan serta kesungguhan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor bertitah dan menyatakan rasa murka Baginda kepada kebiadaban Ahli Parlimen Shah Alam yang bukan hanya membiarkan dirinya menjadi alat golongan tertentu, malah mengungkapkan di dalam bahasa golongan anarkisme Islamofobia.

Kebiadaban Khalid Samad kepada institusi Raja dan Agama Negeri di bawah Baginda, amatlah jijik. Sebagai seorang Islam yang menjunjung perintah Allah untuk bertaat kepada Allah, Rasul dan Ulil Amri, perbuatan Khalid Samad yang dikaitkan dengan kumpulan Suara Islam semasa belajar di UK dahulu memang tidak boleh ditolakansur.

Justeru, MUAFAKAT merafak sembah sokongan padu kepada titah murka DYMM Sultan ke atas Khalid Samad. MUAFAKAT memberi ingatan kepada Khalid Samad supaya menghilangkan segera kebebalan, dan kebiadaban ke atas institusi Agama negeri dan Sultan yang bertanggungjawab ke atasnya.

Titah murka DYMM Sultan Selangor ini perlu diambil serius oleh semua pihak. Adalah menjadi tanggungjawab keagamaan setiap Muslim mempertahankan institusi ini selagi mana institusi ini meletakkan Agama Islam di tempat yang sepatutnya yakni pada kedudukan paling berdaulat di dalam negara.

Kami juga mendesak Kerajaan Negeri Selangor mengambil tindakan undang-undang ke atas Khalid Samad di atas kata-kata kebiadabannya di bawah mana-mana peruntukan yang berkaitan Enakmen Negeri Selangor. Sementara itu PAS juga perlu memberi surat tunjuk sebab dengan segera kenapa beliau tidak boleh dipecat, memandangkan perbuatan keji beliau mempersoalkan kewibawaan Tuanku Sultan Selangor dan MAIS sebagai penjaga dan pemelihara Agama Islam, adalah mencerminkan pemikiran songsang Agama dan kejahilan kepada Undang-undang Tubuh Negeri dan demi menjaga imej PAS sebagai sebuah parti yang mempertahankan kedaulatan institusi Raja dan Undang-undang Tubuh Negeri.

Daulat Tuanku!

Bersama Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara  

Ismail Mina Ahmad

Presiden

Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

19 Ramadhan 1435 bersamaan 17 Julai 2014

Sumber: Karim’s Blog

Seminar Pencerahan Tasawwur Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah – In Photos

Tan Sri Muhyiddin Yassin arriving at the seminar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin arriving at the seminar.

Today I attended the ‘Seminar Pencerahan Tasawwur Ahli As-Sunnah Wa Al-Jama`ah’ at the Masjid Wilayah.

The two days seminar was officiated by Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Participants during the seminar.

Some of the participants at the seminar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin giving the officiating the seminar.

Tan Sri Muhyiddin Yassin officiating the seminar.

Later Tan Sri Muhyiddin Yassin launched the latest book by MUAFAKAT, ‘Muhammad Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari.’

Tan Sri Muyiddin Yassin launching, Muhammad Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari.

Tan Sri Muyiddin Yassin launching, MUAFAKAT’s latest book, ‘Muhammad Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari’.

The organiser were surprised when they were told that Tan Sri Muhyiddin would like to eat in the dinning hall with the participants and not in the VIP room.

Tan Sri Muhyiddin Yassin heading towards the dining hall.

Tan Sri Muhyiddin Yassin speaking to Uncle Zulkifli Noordin before heading towards the dining hall.

Before leaving, Tan Sri Muhyiddin Yassin headed to the prayer hall to performed the Asar prayer.

He then headed the Asar prayer.

Tan Sri Muhyiddin Yassin reciting doa after leading the Asar prayer.

Tan Sri Muhyiddin Yassin reciting doa after leading the Asar prayer at the Masjid Wilayah.

After performing the Asar prayer, I took the chance to ask for Tan Sri Muhyiddin’s autograph.

Tan Sri Muhyiddin Yassin signing my autograph.

Tan Sri Muhyiddin Yassin signing my autograph.

Tan Sri Muhyiddin Yassin signing my autograph.

Tan Sri Muhyiddin Yassin signing my autograph.

Tan Sri Muhyiddin Yassin leaving Masjid Wilayah Persekutuan

Tan Sri Muhyiddin Yassin leaving Masjid Wilayah Persekutuan.

Muhammad Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari, a book written by Ustaz Ismail Mina.

Muhammad Uthman El-Muhammady – Inteligensia Muslim Kontemporari, a book written by Ustaz Ismail Mina.

Fellow Muda YADIM and I during the program.

The members of Fellow Muda YADIM and I at the seminar.

Kenyataan Media NGO-NGO Berhubung Kenyataan Yang Dibuat Oleh MKPN Berkaitan Rampasan Bible oleh JAIS

KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN MELAYU-ISLAM

Selasa 05 Rabi’ul Awal 1435 / 07 Januari 2013

Kami mengecam keras kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Konsultansi Perpaduan Nasional (MKPN) yang mengadakan perbincangan semalam mengenai isu kalimah ALLAH dan perampasan bibel versi Bahasa Melayu oleh JAIS baru-baru ini.

Dalam kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi MKPN Tan Sri Samsudin Osman seperti yang dilapurkan oleh media cetak dan elektronik termasuk media portal dan siber, MKPN dipetik sebagai mengkritik JAIS atas alasan kononnya tindakan JAIS itu adalah satu ‘blatant disregard for the agreed 10-Point Resolution‘ yang kononnya dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan dipersetujui oleh pihak kristian.

Kami mengecam tindakan dan kenyataan MKPN itu atas alasan-alasan berikut:

  1. Pihak JAIS langsung tidak dipanggil menghadiri mesyuarat tersebut, atau diberi peluang memperjelaskan tindakan mereka atau membela diri mereka. Pada kami ini adalah satu pencabulan hak asasi dan pelanggaran prinsip keadilan sejagat (natural justice) yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah badan yang ditubuh untuk tujuan memupuk perpaduan nasional;

  2. Tindakan JAIS adalah dalam menguatkuasakan peruntukkan undang-undang jenayah iaitu Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang berkuatkuasa didalam Negeri Selangor. Seksyen tersebut dengan jelas melarang penggunaan beberapa kalimah termasuk kalimah ALLAH dan menjadikan pelanggarannya suatu perlakuan jenayah;

  3. Tindakan JAIS bukannya merampas bibel versi Bahasa Melayu per se, tetapi merampas penerbitan yang melanggar Seksyen 9 tersebut, iaitu disyaki mengandungi perkataan-perkataan yang dilarang penggunaannya termasuk kalimah ALLAH. Ini adalah satu kesalahan jenayah yang, jika cukup bukti, boleh dikenakan tindakan pertuduhan jenayah di Mahkamah Jenayah sivil;

  4. Oleh itu, tidak timbul soal JAIS harus berbincang atau berunding dengan mana-mana pihak yang disyaki melakukan suatu perlakuan jenayah. Sebagaimana agensi penguatkuasaan yang lain, tugas, tanggungjawab dan bidang kuasa JAIS adalah untuk menguatkuasakan undang-undang dan mencegah sebarang perlakuan jenayah;

  5. Sama juga seperti agensi penguatkuasaan yang lain seperti polis dan lain-lain. Contohnya pihak polis tidak menahan sesebuah kenderaan per se, tetapi menahan kenderaan itu kerana disyaki membawa dadah. Adakah perlu diwajibkan pihak polis berunding dengan pemandu tersebut sebelum mengambil tindakan? Namanya pun agensi penguatkuasaan, maka tindakan JAIS menguatkuasakan undang-undang adalah dalam bidangkuasanya dan menjadi tanggungjawab dan kewajipan yang harus dilaksanakan.

  6. Sekiranya mana-mana OYDS (Orang Yang Di Syaki) atau OKT (Orang Kena Tuduh) merasakan mereka mempunyai pembelaan dalam mana-mana prosiding pertuduhan jenayah, maka mereka mempunyai hak mengemukakan pembelaan tersebut didalam Mahkamah dalam prosiding tersebut. Tidak timbul soal hak asasi dan hak membela diri mereka dicabuli atau dilanggar!

  7. Berkaitan 10-Point Resolution yang dijadikan sandaran oleh MKPN, ianya sudah dihujahkan di Mahkamah Rayuan dengan panjang lebar dalam isu kalimah ALLAH. 10-Point Resolution itu adalah berkaitan dengan soal kemasukan dan pengimpotan bibel versi bahasa Melayu kedalam negara ini. Ia langsung tidak menyentuh dan tidak ada kena-mengena dengan isu kalimah ALLAH.

Sebagai pihak yang berbidangkuasa didalam hal-ehwal impot-ekspot dan perdagangan antarabangsa, Kerajaan Persekutuan berhak memberi kelonggaran atau syarat kepada mana-mana pihak yang mahu membawa masuk atau mengimpot apa juga barangan daripada luar.

  1. Dan sebagaimana dalam soal kemasukan dan impot-ekspot barangan luar kedalam negara ini, ianya wajib mematuhi undang-undang negara. Dan undang-undang negara melarang penggunaan beberapa kalimah dan perkataan tertentu dalam mana-mana penerbitan termasuk kalimah ALLAH. Maka membawa masuk atau mengimpot mana-mana penerbitan yang mengandungi perkataan atau kalimah yang dilarang adalah prima facie satu pelanggaran undang-undang yang boleh dikenakan tindakan termasuk merampas bahan penerbitan itu dan dikenakan pertuduhan jenayah di mana-mana Mahkamah Jenayah sivil;

  2. Selanjutnya, 10-Point Resolution tersebut hanyalah dasar dan polisi Kerajaan. Mana-mana pihak yang mempunyai sedikit asas pengetahuan perundangan akan sedar bahawa dasar dan polisi Kerajaan tidak boleh melanggar, bercanggah atau bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara. Dan jika ianya bercanggah, bertentangan atau melanggar mana-mana undang-undang negara, ianya tidak terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Kami kesal melihat pihak MKPN seolah-oleh tergesa-gesa dan gopoh dalam menangani isu ini. Mengapa pihak MKPN tidak memanggil semua stake-holder dan pihak yang berkepentingan untuk memberi penjelasan atau hujah masing-masing sebelum MKPN membuat sebarang keputusan?

Apa yang kami khuatirkan ialah kelak nanti timbul persepsi seolah-olah MKPN dipenuhi oleh golongan tertentu yang mewakili suara kumpulan tertentu dan sekadar menjadi mouthpiece kepada pihak berkepentingan.

????????????????????????Jika persepsi ini berlaku, maka tanggungjawab legal dan moral MKPN untuk menjadi sebuah badan tanpa kepentingan bertujuan untuk mencari kata sepakat dalam mencapai dan memupuk perpaduan nasional dan keharmonian antara pelbagai agama dan kaum akan gagal; malah sebaliknya akan dilihat lebih mengeruhkan keadaan lagi.

Pada kami MKPN telah gagal dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya secara matang, profesional dan berhemah dengan mematuhi lunas-lunas hak asasi dan prinsip keadilan sejagat (natural justice).

Mengapa isu ini langsung tidak dilihat dari perspektif umat Islam? Apakah umat Islam di Malaysia ini sudah tidak ada hak dalam mempertahankan aqidah dan hak asasi kami untuk menganut, mengamal dan melaksanakan agama Islam dengan aman dan harmoni sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan?

Apakah umat Islam di Malaysia sudah tiada hak didalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama bagi Persekutuan?

Satu perkara yang perlu kami tegaskan ialah kita tidak pernah menghalang umat kristian untuk menganut, mengamal dan melaksanakan kepercayaan mereka. Malah kita berbangga Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam merupakan antara negara yang mengamalkan sifat toleransi agama dan kaum yang sangat tinggi, dan begitu akomodatif terhadap agama dan bangsa lain walaupun kita menjadi tunjang pemerintahan sejak zaman Kesultanan Melayu sehinggalah era pemerintahan moden ini.

Dan antara rahsia besar pengekalan keamanan dan keharmonian serta perpaduan unik ialah kerana sikap umat Melayu-Islam yang cukup bertolak ansur dan toleran.

Oleh itu kita berharap tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menguji kesabaran dan sikap toleran umat Melayu-Islam, terutama dalam hal berkaitan bangsa Melayu dan agama Islam. Kerana tiap kesabaran ada hadnya; dan mencabul dan menghina agama Islam dan bangsa Melayu adalah sempadan yang rapuh yang memungkinkan pelbagai perkara berlaku.

Oleh itu kita memberi amaran kepada semua pihak supaya bersikap rasional dan matang dalam menjaga keharmonian antara agama dan perpaduan nasional yang telah kita bina begitu lama. Jangan sampai ianya tercemar dek kerana nafsu dan keghairahan segelintir antara kita yang tidak langsung mengerti untuk menghormati sensitivit dan hak orang lain.

Sekian terima kasih

KENYATAAN INI ADALAH MEWAKILI PERTUBUHAN-PERTUBUHAN BERIKUT:

  1. Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – MUAFAKAT
  2. Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara – PERKASA
  3. Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam – PEMBELA
  4. Persatuan Peguam Muslim Malaysia – PPMM
  5. Jalur Tiga – JATI
  6. Peguam Pembela Islam – PPI
  7. Institut Pemikiran Tradisional Islam – IPTI
  8. Ikatan Muslimin Malaysia – ISMA
  9. Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia – ASWAJA
  10. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
  11. Persatuan Angkatan Islamiah Malaysia (P.A.I.M.)
  12. Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)
  13. Pertubuhan Professional Muslim (Pro-Muslim)
  14. Persatuan Nur Alamiyyah
  15. International Muslim Consumer Association (IMCA)
  16. Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID)
  17. Persatuan Jaringan Kaseh Ixora Putrajaya (JKIP)
  18. Gabungan Bela Hak Insan Pinang (GABUNGAN)
  19. Badan Anti IFC (BADAI)
  20. Sekreteriat Dakwah Pulau Pinang (SDPP)
  21. Raudhatul Huda Pulau Pinang (RH)
%d bloggers like this: