(UTUSAN) – PUTRAJAYA 31 Mei – Kebimbangan rakyat mengenai Janji 100 Hari Pakatan Harapan (PH) tidak mampu direalisasikan semakin menjadi kenyataan apabila beberapa inisiatif yang dijanjikan berkemungkinan terpaksa ditangguhkan berikutan kekangan kewangan.
Meskipun 10 inisiatif berkenaan dijanjikan untuk tempoh 100 hari, namun pihak kerajaan memberi bayangan bahawa kemampuan kewangan negara yang terhimpit kerana hutang setinggi RM1 trilion perlu diberi perhatian.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan memutuskan untuk menangguhkan sementara beberapa inisiatif dalam Janji 100 Hari mereka sehingga keadaan kewangan negara bertambah baik.
Kata beliau, antara inisiatif yang akan ditangguhkan ialah pemberian subsidi petrol bersasar bagi kereta di bawah 1300 cc dan motor di bawah 125 cc.
Selain itu, beliau berkata, penangguhan berkenaan melibatkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah, peningkatan gaji minimum, penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk graduan berpendapatan RM4,000 ke bawah sebulan dan pelaksanaan Skim Peduli Sihat.
“Walaupun kerajaan ingin melaksanakan semua janji 100 hari itu, namun kerajaan juga mempunyai tanggungjawab fiskal dan tidak akan mengulangi kesilapan kerajaan dahulu dengan menyebabkan masalah kewangan yang tentunya akan membawa negara ke arah muflis jika tidak dibendung.
“Kerajaan akan terus komited untuk memenuhi janji-janji manifesto apabila keadaan kewangan mengizinkan,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, selain mempunyai hutang yang tinggi, kerajaan juga akan kehilangan pendapatan sehingga RM21 bilion selepas melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) berkadar sifar mulai esok.
Keadaan tersebut sudah tentu memburukkan lagi kedudukan kewangan negara kerana GST merupakan sistem kutipan cukai yang banyak membantu mengukuhkan kerajaan sebelum ini dengan kutipan melebihi RM40 bilion.Lim Gua n Eng dalam sidang akhbar di Kementerian Kewangan, Putrajaya, semalam. – UTUSAN/Zaki Amiruddin
Bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah mengenal pasti langkah penjimatan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion bagi menampung kekurangan kutipan akibat pelaksanaan GST sifar itu, selain peningkatan perolehan daripada jualan minyak.
‘‘Dengan peningkatan harga minyak dunia dengan purata RM278.50 setong, jangkaan kenaikan hasil berkaitan minyak hanyalah sebanyak RM5.4 bilion,” katanya.
Menurutnya, langkah penjimatan tertumpu kepada semakan semula perbelanjaan meliputi pengecilan, penangguhan serta pemansuhan program dan projek yang tertindih serta tidak terdesak.
Sementara itu Guan Eng memaklumkan, Tabung Harapan Malaysia yang ditubuhkan sebagai platform untuk rakyat menyalurkan sumbangan bagi mengurangkan beban hutang kerajaan telah mengumpul sehingga lebih RM7 juta setakat 3 petang ini.
With the arrival of the new year of 2018, I’m writing a post dedicated to 2017, listing out some of the things that happened around me in the previous year.
On the 12th of January, I received a letter from Tun Dr. Mahathir, replying to my article,“Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?”In the article, I did not even mention Tun M’s name but only commented about how the word ‘bebas’ in the agreement between DAP, PKR, PAN and Mahathir’s PPBM can undermine and violate the Article 3(1) of the Federal Constitution. So Tun M replied to my article came as a real surprise but unfortunately I am sad to say that not only Tun M’s explanation does not answer my question, but it also makes the matter more confusing because the fact that the Article 3(1) is the Article that explains about Islam as the religion of the Federation and it’s position over other religions in Malaysia and not about the rights to convert to other religions.[Read more…]
I was interviewed byBerita Harian, Utusan Malaysia and Harian Metro and was featured on the front page of Utusan Malaysia which later led me to being reported on news portals including Astro Awani, MalaysiaKini, Free Malaysia Today, Tanjak and many others receiving attention from several politicians like Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Dr. Asyraf Wajdi, Tengku Razaleigh Hamzah and Ibrahim Ali.[Read more…]
3. Meeting YB Datuk Md Jais Sarday on his last day as the Education, Information and Entrepreneur and Cooperative Development Exco of Johor
I had the chance to meet Datuk Jais Sarday in Pasir Gudang on his last day as the Education, Information and Entrepreneur and Cooperative Development Exco of Johor before moving to his new post as the Housing and Local Government Exco of Johor. [Read more…]
4. Attending the Bukit Aman Special Branch Aidilfitri Open House
On the 11th of July, I attended the Aidilfitri open house by the Bukit Aman Special Branch, where I had the chance to meet the then Deputy Inspector-General of PDRM, Tan Sri Nor Rashid Ibrahim, and even managed to get his autograph.[Read more…]
5. Witnessing the court case of Eric Paulsen v. Ustaz Hafiz Nordin
I attended the court proceedings of the High Court case of Eric Paulsen v. Ustaz Hafiz Nordin, where Eric Paulsen failed to defamation case against the Chairman of Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Ustaz Hafiz Nordin at the High Court of Kuala Lumpur. This is my first experience of witnessing the whole proceeding of a high profile case.[Read more…]
6. My first solo talk to a crowd of over 400 students in JB
I was invited as the official ambassador of Muafakat Pendidikan Johor, to give a speech to the students and teachers of the SMK Tan Sri Mohamed Rahmat in Kempas, Johor Bahru as part of Muafakat Pendidikan Johor’s ‘Jelajah Kemerdekaan’ program, on the 21st of August. In about an hour talk, I talk about the basic foundation of our country, starting with the history of the formation of Malaysia, basic principles of the country, the sovereignty of the Federation, and also a brief introduction to the Federal Constitution of Malaysia. [Read more…]
7. Program Ibadah Qurban dan Majlis Ramah Mesra IKSIM
I attended the Program Ibadah Qurban dan Majlis Ramah Mesra IKSIM on the 4th of September, which is my first experience in taking part and helping out at a qurban event.[Read more…]
8. Meeting Tan Sri Shahrir Samad
I got the chance to spend some times talking to Tan Sri Shahrir Samad, the Member of Parliament of the Johor Bharu. Despite how certain people tried to paint him, I find him as very polite, soft spoken, funny and very friendly.[Read more…]
9. The officiating program of the Pusat Latihan DIAN IKSIM (PLDI)
I attended the officiating program of IKSIM’s training centre in Batang Kali, Selangor; where I also met the Minister at the Prime Minister’s Department, Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom.[Read more…]
KETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa (tengah) bersama Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan (kiri) dan Bekas Aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman hadir pada program Anda Tanya, Kita Jawab: Diskusi UMNO-Online bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. – Foto Saddam Yusoff
[Berita Harian}- KUALA LUMPUR: DAP ibarat parti putar belit dan sering meletakkan kesalahan pada orang lain kerana tidak mahu bertanggungjawab terhadap kesilapan yang mereka lakukan.
Naib Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan, berkata banjir yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini menjadi contoh terbaik bagaimana kerajaan DAP cuba mengalihkan isu sehingga mengelirukan rakyat negeri berkenaan.
“Saya lihat DAP kuat kerana banyak perkara dan isu yang dibangkitkan, mereka berani putar belit sehingga banyak masyarakat, terutama kaun Cina tidak mengetahui isu itu adalah benar atau tidak.
“Seperti di Pulau Pinang, apa yang dilaksanakan oleh DAP dan kerja itu salah, mereka letak kesalahan pada orang lain, mereka tidak mahu mengambil tanggungjawab terhadap apa yang mereka lakukan.
“Sebagai contoh, tanah runtuh, banjir teruk dan bukit-bukit digondolkan sehingga ada yang mengatakan DAP ini adalah ‘Developer Action Party’,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Anda Tanya, Kita Jawab: Diskusi UMNO-Online bertajuk Membongkar Wajah Sebenar DAP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
Bicara santai selama sejam, disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube itu turut menampilkan bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman dan dikelolakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa.
Sementara itu, bekas aktivis DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman, berkata tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mempolitikkan isu bantuan banjir amat tidak wajar.
“Saya masih ingat Guan Eng menangis merayu meminta bantuan daripada kerajaan Pusat mengenai banjir yang berlaku namun apa yang berlaku selepas itu, beliau hentam balik kerajaan kononnya bantuan tidak sampai.
“Guan Eng juga amat biadap kerana sebelum ini dalam satu ucapannya, beliau pernah mengatakan Pulau Pinang bebas mengadakan pesta arak kerana negeri itu bukan Taliban. Dua minggu selepas itu, berlaku tanah runtuh dan banjir besar,” katanya.
Penang Chief Minister’s Office today announced the appointment of PKR liberal activist Wan Ji Wan Hussin as the information officer “to help counter false narratives hurled at the state government on matters concerning Islam”.
The infamous Wan Ji whose plan to remove the monarchy system in Malaysia was exposed on video, took his oath of office before Chief Minister Lim Guan Eng in Komtar today.
And as a lawmaker, Lim Guan Eng must be aware that the Section 121B of the Penal Code says that anyone whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.
For a state government to appoint a person who plans to bring down the Sultans who are Heads of Islam to a position related to Islamic matters is an insult to the Royal Institutions.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini telah membuat satu kenyataan yang kasar terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dengan mengatakan bahawa Presiden Trump itu adalah seorang yang ‘dunggu’ dan menambah walaupun ada peluang, beliau tidak mahu berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu kerana “jumpa orang macam ini, kita sendiri jadi bodoh”.
Apakah benar Lim Guan Eng tidak akan berjumpa dengan Presiden Amerika Syarikat itu yang dikatakannya sebagai “seorang yang rasis, seorang yang kolot dan seorang yang tak hormati pendidikan” jika diberi peluang?
Seterusnya, Lim Guan Eng mempertikaikan pemilihan Trump sebagai presiden oleh rakyat Amerika Syarikat dengan berkata, “…tapi sayapun tak tahu macam mana dia boleh dipilih menjadi presiden”.
Ada dua perkara tentang kenyataan ini yang mahu saya sentuh:
Seseorang pemimpin mesti menghormati dasar diplomatik negara dan Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri tidak boleh dengan sesuka hati menghina dan memburukkan pemimpin negara lain, apatah lagi seorang Presiden. Jika pemimpin negara lain mengatakan bahawa Guan Eng itu dungu, saya pasti beliau akan tersangat marah dan membuat kenyataan balas terhadap perkara itu.
Sebutan perkataan dungu adalah seperti ejaannya iaitu ‘dungu’ dan bukannya ‘dunggu’ seperti yang disebut berulang kali oleh Lim Guan Eng. Lim Guan Eng adalah seorang rakyat Malaysia yang telahpun hidup di Tanah Melayu ini selama hampir 55 tahun, takkanlah sebutan Bahasa Melayunya pun belum betul lagi.
Saya tidak faham keperluan Lim Guan Eng ‘mendunggukan’ Presiden Trump, tetapi jangan kerana terlalu seronok ‘mendunggukan’ orang lain membuatkan beliau sendiri yang nampak dungu.
Persoalan seterusnya ialah, apakah orang yang tidak memahami dan menghormati protokol layak menjadi seorang pemimpin negara?
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965, atau lebih dikenali sebagai pindaan Akta 355. Dalam kenyataan media yang dimuatnaikkan di laman facebook beliau, Ketua Menteri Pulau Pinang dan Ahli Parlimen Bagan itu membuat berberapa tuduhan liar dan bersifat fitnah terhadap pindaan Akta 355, termasuk tuduhan basi seperti ‘pindaan ini tidak berperlembagaan’.
Kenyataannya itu jelas membuktikan bahawa bukan sahaja Lim Guan Eng buta Perlembagaan, malah lebih parah lagi, Setiausaha Agung DAP itu nampaknya langsung tidak memahami sistem pengundian di Parlimen. Amat memalukan bagaimana seorang Ahli Parlimen tidak faham sistem undian di Parlimen. Apakah Lim Guan Eng tidak pernah mengundi di Parlimen sebelum ini? Lebih memalukan lagi ialah apabila Lim Guan Eng cuba bertindak mengulas hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan Persekutuan, seolah-olah dia adalah pakar dalam bidang tersebut namun jelas terbukti betapa dangkal dan tidak berasasnya hujah Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Lim Guan Eng menabur fitnah bahawa pindaan Akta 355 ini tidak berpelembagaan walaupun pelbagai penerangan telah dibuat untuk memperjelaskan perkara ini. Beliau juga mempertikaikan cara pengundian yang telah ditetapkan untuk pindaan Akta ini dengan memberi pelbagai sebab untuk mempertahankan kenyataannya. Namun, apakah Lim Guan Eng sebagai seorang Ahli Parlimen betul-betul tidak tahu tentang peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan dengan jelas tentang perkara ini? Perkara 62(3) Perlembagaan Persekutuan, Tatacara Parlimen, telahpun mengatakan bahawa untuk meluluskan apa-apa undian, mereka hanya perlu mendapat majoriti biasa daripada ahli parlimen yang mengundi; kecuali jika mereka mahu meminda Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang dimaktub di dalam Perkara 159(3) di mana undiannya mestilah tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.
PERKARA 62(3):
Tertakluk kepada Fasal (4) dan kepada Perkara 89(1) dan 159(3) dan kepada seksyen 10 dan 11 Jadual Ketiga Belas, setiap Majlis Parlimen hendaklah, jika tidak sebulat suara, membuat keputusannya mengikut majoriti biasa ahli-ahli yang mengundi; dan orang yang mempengerusikan itu, melainkan jika dia menjadi ahli Majlis Parlimen itu semata-mata menurut kuasa perenggan (b) Fasal (1A) Perkara 57, hendaklah membuang undinya apabila perlu bagi mengelakkan undi sama banyak, tetapi tidak boleh mengundi dalam apa-apa hal lain.
PERKARA 159(3):
Sesuatu Rang Undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada Perlembagaan (selain pindaan yang dikecualikan daripada peruntukan Fasal ini) dan sesuatu Rang Undang-undang bagi membuat apa-apa pindaan kepada sesuatu undang-undang yang diluluskan di bawah Fasal (4) Perkara 10 tidaklah boleh diluluskan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen melainkan jika Rang Undang-undang itu telah disokong pada Bacaan Kali Kedua dan Kali Ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu.
Oleh kerana pindaan Akta 355 adalah satu pindaan bagi Akta dan bukannya meminda Perlembagaan; maka ianya tidak tertakluk kepada Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan secara harfiahnya dipanggil Pindaan Perlembagaan. Maka di manakah logiknya hujah Lim Guan Eng yang mahukan peruntukan Perlembagaan tentang pindaan Perlembagaan digunakan untuk meminda Akta?
Hujah Lim Guan Eng amat memalukan bilamana seorang yang mempunyai kesetiaan yang agung terhadap parti masih keliru tentang perkara asas ini. Kalaupun had hukuman yang mahu dinaikkan itu menjadikannya lebih tinggi daripada had hukuman lain yang sedia ada dijadikan alasan; bagaimanakah parlimen meluluskan pindaan-pindaan untuk menambah hukuman sebelum ini? Sudah tentulah pernah ada pindaan yang menaikkan had hukuman sesuatu jenayah tertentu melebihi had hukuman yang tertinggi yang ada semasa pindaan tersebut dicadangkan. Perlembagaan Persekutuan tidak melarang perkara ini, malah kita boleh menaikkan had sampai kepada 100 tahun penjara pun, ia tidak ada masalah dari segi Perlembagaan.
Bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Sivil telah di tetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan punca kuasa Mahkamah Syariah datangnya daripada Perlembagaan Persekutuan. Had hukuman Mahkamah Syariah pula tertakluk kepada Akta 355. Kerana itulah untuk meminda Akta 355, Perlembagaan Persekutuan tidak perlu dipinda. Malahan, pindaan ini tidak menyentuh apa-apa perkara yang akan menjejaskan Perlembagaan Persekutuan. Ini lah masalah dengan orang yang buta Perlembagaan tetapi cuba menunjuk pandai dan bercakap tentang perkara yang dia sendiri tidak faham.
Saya tidak terkejut apabila ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil yang walaupun mengaku beragama Islam tetapi menentang taraf, kedudukan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Di dalam artikel yang bertajuk, “Kembalikan kuasa Mahkamah Persekutuan sebagai pemutus muktamad isu undang-undang”, yang telah disiarkan oleh RoketKini.com, Zairil mempertikaikan Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menghalang Mahkamah Tinggi untuk membatalkan keputusan Mahkamah Syariah.
Tidak setakat itu, ahli Parlimen DAP itu juga mencadangkan agar bidang kuasa yang telah diperuntukkan kepada Mahkamah Syariah untuk menghakimi “hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, termasuk dalam kes-kes yang melibatkan Perkara 121(1A) di mana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa” itu dirampas atau ditarik balik.
Lebih parah lagi, dengan memberi gambaran bahawa Perkara 121(1A) itu seolah-olah tidak adil dan satu “dilema sistem kehakiman“, pemimpin DAP itu mencadangkan satu jalan pintas diambil untuk merampas bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui jalan belakang, seperti kenyataannya, “Malah, ini boleh dibuat dengan mudah tanpa pindaan Perlembagaan atau apa-apa perubahan kepada Perkara 121”.
Bukankah cadangan Zairil itu bermakna menarik balik bidang kuasa Mahkamah Syariah secara ‘bypass’ Perlembagaan Persekutuan?
Kenyataan Zairil:
Oleh itu, saya ingin mencadangkan agar Mahkamah Persekutuan dikembalikan tarafnya sebagai pemutus muktamad dalam segala isu undang-undang, yakni sebagai Mahkamah Perlembagaan.Malah,ini boleh dibuat dengan mudah tanpa pindaan Perlembagaan atau apa-apa perubahan kepada Perkara 121.
Penyelesaian kepada masalah iniboleh dicapai melalui pindaan kepada Akta Mahkamah Kehakiman dalam dua perkara. Pertamanya, pendefinisian bidang kuasa Mahkamah Persekutuan harus menyatakan dengan jelas bahawa Mahkamah Persekutuan tidak dihadkan kepada bidang kuasa yang sama dengan Mahkamah Tinggi.
Kedua, satu prosedur harus diperkenalkan bagi membenarkan pengemukaan petisyen secara langsung kepada Mahkamah Persekutuan dalam hal-hal yang melibatkan hak dan kebebasan asasi, termasuk dalam kes-kes yang melibatkan Perkara 121(1A) di mana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa.
“MCA, MIC, Gerakan and SUPP deserve public condemnation for betraying their principles and promises to uphold and defend the Federal Constitution but also for their political expediency to continue to deceive the people by supporting UMNO that is willing to work together with PAS to bypass the Federal Constitution to allow these laws to take effect.”
~Lim Guan Eng
Lebih teruk lagi, Zairil juga telah memberi sebab yang tidak masuk akal dalam mempertikaikan Perkara 121(1A):
Jika kita kembali kepada Perlembagaan, Perkara 75 menyatakan bahawa undang-undang Persekutuan mengatasi undang-undang Negeri, manakala Perkara 4 menyatakan Perlembagaan Persekutuan mengatasi semua undang-undang lain. Hal ini jelas dan tidak dipertikaikan.
~Zairil (DAP)
Walaupun undang-undang Syariah itu dibawah negeri, namun sistem Mahkamah Syariah adalah sebahagian daripada sistem perundangan Persekutuan; kerana kedudukan Mahkamah Syariah telah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 121(1A).
Selain daripada Zairil, Lim Kit Siang juga mempertikaikan Perkara 121(1A).
At the Federal level, upon the initiatives ofthe late Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim andDatuk Seri Anwar Ibrahim, Article 121 (1A) was introduced to the Federal Constitution.The introduction upgraded the legal position of the Syariah Courts without infringing the civil on the court rights of non-Muslims.It must be stress that this initiative was discussed by the Islamic Consultation Body, the Islamic Centre (now JAKIM), and the Cabinet.
~Strengthening Islamic Jurisprudence in Malaysia – Page 20
Jadi, apakah Zairil menuduh Dr. M seorang yang tidak cermat dan tidak berfikiran panjang sehingga mencadangkan satu “pindaan semberono” yang “telah meninggalkan warisan yang buruk kepada negara kita”?
Pindaan semberono yang dibuat pada tahun 1988 telah meninggalkan warisan yang buruk kepada negara kita dan mencetuskan krisis Perlembagaan dan penafian hak dan kebebasan asasi rakyat seperti yang berlaku dlm kes-kes S. Deepa dan Indira Gandhi.
~Zairil (DAP)
Apakah pindaan Perkara 121(1A) yang dituduh satu “pindaan semberono” oleh Zairil akan benar-benar menjadi satu “dilema” kepada DAP, PKR dan PPBM?
Maka persoalannya ialah:
Apakah pendirian bersama parti DAP, PKR dan PPBM mengenai Perkara 121(1A)?
Siapakah yang akan beralah dalam soal ini atau adakah PKR dan PPBM hanya bermain politik dan akhirnya akan akur akan semua kehendak DAP?
Sanggupkah PKR dan Tun Dr. Mahathir bersekongkol dengan DAP untuk menarik balik bidang kuasa Mahkamah Syariah?
Di manakah suara pemimpin Islam mereka yang pernah berkata mahu memperkasakan Mahkamah Syariah?
Last week, news portal, Tanjak contacted me for my reaction towards the baseless and bias comments made by Lim Guan Eng and his supporters in order to ridicule my ability and knowledge on the matters concerning my November 23, 2016 police report against LGE.
Below is the article taken from Tanjak regarding this matter.
Prominent young blogger Ahmad Ali Abdul Karim, who lodged a police report against Lim Guan Eng, is unfazed by the scurrilous attacks against his person made by hardcore pro-opposition and leftist elements.
Ali’s police report concerned the Penang chief minister cum DAP secretary-general Lim Guan Eng with regard to the latter’s Nov 24 last year statement on the proposed bill to amend the Syariah Courts (Criminal Jurisdiction Act) 1965 commonly known as RUU355 that was proposed PAS president Abdul Hadi Awang.
Lim Guan Eng, DAP party secretary-general and Chief Minister of Penang
According to Ali’s police report lodged, the statement made by Lim contains seditious elements designed to mislead the Malaysian public on the nature of the amendment proposed, among others by claiming that RUU355 contravenes the federal constitution.
Young blogger subjected to insults, derision
While the young blogger’s action in lodging the report has received glowing praise, including from Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Asyraf Wajdi Dusuki, supporters of the Penang Chief Minister did not mask their contempt for the move as well as the blogger himself.
Their comments deluged the social media and pages of leftist news outlets such as MalaysiaKiniattacking Ail’s credibility and accusing the teenager of being a stooge for the BN-led federal government.
MalaysiaKini report quoting Deputy Minister in the PM’s Dept over blogger Ali Abdul Karim’s police report against Lim Guan Eng
One commentator on MalaysiaKini, ‘JusticeNow!’ likened the move by Ali to the use of children as soldiers by corrupt regimes dominating the African continent, saying that just when one would think that Umno/BN “cannot go any lower”, they go ahead and do so and that Ali is a “forced recruit child soldier under the hegemony and exploitation of (the) BN/UMno (government)”.
Another, “Thickskin” suggested that Karim be made the new attorney-general since he knows more about the constitution.
Astoundingly, one commentator, “Anonymous_1429175092” went as far as to accuse the young blogger of being “jealous” of how the Penang state government was currently run, stating blithely that he had “no standard whether in merit, capability, knowledge, and foresight” and was childish to boot.
The response of the leftists on MalaysiaKini is hardly surprising given the pro-DAP news portal’s tendency for far-left slanted reporting, which has attracted fanatical supporters of the much maligned ethnic Chinese-based party.
Groups of DAP supporters have been known to regularly converge on pro-opposition Malaysian news portals to engage in race-baiting and bashing everything that is Malay and Islamic in origin as inferior to their Western and Chinese counterparts.
Tthe Red Bean Army (RBA), an organised group of DAP cybertroopers, is the best known example of these.
Previously, a sImilar responses had been recorded in response to the proposalby Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GMPS) president Zamri Mohd Isa in response to his urging of prime minister Najib Razak not to grant official recognition of the Unified Examination Certificate (UEC) in last Novermber.
Blogger doubles down on LGE’s misrepresentation
When contacted by the Tanjak news team for comment, the blogger denied he was being used as an agent by any party nor that he had any political motive, save to maintain Malaysia’s racial and religious harmony and defend the constitution.
Ali was also unfazed by the barrage of personal attacks mounted by the abovementioned elements on social media.
He responded that the commentators would seem to be deliberately overlooking the attempt by certain non-Muslim leaders, including the Penang chief minister, to undermine Islam’s position as enshrined in the constitution.
DAP, MCA and Gerakan all work together in defending and promoting Chinese interests in Malaysia and undermining Islam as the religion of the federation
He referred to Articles 3(1) of the constitution (on Islam’s status as the religion of the Federation) and 11(1) (freedom of religion) (as applied in the case of Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Kementerian Dalam Negeri & Kerajaan Malaysia) as the constitutional provisions that non-Muslim leaders such as Lim were guilty of wilful violation, in particular with regard to the position of Islam in the public sphere and the right of Muslims to practice their faith respectively.
He also stated that it was misleading of Lim to claim that he was merely expressing his opinion as a citizen and that “blocking” him using the Sedition Act would amount to the rakyat “not being able to have opinions anymore”.
“As a chief minister, [Lim] must understand that the four sensitive issues mentioned in section 3(1)(f) of the Sedition Act 1948 cannot be questioned, even in Parliament. Even the president of Isma [Abdullah Zaik Abd Rahman] was found guilty under the Act,” the young blogger told Tanjak.
Clear elements of seditious tendency in LGE’s statement
The young lad cited at least two parts of Lim’s statement that were clearly seditious in nature.
The first was the call by Lim for non-Muslim BN component parties to “leave” BN over the proposed tabling of RUU355, which the blogger claimed would exerbate racial and religious relations. The second would be the claim by Lim that Umno and PAS were working together to “bypass” the constitution.
The blogger argued that Lim in his capacity as chief minister of Penang ought to have known better as his public statements may influence the way his supporters view issues as after all, they would naturally trust his judgment on public matters.
“I may be immature but I understand that I cannot intepret the [constitution] for my own gain. [The constitution] is the foundation of my country and I want our leaders to respect our supreme law,” he added.