Saya amat berminat dalam mempelajari Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi bagi negara Malaysia.
Sebagai undang-undang tertinggi negara, Perlembaggan Persekutuan mempunyai banyak perkara-perkara penting yang mesti difahami, dihormati dan dipatuhi oleh setiap rakyat Malaysia.
Saya amat tertarik dengan cara Perlembagaan Persekutuan menafsiran siapakah “Orang Melayu”.
Apakah definasi orang Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan?
Menurut Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan:
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura;atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;