EKSKLUSIF | MB Johor Menjawab Tuduhan FITNAH 12 Juta oleh ADUN Senai
Leave a reply
Sebuah video yang di siarkan oleh DailyMail Online di mana seorang budak berumur 3 tahun di Vietnam ‘menunggang’ seekor ular sawa yang dijadikan haiwan peliharaan keluarganya telah tular di internet.
Kanak-kanak tersebut yang bernama Truong begitu seronok menunggang ular sawa itu di kawasan rumahnya di perkampungan Ha Long di daerah Ha Trung.
Menurut DailyMail, ular tersebut berukuran 20 kaki panjang dan beratnya 80 kilogram (176lb).
Video yang berdurasi 2 minit itu mengejutkan orang ramai, dan bagi saya, ini adalah satu tindakan yang sangat tidak bijak dan tidak bertanggungjawab kerana ular sawa tersebut bukan sahaja boleh menelan kanak-kanak tersebut, malah juga anggota keluarganya yang dewasa.
Walapun keluarganya mendakwa bahawa ular sawa tersebut jinak dan selama empat tahun tidak pernah melawan tuannya, tetapi ia boleh bertindak dengan agresif bila-bila sahaja.
Bagi saya tindakan membiarkan kanak-kanak ini terdedah kepada bahaya yang boleh mengancam nyawanya adalah bertentangan dengan hak asasi kanak-kanak.
Saksikan video tersebut di bawah…
Kami rindu zaman Tun…
Pada 31 Ogos yang lalu, Malaysia telah menyambut Hari Kebangsaan atau juga dikenali sebagai Hari Kemerdekaan.
Apabila kita bercerita tentang tarikh bersejarah ini, terdapat satu perkara penting yang sering disalah ertikan oleh ramai rakyat Malaysia, iaitu British telah menjajah seluruh Tanah Melayu.
Tanah Melayu ini sebenarnya tidak pernah dijajah oleh British, yang dijajah hanyalah Melaka dan Pulau Pinang.
Hakikat ini di buktikan oleh Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaanyang telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka.
Dokumen yang dimulakan dengan nama Allah SWT berserta selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya dan disudahi juga dengan nama Allah SWT ini antara lainnya menyebut:
Maka, terdapat dua fakta penting yang perlu difahami daripada Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaaniaitu “Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu” dan “Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen”.
Ini bermakna apa yang sebenarnya berlaku ialah pada tarikh bersejarah tersebut ialah:
Maka jelas, yang menjadi jajahan takluk Baginda Queen hanyalah Melaka dan Pulau Pinang dan bukannya Negeri-negeri Melayu yang lain.
Fakta ini di persetujui oleh pakar-pakar sejarah terkenal Tanah Air kita, termasuklah Tan Sri Professor Emeritus Dr Khoo Kay Kim, yang telah berkali-kali menegaskan bahawa pihak British tidak pernah menjajah Tanah Melayu ini.
Kalaulah kita masih bertegas mahu mengatakan bahawa British telah menjajah seluruh Negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu, maka kesemua Negeri-negeri Melayu kecuali Melaka dan Pulau Pinang secara lojiknya masih lagi berada di bawah jajahan British sehingga hari ini.
Ini ialah kerana Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu hanya menyebut Melaka dan Pulau Pinang sebagai negeri-negeri yang di merdekakan daripada menjadi jajahan British mulai pada mulai 31 Ogos 1957 dan tidak Negeri-negeri Melayu yang lain.
Maka di manakah dokumen yang mengishtiharkan kemerdekaan Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen kalau benar Negeri-negeri Melayu ini telah dijajah oleh British dan merdeka mulai 31 Ogos 1957?
Banyak kes-kes mahkamah seperti Mighell v. Sultan of Johore (1894) dan Duff Development Co. Ltd. v. Government of Kelantan (1924) yang membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu kekal berdaulat dan Negeri-negeri Melayu yang beraja tidak pernah ditakluki oleh British sepanjang British berada di Tanah Melayu.
Tidak mungkin mahkamah dan kerajaan British boleh memperakui kedaulatan Raja-Raja Melayu dan Negeri-negeri Melayu jika kerajaan Melayu tersebut telah menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Queen.
Seperti kata Tan Sri Professor Emeritus Dr Khoo Kay Kim di dalam video di bawah, kita tidak pernah dijajah, British hanyalah pekerja iaitu penasihat, manakala Raja-Raja Melayu ketika itu masih merupakan Raja-Raja yang berkuasa mutlak ke atas jajahan takluk baginda masing-masing dan kekal berdaulat di bumi Tanah Melayu ini.
Difahamkan, kejadian pukul 5.15 petang itu berpunca daripada limpahan air dari Sungai Batu ke jalan berkenaan selepas hujan lebat.
Video kejadian banjir kilat itu sempat dirakamkan netizen dan tular di media sosial.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, laluan itu kembali pulih kira-kira pukul 6 petang selepas air surut.
“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan untuk mengalihkan laluan bagi menyuraikan kesesakan di laluan tersebut,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE
Pagi semalam Hew Kuan Yau atau lebih dikenali sebagai Superman Hew membuat satu lagi kenyataan panas di dalam bahasa Cina di halaman Facebooknya berkenaan ‘kuda tua’ bersertakan gambar sebilah keris.
Apabila diterjemah ke dalam bahasa Melayu, inilah maksud tulisan Superman Hew:
(Gambar diambil daripada blog theflyingkick)
Apakah ini bermakna memang benar Tun Mahathir yang digelarnya kuda tua itu tidak lebih daripada ‘kuda tunggangan’ DAP untuk menjatuhkan UMNO?
Sebelum ini pun Superman Hew pernah membuat kenyataan sebegini seperti ini.
Jika perkara ini benar, hakikatnya Tun M hanyalah berangan-angan kerana menganggap dirinya sebagai orang penting yang mendominasi pakatan pembangkang atau apa yang disebut oleh Tun M sebagai ‘top-dog’ pembangkang; melainkan partinya boleh memenangi bilangan kerusi yang lebih besar daripada DAP di dalam PRU14 nanti.
Persoalan ini patut ditanya kepada Tun M pada program Nothing To Hide beliau supaya rakyat jelas akan kedudukan Tun M yang sebenarnya di dalam pakatan pembangkang dan tidak tertipu oleh mainan politik mereka.
Kalau betul begini, pada DAP, Tun M hanyalah setaraf dengan pemimpin DAP Sarawak, Aziz Isa yang menjadi alat DAP untuk ‘skrew’ orang Melayu.