Category Archives: Islam

Wanita Enggan Jabat Tangan Lelaki Apartheid Baru – Farouk A. Peru

Inilah masalahnya dengan orang-orang jahil tetapi merasakan diri mereka pandai, maka bukan sahaja mereka bodoh sombong, malah cuba memaksa idea sesat mereka supaya diterima di negara ini.

Baru-baru ini Free Malaysia Today (FMT) telah menyiarkan tulisan aktivis liberal, Farouk A. Peru yang bertajuk “Salam David Beckham dan ‘apartheid’ baru”.

Artikel itu mengkritik tindakan seorang wanita Islam yang memilih untuk mematuhi batas pergaulan Islam dan tidak menyambut salam David Beckham apabila pemain bola sepak terkenal itu menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

Apakah Farouk cuba mengatakan tindakan wanita tersebut (yang tidak mahu berjabat tangan bersama David Beckham) adalah akibat daripada perpisahan di antara agama yang dilabelkannya sebagai ‘aparthied’ dengan menulis seperti yang tertera di bawah?

Semakin lama, semakin luas jurang perbezaan di antara rakyat Malaysia beragama Islam dan bukan Islam.

Pengasingan ini dinamakan “apartheid”. Sebab apartheid ini berlaku bukanlah tuntutan Islam sendiri, tetapi amalan yang diajar oleh agamawan yang tidak dapat membezakan agama dan budaya.

Amalan ini boleh jadi amalan yang kecil sahaja seperti berjabat tangan.

Aktivis liberal itu juga menulis:

Inilah masalah sebenarnya. Dengan mudah, sebuah akhbar “arus perdana” membuat dakwaan yang ini “batas pergaulan Islam”.

Yang sebenarnya, peraturan sedemikian tidak disebut langsung dalam Al-Quran, sumber utama Islam. Ia hanya menyatakan jangan mendekati zina (Surah Al-Isra, ayat 32). Adakah dengan berjabat tangan di khalayak ramai itu boleh membawa kepada zina? Tak masuk akal langsung!

Sebenarnya, wanita ini hanya mengikut suruhan ustaz yang tidak memahami perbezaan antara budaya dan agama, itu saja.

Sebenarnya pendapat dan tafsiran sesat Farouk A. Peru itulah yang “tak masuk akal langsung” dan aktivis liberal itulah yang “tidak memahami perbezaan antara budaya dan agama”,

Menurut Hadis Riwayat Muslim, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:

“Ditetapkan atas anak cucu Adam bagiannya dari zina akan diperoleh hal itu tidak mustahil. Kedua mata zinanya adalah memandang (yang haram). Kedua telinga zinanya adalah mendengarkan (yang haram). Lisan zinanya adalah berbicara (yang haram). Tangan zinanya adalah memegang (yang haram). Kaki zinanya adalah melangkah (kepada yang diharamkan). Sementara hati berkeinginan dan berangan-angan, sedang kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” ~Hadis Riwayat Muslim | 2657

Perkara ni juga disebut di dalam kitab Hadis Riwayat Sahih Al Bukhari di dalam hadis ke-6243.

Apabila kita hanya merujuk kepada Al-Quran sahaja tanpa membaca hadis yang berkaitan, maka sukarlah bagi kita untuk memahami hukum hakam dan undang-undang Islam, termasuklah dalam perkara batas pergaulan dalam Islam.

Namun bagi golongan anti-hadis, mereka menolak hadis dan merasakan bahawa akal mereka sudah cukup hebat untuk menafsirkan sendiri kitab suci Al-Quran, walaupun mereka tidak memahami bahasa Al-Quran iaitu bahasa Arab dan hanya membaca tafsir Al-Quran sahaja.

Golongan anti-hadis ini merasakan pendapat merekalah yang benar dan oleh itu, tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun termasuklah para mufti.

Farouk seterusnya menulis:

Malaysia satu negara berbilang bangsa dan agama. Janganlah kita membiarkan satu golongan mendominasi ke atas golongan lain.

Nampaknya Farouk A. Peru bukan sahaja jahil tentang hukum Islam malah juga jahil tentang asas dan idealogi Negara termasuk undang-undang tertinggi Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia bukan sebuah Negara berbilang agama tetapi ialah sebuah Negara Islam dan seperti yang tertulis di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan, agama bagi Negara ini hanyalah Islam manakala agama-agama lain hanyalah agama-agama yang boleh diamalkan selagi tidak mengganggu suasana aman dan damai agama Negara iaitu agama Islam.

Perkara 3(1) mengatakan bahawa “Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Manakala, Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Seterusnya Farouk yang menentang dasar-dasar Islamisasi di Negara ini turut mendakwa Malaysia boleh menjadi negara taliban, apabila Islamisasi tersebar di dalam Negara ini.

Farouk A. Peru menulis:

Dasar yang dianggap Islamisasi datang dengan kita tidak sedar. Sebelum kita tahu, mungkin kita telah menjadi negara Taliban!

Sebenarnya fahaman liberalnya menjadikan Farouk A. Peru seorang yang amat keliru sehinggakan dia tidak dapat memahami asas-asas dan hukum agama Islam dan juga ideologi Negara kita.

Farouk A Peru ialah seorang daripada penulis buku G25 iaitu “Breaking the Silence: Voices of Moderation” yang telah di haramkan kerana mempromosikan fahaman liberalisasi agama yang boleh merosakkan aqidah umat Islam.

Namun, aktivis liberal sebeginilah yang diangkat sebagai pejuang Islam oleh sesetengah orang terutamanya peminpin parti-parti politik pembangkang yang lantang menentang dasar kerajaan yang memperjuangkan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Malah pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PAN, 

Ikrar Johor Pertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ikrar 800 orang warga Kota Tinggi di Dewan Jubli Intan pada 27 September 2017.

Tahniah negeri Johor kerana tegas mempertahankan Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan saya merasa amat bertuah kerana dapat turut serta melafazkan ikrar Ahli Sunnah Wal Jamaah bersama-sama kira-kira 800 warga Kota Tinggi, Johor.

IKRAR

JAWATANKUASA DAN PEGAWAI MASJID DAN SURAU

NEGERI JOHOR

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

 

Bahawasanya kami Ahli Jawatankuasa Masjid dan Pegawai Masjid dan Surau Negeri Johor, dengan ini berikrar dan berjanji:

Pertama, terus istiqamah dengan Islam sebagai agama Negeri Johor yang meliputi semua aspek kehidupan bertepatan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor.

Kedua, mengamalkan Islam berpandukan kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi sebagai asas penyatuan ummah.

Ketiga, menumpahkan seluruh tenaga dan usaha bagi menyebarluaskan fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.

Keempat, sentiasa mendalami dari masa ke semasa fahaman dan amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi melalui mana-mana sistem pengajian yang dianjurkan atau dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Agama di negeri Johor.

Kelima, bersumpah dan berjanji untuk terus mempertahankan Ahli Sunnah Wal Jamaah aliran Imam Abu Hassan al-Asyari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi dengan apa juga usaha dan ikhtiar yang kami mampu kerana kami yakin inilah fahaman dan amalan yang diwarisi daripada Nabi SAW dan dikembangkan oleh para sahabat Nabi SAW dan seterusnya disampaikan oleh ulama kepada kami.

Beranikah Tun M Menjawab 8 Soalan Ini?

Hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) ialah pengerusi gabungan pembangkang yang memperjuangkan ideologi yang jelas bertentangan dengan dasar pemerintahannya dahulu dan diketuai oleh orang-orang yang pernah menjadi musuh-musuh ketatnya seperti Lim Kit Siang?

Oleh itu rakyat Malaysia berhak mendapat jawaban daripada Tun M tentang dasar yang akan di bawanya kelak kerana Tun M sekarang bukan lagi Tun yang dahulu.

  1. Masihkah Tun M berani menegakkan fakta bahawa Malaysia ialah sebuah negara Islam?
  2. Adakah Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM mahu meminda Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan?
  3. Tun M mengambil bahagian dalam Himpunan Wanita #BantahPolitikToksik yang jelas mempromosikan agenda liberal yang bertentangan dengan Islam; apakah itu dasar sebenar perjuangan Tun M?
  4. Dimana perginya prinsip dan jati diri Tun M, apabila Tun membuat perkara-perkara yang bertentangan dengan prinsip Tun sebelum ini?
  5. Apakah sebab sebenar Tun M memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri?
  6. Tun M mahu membentuk kerajaan bersama parti-parti sekular; apakah ini bermakna Tun M bersetuju dengan dasar negara sekular DAP dan PKR?
  7. Kenapakah Tun M mahu menjatuhkan sebuah kerajaan Islam yang berusaha memperkasakan dan medaultatkan Islam di bumi ini dan menyokong parti yang menentang dasar Islam?
  8. Apakah dasar perjuangan demi Melayu dan Islam yang pernah Tun bawa dahulu hanyalah bersifat pura-pura?

Related posts:

  1. Surat Balas Tun M Tidak Menjawab Persoalan
  2. Perjanjian DAP, PKR, PAN, PPBM Untuk Meminda Perkara 3(1)?
  3. Tun Dr Mahathir, From A Statesman To A Street Demonstrator
  4. Tun Dr. Mahathir, “Kalau Marahkan Nyamuk Jangan Bakar Kelambu”
  5. Tun M: “Perdana Menteri Buat Demonstration” (Video)
  6. Tun M: Jangan Menang Sorak, Kampung Tergadai

Jangan percaya tular hari wukuf pada Jumaat

MEKAH 16 Ogos – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) meminta rakyat Malaysia dan jemaah haji di sini supaya tidak mempercayai satu mesej yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, berhubung tarikh penetapan hari wukuf yang kononnya jatuh pada hari Jumaat, 1 September ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman memberitahu, jika diikutkan semua tarikh hijrah termasuklah penetapan hari wukuf dan hari raya Aidiladha adalah bergantung kepada kalendar ummul qura’ (kalendar Islam) yang dipakai bersama dengan pihak Arab Saudi.

“Jadi, sekiranya kalendar ummul qura’ itu diguna pakai, maka hari wukuf pada 9 Zulhijah itu jatuhnya adalah pada 31 Ogos ini iaitu pada hari Khamis,” katanya kepada wartawan Malaysia di Ibu pejabat Tabung Haji bangunan Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Beliau menjelaskan isu mesej yang tular dalam kalangan jemaah haji Malaysia di sini, begitu juga di tanahair sejak beberapa hari yang lalu.

Katanya, setiap tahun pihak Arab Saudi akan melihat anak bulan sebelum mengisytiharkan bulan yang baru.

“Maka mereka (Arab Saudi) akan melihat anak bulan pada 21 Ogos ini untuk menentukan sama ada keesokan harinya adalah 30 Zulkaedah ataupun 1 Zulhijah, iaitu bulan baru.

“Daripada keputusan itu nanti, kita akan mengetahui tarikh hari Wukuf dan Aidiladha. Maka kita tunggulah pengisyhtiharan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, satu mesej kononnya pihak Arab Saudi memutuskan hari Rabu, iaitu 23 Ogos sebagai 1 Zulhijah dan hari wukuf pada hari Jumaat, manakala Aidiladha adalah pada Sabtu, 2 September. – UTUSAN ONLINE

Ateisme Mencabar Kedaulatan Negara

Sejak beberapa hari yang lalu, beberapa portal berita pro-pembangkang giat menyiarkan laporan yang bersifat tidak benar dan prujudis tentang isu golongan ateis yang asalnya beragama Islam di Malaysia ekoran pendedahan tentang kumpulan Atheist Republic.

Free Malaysia Today (FMT) melaporkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat yang berpangkalan di Washington, Prof. Zachary Abuza mengkritik reaksi kerajaan Malaysia terhadap kumpulan ini.

Menurut FMT, Abuza berkata Malaysia bukan lagi sebuah negara yang mengamalkan kesederhanaan seperti sebelum ini.

Ini adalah satu fitnah jahat kerana fahaman ateisme adalah bercanggah dengan undang-undang tertinggi Negara; lebih-lebih lagi untuk bekas umat Islam.

Jelaslah, terdapat usaha terancang untuk menghalalkan ateisme dan murtad.

Menggunakan hujah liberal dari kumpulan yang sememangnya tidak faham atau ‘yang sengaja buat-buat tidak faham’, porta-porta berita pro-pembangkang dilihat cuba menimbulkan persepsi perundangan yang salah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan untuk menjustifikasikan desakan mereka supaya orang Islam bebas berfahaman ateis.

FMT juga melaporkan kata-kata Prof. Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi bahawa Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut mengenai murtad dan “ia tidak mengharamkan murtad dan tidak membenarkannya”, yang memberi persepsi seolah-olah murtad tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka tidak boleh ada peruntukan undang-undang yang sah untuk mengawal gejala songsang ini.

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

“Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.”

Ini membuktikan bahawa asas kenegaraan kita ialah Islam sebagai agama bagi negara ini tetapi agama-agama lain boleh diamalkan selagi amalan mereka tidak menjejas kesucian Islam dan tidak menimbulkan apa-apa ancaman atau apa-apa kemungkinan ancaman dan kemungkinan yang boleh menjadi ancaman terhadap agama Islam. 

Perkara ini telah ditegaskan oleh Tan Sri Apandi Ali  yang ketika itu Hakim Mahkamah Persekutuan, di dalam kes Mahkamah Rayuan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Kementerian Dalam Negeri & Kerajaan Malaysia:

[33] In short, Article 3(1) was a by-product of the social contract entered into by our founding fathers who collectively produced the Federal Constitution, which is recognized as the Supreme Law of the country. It is my judgment that the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.

Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan menegaskan:

Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Ini bermakna Perlembagaan Persekutuan membenarkan undang-undang Negeri dan Persekutuan digubal untuk menyekat penyebaran perkara yang boleh memurtadkan umat Islam termasuk penyebaran fahaman ateis.

Di dalam penghakiman kes Mahkamah Persekutuan ZI Publications Sdn Bhd dan lain-lain v Kerajaan Negeri Selangor, Presiden Mahkamah Rayuan ketika itu, Tan Sri Md Raus Sharif menegaskan:

Federal Constitution allows the Legislature of a State to legislate and enact offences against the precepts of Islam. 

Malah “Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan” di dalam Perkara 10(1) adalah tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4), dimana:

(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaatdemi kepentingan keselamatan Persekutuan atau manamana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negaralain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan

(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Hujah ni diperkuatkan lagi oleh Perkara 37 yang mewajibkan Yang Di-Pertuan Agong untuk bersumpah di atas nama Allah S.W.T. untuk memelihara pada setiap masa agama Islam, seperti apa yang tertulis di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan, sebelum memulakan tugas Baginda sebagai Yang Di-Pertuan Agong.

Maka, negara mempunyai ‘constitutional duty’ untuk memelihara dan menjaga kesucian agama Islam daripada apa-apa ancaman, kemungkinan ancaman dan apa-apa yang akan memungkinkan berlakunya ancaman terhadap agama Islam, termasuk ancaman pemurtadan termasuk fahaman ateisme.

Malah, menurut Ketua Pegawai Eksekutif IKSIM yang merupakan seorang pakar Perlembagaan, Dato’ Prof. Mahamad Naser Disa, golongan ateis tidak mempunyai hak Perlembagaan (constitutional rights) di negara ini kerana Perlembagaan negara hanya mengiktiraf hak rakyat yang beragama seperti tertulis di dalam Perkara 3 dan 11 dan Prinsip pertama Rukun Negara iaitu “Percaya Kepada Tuhan”.

Huraian prinsip pertama Rukun Negara kepada kedaulatan negara amat terang dan jelas:

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat. – Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Negara (Jabatan Perdana Menteri) 

Namun terdapat pendapat songsang dan salah yang menafsirkan hak beragama seperti yang di jelaskan di dalam Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan sebagai termasuk hak untuk tidak beragama dan kepercayaan kepada Tuhan juga merangkumi tidak percaya kepada Tuhan.

Tafsiran songsang itu tidak benar kerana asas pengertian sesuatu undang-undang itu mestilah, pada mulanya, dicari dalam bahasa undang-undang itu ditulis, dan jika bahasanya terang dan jelas, maka kewajiban tafsiran tidak timbul dan fungsi tunggal mahkamah adalah untuk menguatkuasakannya mengikut istilahnya.

The 1917 American case of Caminetti v. United States had held that “it is elementary that the meaning of a statute must, in the first instance, be sought in the language in which the act is framed, and if that is plain… the sole function of the courts is to enforce it according to its terms.” And if a statute’s language is plain and clear, the court further warned that “the duty of interpretation does not arise, and the rules which are to aid doubtful meanings need no discussion,”

Jelasnya tafsiran undang-undang tidak boleh dibuat dengan sesuka hati, apalagi dengan menambah perkataan yang tidak ada tertulis di dalam undang-undang itu, dalam hal ini, di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Inilah nilai dan fahaman songsang golongan liberal yang mahu merosakkan tatasusila dan tamadun rakyat Malaysia untuk membebaskan diri daripada undang-undang agama yang akhirnya mennghakis sifat ketamadunan masyarakat kita.

Menurut seorang lagi pakar Perlembagaan Prof. Dr. Shamrahayu Abd. Aziz, hak asasi hanya boleh menjadi hak apabila ianya tidak melanggar undang-undang, maka mereka yang berfahaman ateis tiada hak dan tidak boleh menuntut hak mereka kerana Perlembagaan Persekutuan hanya mengiktiraf rakyat yang beragama.

Sesungguhnya dengan nama Tuhanlah, Bangsa dan Negara ini diwujudkan sebagai sebuah Bangsa dan Negara yang berdaulat, maka jelaslah fahaman ateisme yang tidak percaya kewujudan Tuhan mencabar dan menjejaskan kedaulatan negara.

%d bloggers like this: