
Home Schooling @ Pink Point – TV AlHijrah Selasa, 11 Disember 2018

I came across a series of posters on the internet, entitled “The Literal Translations of Country Names”, which as the title says, lists out the literal translations of the names of the countries in this world. (Please click here for my article in Malay)
Skimming through the posters which was made in a map format, I was excited to see that Malaysia is also listed, but was really shocked to find out their literal translation of the name of my country!
As most of us know, the ‘word’ Malaysia is originated from two Greek words which are ‘Malay’ and ‘-sia’.
Like English, ‘Malay’ is the Greek for the word ‘Malay’, the dominant race in South-East Asia; whilst ‘-sia’ is a suffix which means ‘land’ in Greek (‘-σία’ in the Greek alphabet), which may also sometimes be shortened to ‘-ia’, as in Mongolia, Columbia and others.
So, the literal translation of the word Malaysia to English is ‘Malay Land’ or more precisely, ‘The Land of the Malays’.
However, the poster states that the literal translation of Malaysia is ‘Mountain City’!
I find this weird because the poster translated Russia and Mongolia as ‘Land of the Rus’, and ‘Land of the Mongols’ respectively.
The question is, if Russia is literally translated as ‘Land of the Rus’ and Mongolia as ‘Land of the Mongols’, why must Malaysia be literally translated as ‘Mountain City’ and not as ‘Land of the Malays’?
Malaysia is a country and not a city and geographically it does not make any sense for Malaysia to be called ‘Mountain City’.
When I checked their reference, it turns out that they referred to the Oxford Dictionary, which states that the word ‘Melayu’ was originated from two Sanskrit words which are “Malai” which is Mountain, and “Ur”, that means city.
The point is:
Now, is this a silly mistake or is it a deception in order to slowly erase the fact that Malaysia actually means Land of the Malays or Tanah Melayu from the mind of the people?
We had been seeing a lot of efforts done by various groups to deny the fact that Malaysia is actually the ‘Land of the Malays’ or Tanah Melayu.
I can’t help but to wonder if this is another effort to confuse and to corrupt the mind of the people by using the term Mountain City instead of Land of the Malays in order to distance and eventually eliminate the Malay race from the meaning of the word Malaysia.
We as the citizens of Malaysia must be patriotic and put an effort into understanding the history and ideology of our beloved country and not to be fooled by others who are spreading false informations about our country.
As stated by eminent historians, Tan Sri Khoo Kay Kim and Datuk Ramlah Adam, Malaysia is indeed Tanah Melayu or the Land of the Malays!
K-WAVE 3 Music Festival yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dua malam lepas menampilkan tujuh buah kumpulan K-Pop dari Korea Selatan. Walaupun konsert tersebut bermula pada pukul lapan malam namun laporan Facebook menunjukkan orang ramai sudah mula membanjiri tapak pesta itu sejak tengahari lagi.
Menurut laporan Utusan Online, pihak penganjur telah menawarkan pakej tiket Alpha Youth khas untuk remaja yang berusia antara 15 hingga 17 tahun. Apa yang sangat mengejutkan saya ialah pakej itu telah habis dijual dalam tempoh seminggu sahaja selepas jualan tiket dibuka kepada orang ramai, padahal majoriti remaja di lingkungan umur tersebut belum bekerja dan belum dapat menjana pendapatan sendiri. Setiap pakej tiket kecuali Alpha Youth dijual dengan harga daripada RM98 kepada RM498, dan hari ini semua pakej-pakej tiket yang ditawarkan telahpun habis dijual.
Peminat-peminat K-Pop sanggup membayar sehingga RM498 semata-mata untuk menghadiri konsert.
Peminat K-Pop yang membeli tiket merasa berbaloi melepaskan duit yang sebanyak itu hanya untuk menyaksikan persembahan hiburan yang mereka minati. Apakah mereka merasakan nilai duit kita sekarang sudah begitu rendah sehingga duit sebanyak itu tidak lagi bermakna kepada mereka dan boleh di’buang’ begitu sahaja? Padanlah artis-artis K-Pop kaya-raya dan dapat hidup dengan mewah di negara mereka.
Umat Islam sepatutnya membelanjakan duit untuk tujuan berfaedah.
Melihat statistik demografik rakyat Malaysia bahawa orang Islam adalah 60% daripada seluruh warganegara Malaysia, kita boleh anggarkan ramai di antara penonton konsert itu terdiri daripada orang-orang Islam. Mengikut sejarah konsert K-Pop sebelum ini, itulah hakikatnya. Saya tidak tahu berapakah nilai jumlah kutipan hasil penjualan pakej tiket tersebut kepada umat Islam, tetapi saya yakin jumlahnya besar.
Kenapa tidak duit itu didermakan kepada masjid-masjid atau agensi-agensi Islam supaya kita dapat mengumpul dana untuk menegakkan agama Allah atau membantu umat Islam dan anak-anak yatim yang memerlukan belanja untuk terus hidup atau meneruskan pengajian mereka? Jangan pula untuk sumbangan fi sabilillah, yang dikeluarkan hanyalah wang kertas yang berwarna biru tua; dan kalau terkeluar dari dompet duit yang berwarna hijau, disimpan balik dengan secepat mungkin.
Masalah ini bermula dari sikap orang-orang muda sekarang, yang akan menjadi lebih parah jika tidak dibendung.
Hari ini ramai orang-orang muda yang semakin taksub dengan fahaman hedonisme dan materialisme. Ada yang kurang peduli akan kehidupan rohani dan hanya mementingkan perkara-perkara yang bersifat materialistik sahaja. Mereka lebih mementingkan hiburan dan keseronokkan, seolah-olah itulah keperluan hidup yang utama. Ada yang merasakan tanpa itu semua, mereka akan menghadapi kemurungan, ibarat hidup sudah tidak bermakna lagi. Maka kerana itulah mereka sanggup membayar hingga RM498 hanya untuk menyaksikan artis-artis dari Korea Selatan yang melompat-lompat di atas pentas Stadium Malawati, sambil menyanyikan lagu yang kemungkinannya kita langsung tidak faham.
Jangan menjadi penderhaka, seperti apa yang pernah berlaku lebih 500 tahun dahulu.
Kita mempunyai satu sejarah tamadun Melayu yang hebat dan gemilang. Puncak kegemilangan kita adalah apabila Kesultanan Melayu Melaka berdiri teguh sebagai satu empayar yang menjadi pusat perdagangan yang terkenal di dunia. Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan thalassokrasi yang amat maju pada zaman itu. Antara teras utama dalam kehidupan rakyat Melaka ketika itu ialah agama Islam iaitu agama bagi Kesultanan Melayu. Kerana ketaatan rakyat kepada agama dan raja, maka terbentuklah ukhuwah dan kesatuan, hasilnya kerajaan Melayu Melaka berjaya menjadi negara yang kuat dan maju. Jatuhnya Kesultanan Melayu Melaka bukanlah kerana tentera Portugis itu lebih kuat, tetapi kerana adanya rakyat yang tidak taat kepada Sultan Melaka dan bertindak menjadi dalang kepada Portugis.
Hilangnya ketaatan, hilangnya ketamadunan.
Lekanya hidup orang muda kita dengan fahaman hedonisme dan hilangnya semangat fi sabilillah akan menjadikan umat Islam lemah dan senang dipengaruhi oleh musuh. Apabila hilangnya kepedulian orang Melayu tentang agama Allah, bangsa dan tanah air, maka dengan perlahan-lahan akan terhakislah ketamadunan kita ini. Apabila terhakisnya ketamadunan Melayu ini maka akan rebahlah satu lagi bangsa yang amat kuat akidah Islamnya.
Related Articles:
Dalam tempoh kurang daripada dua minggu lagi kita akan menyambut Hari Kebangsaan 2018.
Ramai di antara kita yang sudah tidak sabar untuk menyambut Hari Kebangsaan dan tidak kurang pula yang menyambut hari bersejarah ini dengan pelbagai majlis hiburan seperti konsert dan sebagainya untuk menzahirkan kegembiraan mereka kerana mereka sudah ‘merdeka’.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali menjelang tarikh 31 haribulan Ogos, ramai yang akan memperkatakan tentang erti dan sejarah kemerdekaan negara.
Namun, apakah rakyat Malaysia benar-banar faham akan sejarah di sebalik laungan, “Merdeka” oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957?
Sebilangan besar rakyat masih menganggap bahawa pada tarikh tersebut, Tanah Melayu telah merdeka daripada penjajahan British!
Entah di mana silapnya, walaupun sudah hampir enam puluh satu tahun berlalu, namun masih ramai rakyat Malaysia yang tidak faham sejarah negara dan masih tertipu kerana percayakan persepsi yang tidak betul, yang tidak diketahui dimulakan oleh siapa dan apakah tujuannya persepsi itu.
Sebenarnya, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu ini TIDAK PERNAH dijajah oleh kerajaan British dan pakar-pakar sejarah seperti Tan Sri Khoo Kay Kim dan Datuk Ramlah Adam telah berkali-kali menegaskan perkara ini. Sila baca di sini: Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia.
Hakikat ini dibuktikan melalui keputusan kes-kes mahkamah penting seperti Mighell v. Sultan of Johore (1894) dan Duff Development Co. Ltd. v. Government of Kelantan (1924) yang dengan jelas membuktikan bahawa Raja-Raja Melayu kekal berdaulat dan Negeri-negeri Melayu yang beraja tidak pernah ditakluki oleh British sepanjang British berada di Tanah Melayu.
Selain daripada itu, Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan yang telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 31 haribulan Ogos 1957 di Stadium Merdeka jelas membuktikan bahawa negeri yang dijajah oleh Kerajaan British hanyalah Melaka dan Pulau Pinang.
Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan antara lainnya mengisytiharkan:
Detik bersejarah ini juga menandakan kejayaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Baginda Raja-Raja Melayu bersama-sama pemimpin-pemimpin Melayu menangkis percubaan licik British untuk menjajah Tanah Melayu melalui Malayan Union.
Namun hari ini, dalam kegembiraan menyambut Hari Kebangsaan, pernahkah kita luangkan sedikit waktu untuk menghayati dan menghargai pengorbanan dan kebijaksanaan Raja-Raja dan pemimpin Melayu demi membentuk negara bangsa ini?
Malangnya, ramai di antara kita yang buta sejarah dan tidak menyedari akan pengorbanan Raja-Raja Melayu yang sanggup mengorbankan kuasa mutlak baginda ke atas negara-negara masing-masing demi menjaga kedaulatan kerajaan Melayu di Tanah Melayu ini.
Begitulah besarnya pengorbanan Raja-Raja Melayu!
Sedarlah rakyat Malaysia, Tanah Melayu mungkin telah dijajah oleh pihak British kalau bukan kerana kesedaran, kebijaksanaan dan pengorbanan Baginda Raja-Raja Melayu yang tekad bertindak menyelamatkan kita daripada dijajah melalui Malayan Union.
Sejarah negara bukanlah baru bermula sejak pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 haribulan Ogos 1957 atau pun sejak pembentukan Malaysia pada 16 haribulan September 1963; tetapi sejarah kita telah bermula lama sebelum itu.
Ingatlah, tiada hulu tiada parang, tiada dahulu tiadalah sekarang.
Jangan sampai kita lupa sejarah atau buta sejarah.
Related Articles:
Saya dan kakak saya Aeshah bergambar di hadapan bangunan utama Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar, Johor.
Galeri Darurat Bukit Kepong telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Tuanku Sutlan Ibrahim Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar, pada 23hb Februari 2017.
Galeri ini penting untuk dilawati oleh semua rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda yang pada hari ini semakin terpengaruh dengan fahaman liberal, hedonisme dan semakin tidak peduli tentang ancaman terhadap negara bangsa.
Saya telah berpeluang melawat galeri ini pada tahun 2017; dan ianya telah memberikan kesan yang amat mendalam terhadap diri saya dalam menghayati sejarah kekejaman pengganas komunis yang mahu merampas pemerintahan negara.
Lawatan ini juga mengajar saya menghargai semangat perjuangan dan pengorbanan anggota keselamatan negara yang sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan bumi Tanah Melayu ini.
Berbagai serangan ganas pengganas terhadap anggota keselamatan negara khasnya pasukan polis, digambarkan kembali melalui pameran audio-visual, artifek, dokumen, keratan akhbar dan sebagainya; yang mana apabila dihayati, akan memberikan kesedaran dan keinsafan khasnya kepada golongan seusia saya yang hidup di zaman yang serba senang ini
Kita akan dapat merasakan sendiri betapa kejamnya pengganas komunis yang amat memusuhi Raja-Raja Melayu, kerajaan Tanah Melayu, anggota-anggota keselamatan dan orang-orang yang tidak menyokong perjuangan mereka.
Malah, penghayatan sebegini mungkin tidak dapat kita rasai hanya daripada membaca buku teks sejarah sahaja.
Amat rugi kepada mereka yang tidak mengambil peluang untuk belajar memahami sejarah perjuangan negara bangsa di galeri ini.
Hanya melalui pemahaman yang mendalam dan kesedaran terhadap sejarah negara, barulah lahir semangat patriotik yang mendalam dan menjadikan kita lebih peka terhadap berbagai ancaman terhadap kedaulatan negara kita.
Lebih signifikan lagi, galeri ini dibina di kawasan asal tapak Balai Polis Bukit Kepong yang musnah dibakar oleh pengganas komunis ketika mereka dengan kejamnya menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Artikel Berkaitan:
.Sila klik gambar untuk imej yang lebih besar:
Setiap manusia mempunyai pendapat yang berbeza mengenai sesuatu perkara, tetapi di dalam sesebuah negara yang berteraskan undang-undang, maka kita terpaksa sentiasa mengubah undang-undang dan dasar negara jika setiap pendapat berbeza tentang perkara dasar mesti diraikan. Malah, undang-undang tertinggi negara iaitu Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan bahawa kebebasan bersuara adalah tidak mutlak dan tertakluk kepada perkara-perkara yang telah ditetapkan.
Negara kita tidak pernah mengiktiraf perjuangan komunis diatas sebab-sebab yang amat jelas. Memang terdapat segelintir rakyat Malaysia yang tidak bersetuju dengan perkara ini. Mereka mahukan sejarah negara kita ditulis semula untuk mengangkat pengganas komunis dan pejuang berhaluan kiri sebagai sebahagian daripada pejuang kemerdekaan.
Namun, apakah mereka yang mahukan sejarah ditulis kembali mengikut acuan mereka ini memahami sejarah negara bangsa kita? Adakah fakta-fakta yang mereka kemukakan itu disokong oleh pakar-pakar sejarah yang mempunyai kredibiliti tentang perkara ini? Apakah kajian-kajian tentang sejarah tanah air yang telah mereka rujuk untuk menyokong cadangan mereka itu? Dan jika mereka hanya berpandukan kepada pendapat mereka sendiri, apakah mereka mempunyai kredibiliti untuk memberi cadangan supaya kerajaan mengubah fakta sejarah yang mana akan melibatkan ideologi negara?
Menurut pakar sejarah tanah air, Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim, orang yang menentang undang-undang tidak boleh dianggap sebagai wira. Menurut beliau lagi, adalah tidak benar bila dikatakan komunis berjuang menentang British untuk membebaskan negara kerana yang ditentang komunis ialah kerajaan Tanah Melayu. Contohnya, apabila pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong, itu bermakna mereka memerangi kerajaan Tanah Melayu dan bukannya kerajaan British. Ini ialah kerana British bukanlah pemerintah Tanah Melayu ini, tetapi British hanyalah pekerja dan dibayar gaji daripada hasil negara ini dan bukannya dibayar gaji oleh kerajaan British di England.
Tan Sri Khoo Kay Kim menambah bahawa, “parti komunis mahu (me)wujudkan Order Komunis Dunia; (di mana) tiada negara bangsa, tiada sempadan politik, seluruh dunia adalah dunia komunis”. Apakah perjuangan itu yang mereka maksudkan sebagai perjuangan untuk memerdekakan negara?
Seperti yang selalu ditegaskan oleh Tan Sri Khoo Kay Kim, negara-negara di Tanah Melayu yang diperintah oleh sembilan Raja-Raja Melayu adalah negara-negara merdeka dan berdaulat; dan tidak dijajah oleh British. Tanah yang dijajah British atau didalam dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu disebut sebagai” jajahan takluk Baginda Queen” hanyalah Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang.
Janganlah bertindak bagai tikus membaiki labu. Rujuklah kepada pakar-pakar sejarah negara seperti Profesor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim dan Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam yang jauh lebih arif berkenaan sejarah negara untuk memahami sejarah negara bangsa.
Related Post:
“If a man or a woman was created in such a way that he or she feels attracted to same gender rather than opposite gender than what is the mistake of that human being. Instead of blaming them that they are sinners, we should try to understand their feelings or help them live their life according to Islam”.
I received the above comment on my recent blog post, “LGBT Muslims: It’s Time For Acceptance?”.
Talking about LGBT, those are the words that we often hear; that “a man or a woman was created in such a way that he or she feels attracted to same gender rather than opposite gender” or I presume that in other words it means that ‘god had created them that way’.
My question is, are these people trying to put the blame on the Creator for the choice made by human beings?
Hence, in the issue of LGBT Muslims, are they trying to put the blame on Allah for creating a person “in such a way that he or she feels attracted to same gender”?
To claim, “… what is the mistake of that human being” for choosing to become an LGBT Muslim affirms the above argument that one is blaming Allah for the choice made by a human being to disobey Allah.
“Instead of blaming them that they are sinners, we should try to understand their feelings or help them live their life according to Islam”
Everyone including the LGBT Muslims must know that Islam does not only forbid Muslims from being LGBT people but Muslims must not support the LGBT movements.
As a Muslim, we judge what is right and wrong from the perspective of the Quran and the Hadith; and not from human perspectives.
Hence LGBT Muslims cannot deny the fact that they are sinners, and the society cannot tell them that being an LGBT Muslim is not a sin; there is no question about that and we cannot say otherwise.
Are we saying that we understand the feelings of the LGBT people better than Allah when we as Muslims know that Allah knows best?
Knowing that, LGBT Muslims must repent to Allah and seek forgiveness from Allah and then seek help and must not refuse to be treated.
It is crystal clear that Islam prohibits LGBT; and as Muslims we must follow the laws of Islam.
It is about accepting the facts that being an LGBT Muslim is a sin and not about blaming others and demanding others to treat LGBT people as if they have done nothing wrong.
Please stop playing the victim game.
Dari Facebook Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
PERKARA : Fenomena Gerhana Bulan Penuh
Tarikh : 28 Julai 2018 (Jumaat malam Sabtu)
Masa : 01:14 pagi hingga jam 07:28 pagi. Kawasan terlibat : Seluruh tempat di Malaysia
Fenomena Gerhana Bulan Penuh akan dapat disaksikan pada 28 Julai 2018 (Jumaat malam Sabtu), yang akan bermula pada jam 01:14 pagi hingga jam 07:28 pagi. Seluruh tempat di Malaysia akan dapat menyaksikan fenomena ini.
Fasa Penuh iaitu Bulan akan kelihatan berwarna jingga kemerahan akan berlangsung selama 1 jam 43 minit dan merupakan Gerhana Bulan Penuh yang paling lama pada abad ke-21.
Fasa Penumbra bermula – 01:14:47 pagi
Fasa Separa bermula – 02:24:27 pagi
Fasa Penuh bermula – 03:30:15 pagi
Fasa Penuh maksima – 04:21:44 pagi
Fasa Penuh berakhir – 05:13:11 pagi
Fasa Separa berakhir – 06:19:00 pagi
Fasa Penumbra berakhir – 07:28:38 pagi
Sumber : Facebook Agensi Angkasa Negara
Tan Sri Zainuddin Maidin, atau lebih dikenali dengan nama panggilan Zam, baru-baru ini menulis dua buah artikel di laman blognya, mengenai cadangannya yang menggesa kerajaan menutup sekolah-sekolah tahfiz di Malaysia.
Memandangkan ramai telah menjawab kenyataan Zam ini termasuk Mufti Negeri Sembilan, Ketua Pemuda UMNO, Dato’ Dr. Asyraf Wajdi dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, saya hanya akan menyentuh berberapa perkara yang tidak disentuh oleh mereka.
Pertama sekali, di dalam artikel, “Anak-Anak Sekolah Tahfiz Diexploitasi Jadi Peminta Sedekah Cemarkan Maruah Islam” Zam telah menulis bahawa:
“Tidakah ini mencemarkan imej Islam sebagai agama rasmi negara?”
Sangat mengecewakan dan memalukan kerana sebagai wartawan yang terkenal, Zam masih tidak memahami ideologi negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Islam adalah agama bagi Persekutuan seperti yang jelas tercatat di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan maka mengatakan Islam hanya sebagai agama rasmi negara adalah salah dari sudut Perlembagaan dan merendahkan kedudukan Islam di negara ini.
Yang kedua apabila Zam menuduh bahawa murid-murid tahfiz dieksploitasi menjadi peminta sedekah, Zam telah memberi gambaran yang buruk dan tidak adil bukan sahaja terhadap institusi tahfiz, malah juga terhadap agama Islam; seolah-olah itulah yang berlaku kepada semua sekolah tahfiz, sedangkan banyak sekolah tahfiz yang melahirkan pelajar yang hebat-hebat dan berjaya di dalam pelbagai disiplin ilmu.
Dan yang ketiga, di dalam artikel beliau, “Mengapa Saya Mahu Sekolah Tahfiz Ditutup”, Zam menulis:
“Bahasa Arab tidak lagi mempunyai nilai sebagai bahasa Ilmu kecuali dibidang agama.“
Pendapat Zam itu adalah salah dan sangat dangkal!
Melabelkan dan merendahkan bahasa Arab sebagai bahasa yang tidak mempunyai nilai ilmu adalah bercanggah daripada kebenaran kerana sebagai orang Islam kita tahu bahawa Al-Quran diturunkan di dalam bahasa Arab, dan kitab suci Al-Quran itulah sumber ilmu yang utama untuk rujukan seluruh umat Islam.
Al-Quran mampu merungkai segala disiplin ilmu, cuma akal manusia biasa adalah terbatas dan tidak terdaya untuk mengkaji dan memahami segala perkara yang tertulis di dalam Al-Quran.
Tokoh cendekiawan Islam seperti Al-Khwarizmi iaitu Bapa Algebra, Al-Zahrawi yang mempelopori bidang pembedahan, Jabir ibn Haiyan iaitu Bapa Kimia, Al-Haytham iaitu Bapa Optik Moden, Ibnu Battuta, Ibnu Khaldun, Al-Biruni, Ibnu Sina, Al-Khindi dan ramai lagi menulis kajian mereka di dalam Bahasa Arab.
Malah tulisan mereka telah diterjemahkan kepada berbagai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris dan sebagainya.
Keempat, wajarkah Zam menghina Bahasa Arab dan menafikan kehebatan tokoh cendekiawan Arab yang mempelopori pelbagai bidang profesional dengan menulis:
“Mana ada orang Arab yang terkenal di dunia dalam bidang profesional kerana bahasa Arab sendiri terbantut kemajuannya dalam bidang ilmu.”
Tidakkah Zam tahu bahawa bukan sahaja banyak karya penting dan terkenal dunia ditulis di dalam Bahasa Arab, malah ramai tokoh cendekiawan dunia adalah berbangsa Arab seperti Al-Haytham, Al-Khindi, Jabir ibn Haiyan, Ibn Khaldun dan ramai lagi.
Maka tidak hairanlah apabila mufti mempersoalkan kewarasan Zam kerana kenyataan-kenyataannya yang tidak masuk akal.
Hari ini genap seminggu ayahanda saya meninggalkan kami dan saya amat merinduinya.
Dilahirkan di Kuala Terengganu, Allahyarham Haji A. Karim bin Omar ialah seorang aktivis Islam yang tegar mempertahankan agama, bangsa dan negara.
Bergerak dibawah NGO Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), ayahanda tersayang saya juga merupakan Felo Utama Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) dan Felo Dakwah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
Sejak tahun 2012, ayahanda saya sering dijemput untuk memberi penerangan tentang ancaman terhadap akidah umat dan kedaulatan Islam di negara ini.
Jadual kerja ayahanda saya amat padat dan seringkali ayahanda saya terpaksa memandu ke seluruh negara dan meninggalkan rumah selama berminggu lamanya.
Jika tidak berceramah di seluruh negara, Allahyarham menghabiskan masanya dengan membuat penyelidikan khasnya di bidang Missiologi, berbincang dengan sahabat-sahabat atau berada di mejanya untuk menulis artikel di blognya.
Bila ada kelapangan, ayahanda saya juga amat gemar menjemput sahabat handai dan kenalan untuk menjamu selera di rumah kami.
Pemergian tiba-tiba ayahanda saya pada jam 8 pagi 14hb Syawal 1439, bersamaan 28hb Jun 2018, amat mengejutkan kami sekeluarga kerana beliau tidak menghidapi apa-apa penyakit sebelumnya.
Namun, saya, ibu dan ketiga-tiga kakak saya redha dengan ketentuan Allah, lebih-lebih lagi ayahanda kami pergi dalam keadaan yang tenang, mudah, dan selesa.
Saya sebagai anak lelaki Allahyarham, mewakili ibu dan ketiga-tiga kakak saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan ayahanda yang telah bergegas ke Masjid As-Sobirin, Taman Melawati untuk menunaikan solat jenazah dan seterusnya ke Tanah Perkuburan AU4/Masjid As-Sobirin.
Begitu juga kepada mereka yang tidak pernah berjumpa atau mengenali Allahyarham secara peribadi; tetapi hanya pernah mendengar pencerahannya atau membaca karya tulisannya tetapi telah bersusah payah datang dari jauh untuk bersama kami.
Semoga roh Allahyarham ayahanda saya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan soleh, amin.
Al-Fatihah.