Pengertian Nama Malaysia: Antara Fakta dan Auta

Saya terjumpa satu siri poster yang menarik di internet, The Literal Translation of Country Names yang menurut tajuknya menyenaraikan terjemahan harfiah nama negara-negara di dunia ini.

Malaysia tersenarai di dalam poster bagi benua Asia, tetapi apabila saya membaca terjemahan harfiah untuk Malaysia, saya amat terkejut!

Kita semua tentu sedia maklum bahawa nama Malaysia terbentuk daripada dua perkataan Bahasa Greek iaitu ‘Malay’, dan ‘-sia’.

‘Malay’ ialah perkataan Greek untuk ‘Melayu’; manakala ‘-sia’ pula ialah satu akhiran dalam Bahasa Greek yang bererti ‘tanah’ (‘-σία’ di dalam abjad Greek); yang kadang kala di pendekkan kepada ‘-ia’ seperti Mongolia, Columbia dan sebagainya.

Ini bermakna ‘literal translation’ atau terjemahan harfiah untuk Malaysia ke dalam bahasa Inggeris ialah ‘Malay Land’ atau ‘Land of the Malays’ dan terjemahan harfiah ke Bahasa Melayu ialah ‘Melayu tanah’ atau lebih tepatnya ‘Tanah Melayu’.

Tetapi anehnya, di dalam poster tersebut, Malaysia diterjemahkan kepada ‘Bandar Gunung’ atau ‘Mountain City’!

Poster “The Literal Translation of Country Names” yang dibuat oleh Credit Card Compare

Bagaimana Tanah Melayu boleh bertukar kepada Bandar Gunung, yang dari segi maknanya pun tidak ada kaitan langsung dengan Malaysia, pertama Malaysia ialah negara dan bukan sekadar bandar dan nama Bandar Gunung langsung tidak bersesuaian dengan keadaan geografi Malaysia.

Apabila saya melihat rujukan poster tersebut, rupa-rupanya mereka merujuk kepada Oxford Dictionary, yang mendakwa perkataan ‘Melayu’ berasal daripada dua buah perkataan Sanskrit, “malai” iaitu Gunung, dan “ur” iaitu bandar.

Sedangkan bila membuat ‘literal translation’ untuk Malaysia, yang patut diterjemahkan ialah ‘Malay’ dan ‘-sia’ dan bukannya ‘Melayu’.

Gambar ihsan TheNusantara.org

Mengarut betul kerja mereka padahal bagi negara lain yang berakhir dengan ‘-sia’ atau ‘-ia’, mereka terjemahkan sebagai ‘land’ atau ‘tanah’, contohnya Russia diterjemahkan kepada “Land of the Rus” dan Mongolia diterjemahkan kepada “Land of the Mongols”

Persoalannya kalau Russia mereka terjemahkan dengan betul kepada “Land of the Rus” kenapa Malaysia tidak diterjemahkan kepada “Land of the Malay” seperti yang sepatutnya?

Apakah ini satu kesilapan akibat kajian yang dibuat secara sambil lewa ataupun adakah ini satu usaha licik untuk mengubah terjemahan sebenar Malaysia iaitu Tanah Melayu kepada suatu nama yang tiada kaitan dengan orang Melayu?

Kita sering melihat berbagai usaha daripada berberapa pihak yang berkeras mahu menafikan bahawa Malaysia ialah Tanah Melayu.

Jadi apakah ini satu usaha di pentas antarabangsa untuk mengelirukan orang ramai dengan istilah Bandar Gunung yang langsung tidak relavan dengan negara Malaysia?

Natijahnya buatlah semakan sebelum mempercayai apa sahaja yang dibaca supaya kita tidak terpedaya dan kalau kita terbaca fakta yang tidak betul tentang negara kita, bersuaralah.

Sempena Hari Kebangsaan 2018, kita sebagai rakyat Malaysia mestilah bersikap patriotik dan berusaha memahami sejarah dan ideologi negara; ingatlah Malaysia ialah Tanah Melayu seperti yang jelas tertulis didalam sejarah dan diperjelaskan oleh mereka yang pakar tentang sejarah tanah air kita seperti Tan Sri Khoo Kay Kim dan Datuk Ramlah Adam.

Related Articles:

  1. Hayati Pengorbanan Raja-Raja Melayu Dalam Menyambut Hari Kebangsaan
  2. Apakah Maksud Kemerdekaan?
  3. Di Sebalik Hari Kebangsaan Malaysia
  4. Ideologi Komunis dan Kekeliruan yang Nyata
  5. Kebenaran Di Sebalik Sejarah Penubuhan Persekutuan Malaysia
  6. Selami Kekejaman Pengganas Di Galeri Darurat Bukit Kepong (Gambar)
  7. Tragedi Hitam Bukit Kepong – Sejarah Hitam Yang Mesti Diingati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.