Jangan percaya tular hari wukuf pada Jumaat

MEKAH 16 Ogos – Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) meminta rakyat Malaysia dan jemaah haji di sini supaya tidak mempercayai satu mesej yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, berhubung tarikh penetapan hari wukuf yang kononnya jatuh pada hari Jumaat, 1 September ini.

Ketua Rombongan Haji Malaysia 1438 Hijrah, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman memberitahu, jika diikutkan semua tarikh hijrah termasuklah penetapan hari wukuf dan hari raya Aidiladha adalah bergantung kepada kalendar ummul qura’ (kalendar Islam) yang dipakai bersama dengan pihak Arab Saudi.

“Jadi, sekiranya kalendar ummul qura’ itu diguna pakai, maka hari wukuf pada 9 Zulhijah itu jatuhnya adalah pada 31 Ogos ini iaitu pada hari Khamis,” katanya kepada wartawan Malaysia di Ibu pejabat Tabung Haji bangunan Hotel Abraj Al-Janadriyah di sini hari ini.

Beliau menjelaskan isu mesej yang tular dalam kalangan jemaah haji Malaysia di sini, begitu juga di tanahair sejak beberapa hari yang lalu.

Katanya, setiap tahun pihak Arab Saudi akan melihat anak bulan sebelum mengisytiharkan bulan yang baru.

“Maka mereka (Arab Saudi) akan melihat anak bulan pada 21 Ogos ini untuk menentukan sama ada keesokan harinya adalah 30 Zulkaedah ataupun 1 Zulhijah, iaitu bulan baru.

“Daripada keputusan itu nanti, kita akan mengetahui tarikh hari Wukuf dan Aidiladha. Maka kita tunggulah pengisyhtiharan rasmi daripada kerajaan Arab Saudi,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, satu mesej kononnya pihak Arab Saudi memutuskan hari Rabu, iaitu 23 Ogos sebagai 1 Zulhijah dan hari wukuf pada hari Jumaat, manakala Aidiladha adalah pada Sabtu, 2 September. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: