Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355

(Karim’s Blog) – Kenapa tidak ada sebab untuk wakil rakyat dari kawasan Parlimen anda untuk tolak cadangan usul yang dibawa TG Hadi Awang untuk pinda Akta 355?

Pertama, ianya membawa kebaikan kepada semua orang. Kecuali bagi orang yang tidak mahukan kebaikan.

Apa kebaikannya? Ianya menaikkan hukuman kepada pesalah jenayah syariah. Kecuali kita menyokong pesalah syariah atau kita dari kalangan orang yang sering melakukan kesalahan-kesalahan tersebut, maka sudah pasti kita tidak senang dengan hukuman yang lebih tinggi – sebab itu mungkin kita tentang.

Apabila semua orang takut melakukan kesalahan-kesalahan tersebut maka kita akan hidup dalam masyarakat lebih baik, bermoral dan dengan penuh keharmonian.

Ianya juga memberi kebaikan kepada orang bukan Islam apabila orang-orang Islam semuanya menjadi lebih baik.

Kedua, jika wakil rakyat anda seorang Islam – lagi patut dia menjuarai agenda memartabatkan Mahkamah Syariah. Sudah pasti undinya di Parlimen dicatat sebagai suatu kebaikan bukan sahaja untuk dirinya tetapi mewakili sekalian umat Islam dari kawasannya. Ini juga menjadi saham akhirat baginya.

Kalau ditentang semasa pengundian nanti – pastikan anda catat agar dia tidak lagi mewakili kawasan anda untuk PRU akan datang. Tidak kira dia dari parti mana.

Ketiga, jika wakil rakyat anda bukan orang Islam, bagaimana pula? Sebenarnya ramai dari wakil rakyat di Parlimen yang terdiri dari bukan Islam adalah mewakili kawasan Parlimen yang pengundinya majoriti orang Islam. Kalau dia tolak maknanya dia tidak mewakili hasrat pengundi Islam kawasannya yang mahukan hukuman di Mahkamah Syariah dinaikkan. Wakil-wakil rakyat bukan Islam dari kawasan orang-orang Islam MESTI dengar kehendak kami bukan kehendak orang bukan Islam yang tidak pun mengundi kamu semasa PRU13 dulu. Ingatlah!

Jika ada wakil-wakil rakyat bukan Islam tidak mahu sokong, maka JANGAN HADIR pada masa pengundian nanti. Beri laluan kepada kami orang-orang Islam untuk menentukan hak kami di Tanah Air kami!

JANGAN anda menyibuk untuk menghalang dalam urusan kami.

BIAR SEMUA BERSUARA … SOKONG cadangan pindaan Akta 355!

Akta355-semua bersuara

Jangan lupa … baca juga … Penentang Pindaan Akta 355 Dapat Sumber Duit HARAM?


… dan seterusnya lagi:

2 thoughts on “Tidak Ada Sebab Wakil Rakyat Anda Tolak Cadangan Pindaan Akta 355

  1. Pingback: Act 355: Answering “CCM Says Hadi’s Bill Will Radically Rewrite Constitution” | Ahmad Ali JetPlane

  2. Pingback: Another Seditious Article by MMO’s Boo Su-Lyn | Ahmad Ali JetPlane

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.