Uncle Zul sent me this wonderful poem which he wrote on the ERL, on the way to the airport.
I’m touched by the words; it is sad to see how my own race losing our identity, dignity and power in favour to personal material gains and popularity.
I wish I too can write a poem with ‘powerful meaning’ that can touch the hearts of others.
Let me share the poem with all of you…
BANGSAKU SEDANG ME-LAYU
Bangsaku Melayu
Sejarahnya tidak kaku
Budibahasanya nombor satu
Akhlaknya dicemburu
Tolak ansurnya tak pernah jemu
Dia perjuangkan kemerdekaan
Dia menjadi kerajaan kedaulatan
Dia beri imigran kewarganegaraan
Dia menjadi asykar pertahanan
Dia polis menjaga keamanan
Dia pegawai dasar kenegaraan
Dia kerani melaksanakan
Dia juga cikgu mencerdikkan
Tapi dia bergaduh bercakaran
Menikam merobek menelanjangkan
Amanah pusaka warisan diqorunkan
Bangsa sendiri menjadi sasaran
Kawan dijadikan lawan
Lawan dijadikan kawan
Bangsa lain diselimut bantalkan
Kaum lain disahabat-taulankan
Habis dijual agama & Tuhan
Memang Melayu tak hilang didunia
Tetapi Melayu akan hilang tanahairnya
Harga diri & maruah bangsa
Hanya kerana gilakan kuasa
Melayu akan melayu di Tanah Melayu akhirnya!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Sya’ban 1436
03 Jun 2015