OPS Daulat Day 7, March 11, 2013.
Please click the photos for larger images:
- Salah satu tempat persembunyian penceroboh.
- Siapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan.
- Pasukan keselamatan mengesan saki baki kumpulan penceroboh.
- Pemeriksaan di kawasan operasi
- OP DAULAT: SIDANG MEDIA PJP SABAH – 11 MAC 2013 (10.45 AM) Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 97 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130C (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012. Setakat hari ini, 54 orang penceroboh telah berjaya ditembak mati dan daripada jumlah tersebut 22 mayat telah dibawa keluar. Manakala jumlah pasukan keselamatan yang tercedera setakat ini ialah 6 orang.
- OP DAULAT: SIDANG MEDIA 10 MAC 2013 (10.30AM) Bermula jam 8 malam hingga 4 pagi tadi, telah berlaku kejadian tembak menembak di kawasan operasi yang mana dua (2) pegawai pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pihak penceroboh. Setakat ini tiada kematian dilaporkan dikedua-dua belah pihak. Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 85 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130c (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012. Kawasan di Lahad Datu telah beransur pulih dan pihak PDRM menasihatkan kepada orang ramai agar tidak percaya kepada khabar-khabar angin yang tersebar.
- Sentiasa bersedia walau di mana jua.
- Siapsiaga menghadapi sebarang kemungkinan.